Wednesday, July 28, 2010

Moga Cepat Sembuh!

Tadi dapat berita my brother-in-law admitted. Terkejut sangat-sangat coz dia jarang sungguh sakit walaupun demam jadi bila dah sampai admitted memang me sangatlah risaunya.

Terus me call my sister to confirm, so my sis kata mungkin ada virus infection. Apa-apa pun me doakan agar my abang lang cepat sembuh, Amin!

WOMAN



I worked late but you don't wait up
My bones ache and I'm cleaning the place up
Sometimes I don't even know I care

I sit down take off my make-up
I lay down but you don't wake up
Sometimes I wonder if you know I'm there

I can't remember the last time you
Told me I'm beautiful, and I can't remember
Last time you said anything at all

I'm a woman
A woman with a heart
And I deserve your all
I'm not some girl who don't know what she wants
I'm a woman
And I need to be touched
And I need to be loved
'cause being just your woman is not enough

Now I hope that you don't wake up
When it's too late to make up
You'll be the one that's alone and that's sad

In time you'll find somebody
The truth is she'll never be me
And that's when you're going to miss what we had

When all I really needed to hear was "you're beautiful"
All I really needed to hear was anything at all

I'm a woman
A woman with a heart
And I deserve your all
I'm not some girl who don't know what she wants
I'm a woman
And I need to be touched
And I need to be loved
'cause being just your woman is not enough

I'm not your friend who only needs you sometimes
And if I'm your lady You got to treat me like...

I'm a woman
A woman with a heart
And I deserve your all
I'm not some girl who don't know what she wants
I'm a woman
And I need to be touched
And I need to be loved
'cause being just your woman is not enough

A woman needs your heart
A woman needs your all
A woman needs your everything
I'm a woman
And I need to be touched
And I need to be loved
And I deserve your everything
I'm a woman
I'm a woman
I'm a woman

Pesta Durian!

It's Durian time!

Petang semalam ada lagi satu function organized by the company menjamu staff-staff dengan durian dan juga manggis.

Memang best! Durian-durian dan manggis tu dibeli dari peraih-peraih from Kuala Kangsar, Padang Rengas dan juga Bukit Gantang. Isi duriannya cantik, rasa pun enak. Bayangkanlah ada lebih kurang 210 biji buah durian dan 60kg manggis.


Ada a few gambar-gambar yang disnap oleh kawan-kawan;



Tuesday, July 27, 2010

Site Visit

Yesterday ada site visit lagi kali ni dari JKR Kinta pula.

Lepas site visit and some briefing kami menjamu tetamu kami di sini;


(Amik dari pakcik google)

Ini memang tempat favourite yang agak terkenal di Pekan Kamunting ini.

Disebabkan dah selalu sangat company ada function kat sini, so me memang dah trust dengan menu yang disajikan, selalunya me akan call the owner yang lebih mesra dipanggil 'pak lang' ataupun adiknya 'induk' dan cuma bagitau group dari mana yang akan datang dan type of food yang kami mahukan dan seperti biasa mereka tidak pernah menghampakan;


Memang berbaloi!

Why Us?

Being a Secretary it's not an easy task nowdays. Dulu boleh jugaklah dikatakan agak mudah, typing letters, answering phone calls and arranging meetings. But today's secretaries are expected to handle a wider job scope. Macam-macam kami kena buat, bukan setakat duduk goyang kaki kat ofis ajer. Bukan nak meninggi diri cuma nak meluah rasa yang terbuku.

Kadang tu rasa tension yang amat sangat, bila bos bagi perhatian lebih sikit kat kita mula lah ada mulut-mulut yang akan berkata-kata. Serba-salah jadiknya.

Gaji naik salah, dapat bonus lebih sikit salah, apa kami-kami ni tak layak ker untuk diberi penghargaan, kami pun buat kerja jugak. Pernah juga terdengar seorang sahabat berkata; aik, tukang bawak cek and dokumen masuk bilik bos pun leh dapat bonus lebih ke?

Kenapalah tak puas hati tu???....ish, ish! Udah-udahlah tu, tak baik busuk-busuk hati, dengki-dengki kat orang lain, rezeki masing-masing.

As for me, it's simple, janji kita buat kerja kita, yang menilainya bos kita sendiri tak perlu orang lain.

(Ini luahan perasaan dari me yang mewakili rakan-rakan secretary yang lain..huhuhu!)


Masalah Jiwa...Kacau!

Kalau baca tajuk..fuhh...cam tajuk citer lakonan Mawi lah pulak. Tapi bukan yer, ini satu cerita sesi luahan perasaan oleh sahabat me.

Me sekadar berkongsi cerita untuk dijadikan teladan, memang benarkan kadang tu apa yang berlaku di sekeliling harus jugak kita titik beratkan, yerlah mana tau boleh juga dijadikan pedoman dan sempadan.

Pagi-pagi lagi me dikejutkan dengan cerita dari seorang teman, katanya; makin lama kahwin makin dia tak faham dengan sikap suaminya. Apa yang dibuat semua tak kena, memang tak dinafikan suaminya memang seorang lelaki yang baik. Me cuba tenangkan dengan mengatakan mungkin suaminya ada masalah di pejabat atau sebagainya. Lalu dijawab oleh teman me; kalau ia pun ada masalah di luar takan kita di rumah pula yang jadi mangsanya.

Sekarang ni, sambungnya lagi, kalau bercakap sikit dikatanya membebel, bertanya sikit dikata banyak soal, serba salah sungguh si isteri. Lalu si isteri cuba memberanikan diri bertanyakan adakah si suami jiwanya bermasalah....dituduh pula si isteri mengatakah dia GILA....!

Aduhai suami, masalah jiwa itu bukan lah ertinya GILA, ada banyak maksud, yerlah kalau hati tak tenang, ertinya masalah jiwa lah tu, kalau hati lagi berkelana, masalah jiwa jugalah tu. Takan lah senang-senang ajer isteri nak menuduh suaminya gila. Siapa yang tak sayang suami, yer tak? Kita ni perempuan amatlah prihatin dengan setiap inci perubahan suami. Cuma kadang-kadang tu cara penyusunan ayat kita yang agak kurang sopan maklumlah direct translation, apa yang di hati itulah yang diluahkan.

Dulu masa mula-mula kahwin kalau si isteri diam sangat dikata pula; janganlah diam sangat boring tak ada kawan nak bersembang, dah lama sikit kahwin dan bila si isteri terlalu rajin bercakap dikata pula berleter, banyak cakap, uish..pening-pening.

Ada benda nak ditanya kena marah, tak tanya pun kena marah. Jika boleh nak rasanya masuk seketika dalam kotak fikiran dan hati insan bernama lelaki ini agar boleh kita kaum wanita yang telah dipilih sebagai isteri ini dapat memahami dengan lebih dalam lagi apa yang dirasa oleh insan bergelar suami.

Monday, July 26, 2010

Boleh tak belikan Ammar.......

Malam tadi waktu me tengah berkemas kat dapur Ammar datang.....

Mama, mama boleh tak bila mama dah banyak rezeki mama tolong belikan Ammar mainan?

Mainan apa tu? kata me

Mainan yang orang tu pakai kat kepala dia masa konsert kat sekolah kakak Yasmin hari tu! Boleh lah mama! Tapi ayah kata itu mainan orang cina, nanti mama belilah kat kedai orang Islam yer.

Me dah mula confuse apa benda mainan yang nak sangat dibeli oleh Ammar nie, me pun tanyalah hubby mainan apa yang Ammar request nie....nak tau apa yang dimintanya...ha! Inilah dia;

(Amik dari pakcik google)

Sarapan Pagi!

Malam tadi Ammar request pagi ni nak breakfast nasi lemak, me pun set alarm kononnya nak bangun awal nak buat nasi lemak lah. Memang alarm tu berbunyi tapi me off kan pulak..hahha...jawabnya terlewat bangunlah. Macamana lewat pun breakfast anak-anak kena siapkan jugak, hubby memang nak anak-anak breakfast kat rumah sebelum ke sekolah.

Me pun buat nasi goreng and roti bakar, ingatkan nak goreng sausage, tapi tak sempat. Nasib baiklah Ammar tak tanya mana nasi lemak kalau tidak, rasa serba salah yang teramat sangat sebab tak sempat nak buat. Sorry yer Ammar, Insya-Allah, esok mama buat nasi lemak!

(rupa nasi goreng me yang tak seberapa)

Menu Campak-Campak

Lepas balik dari Taiping Golf Resort semalam (chewah! macamlah check-in jauh sangat walhal tak sampai 5 minit driving from my house..hahahha!) Sampai ajer kat rumah masing-masing dah kepenatan, lepas rehat-rehat kejap me pun ke dapur tengok dalam fridge apa stok yang ada untuk menu malam nanti.

Sambil husband tolong mandikan anak-anak me pun masak simple dishes, hubby kata kalau unplanned menu ni namanya menu campak-campak.

So, bila tengok dalam fridge ada rebung (mother-in-law bagi masa balik Ipoh last week), pas tu tengok dalam freezer ada ayam pulak, ha! oklah tu, confirm me nak masak gulai (masak lemak cili api) rebung dengan ayam. Hubby tak berapa suka rebung tapi dia makan jugaklah, so me masaklah simple dish tapi memang favourite hubby sambal telur dan kerabu ikan bilis.

Untuk anak-anak pulak me goreng telur and ayam goreng ajer, ingatkan nak masak sup ayam tapi bila tanya, anak-anak tak mau pulak sup, so goreng ajerlah.

Yasmin memang favourite gulai lemak nie, that's why me tak letak cili banyak-banyak, takut pedas, Ammar pulak kalau ada telur and ayam ha! memang makan tak pandang kiri-kanan lah jawabnya. Aleesya makan apa yang ada janji nak suap sendiri (dah besarlah tu kononnya)

Sudi-sudikanlah viewlah gambar menu campak-campak me yang tak seberapa nie!

~ ada model iklan lagi ~

Shortest Holiday!

Hari tu me dapat one night stay voucher from a good friend of mine. Voucher stay kat mana tu..hehehe....uh...jauh, jauh sangat..jeng, jeng, jeng......kat sini ajer sebenarnya;


Ok jugaklah, at least ada jugak weekend activity untuk anak-anak. Actually resort ini my former working place dah hampir 3 tahun me meninggalkan resort nie.

3:00 pm kami check-in, lepak-lepak kejap dalam bilik then anak-anak dah sibuk ajak ke swimming pool, kami biarkan anak-anak enjoy dalam pool sampaikan mereka sendiri request nak naik ke bilik.

Malam tu kami penuhkan pula dengan aktiviti ke night safari (dah banyak kali dah pergi sebenarnya tapi anak-anak still request nak ke sana)....masing-masing dah kepenatan ajak dinner pun dah tak larat, so hubby ajer yang makan. Masuk ajer dalam kereta anak-anak dah tidur terpaksalah me and hubby dukung sorang-sorang tu pun nasib baiklah Aleesya tak tidur lagi kalau tak kena minta staff resort tu dukung sorang.

Pagi esoknya after breakfast anak-anak ke pool lagi, tapi tak lama sebab cuaca dah mula panas, so we check out by 12:00pm.

Walaupun kami stay tak lama yang penting anak-anak enjoy! At least terisi jugak weekend dia orang.

(Thank you to Dato' S for the voucher! )


(Tak sempat nak snap picture banyak-banyak coz sibuk melayan anak-anak, apa-apa pun me sempat jugaklah snap view waktu senja from our room balcony)

Saturday, July 24, 2010

Rindu Pulak Rasanya!

Wah, happynya, petang semalam me dapat call dari my brother, lama sungguh me engage, tapi tak perlah dia yang call dia yang bayar..hahahhaha...bukan selalu kan bang!

Selain tanya khabar, dia tanya jugak whether me dapat attend family gathering organize by my sister.

Talking about gathering ni, lama sungguh tak buat, yerlah selalunya kalau nak berkumpul ramai-ramai ni kena tunggu raya, kalau tak raya pun kena tunggulah sesaper sedara-mara yang buat kenduri barulah boleh jumpa. Tak boleh nak salahkan sesiapa pun, we understand each other very much, masing-masing sibuk dengan komitmen masing-masing, but Alhamdulillah walau macamana pun we try our best untuk berkumpul adik-beradik.

Kalau tak buat macam ni sekali sekala lama-lama esok nieces and nephews pun dah tak kenal saper dia orang punya aunties and uncles.

Tak sabar pulak rasanya nak tunggu gathering ni, rindu sungguh nak berkumpul adik-beradik and berkongsi bermacam cerita, hope everyone of us could make it, Insya-Allah, Amin!

(bila berkumpul ramai-ramai nie, we will miss our arwah mak and ayah, moga roh mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman)

Friday, July 23, 2010

BUAT YANG CANTIK

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya.

Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

(Note ; kiriman email yang me terima dari seorang teman)

Wednesday, July 21, 2010

Kenapalah tak faham-faham?

Nak buat sesi luahan perasaan jap.

You all bengang tak kalau saper-saper ajer yang lalu di depan meja (di tempat kerja) anda dan membelek-belek apa2 saje dokumen yang ada di atas tray, atas meja atau sekitar dengannya.

Yup, me tengah bengang sangat-sangat, pada kengkawan, sahabat handai tu tolonglah paham, toksahlah dok belek apa sajer benda atau seangkatan dengannya. Me ni Secretary jadi setiap dokumen walaupun tak berapa nak P&C (Private and Confidential) me kena treat as confidential jugak sebab dokumen tu untuk my boss, bukan nya untuk korang-korang ataupun bos-bos korang. Kalau dokumen atau yang sewaktu dengannya tu ada kena-mengena dengan korang, nanti me pass lah kat korang, cubalah korang paham sikit keadaan me ni ha!

Even my boss sendiri pun tak pernah nak selongkar my tray, tapi kenapalah korang prihatin sangat.

Rasanya dah banyak kali mulut manis me sound anda-anda semua dengan cara yang sungguh sopan dan tidak ada yang sopan melainkan yang sopan-sopan belaka.

Dah tak tahu nak gunakan bahasa apa lagi untuk buat sahabat-sahabat ini untuk lebih memahami...huhuhu!

Tuesday, July 20, 2010

Betul ke nanti kita akan meninggal?

Itulah soalan dari my 4 years old boy dan yang harus dijawab.

Me kata kat Ammar; iyer, satu hari nanti kita semua akan meninggal. Kenapa Ammar tanya macam tu?

Ammar tengok semua orang ada mak, ada ayah, tapi Ammar tengok mama tak ada mak pun. Mak mama kan dah masuk dalam kubur, dia kan dah meninggal. Hari tu kan kita dah pergi kubur dia, pastu Ammar tengok ayah baca doa, mama pun baca doa.

Tetiba pulak me jadi syahdu.

Me pun jawablah; mak dengan ayah mama dah tua, lepas dah tua kita meninggal lah (me sebenarnya kehabisan idea nak menjawab)

Kalau macam tu Ammar nak doa biar mama tak jadi tua lah, biar mama tak meninggal! Kalau mama meninggal sape nak buat susu putih Ammar.

Monday, July 19, 2010

Brother's Birthday!



17th July hari tu birthday my brother, walaupun masing-masing agak sibuk me sempat jugak lah wish dia as usual via sms....heheheh...kira oklah kan bang, yang penting me ingat your birthday.

Happy Birthday Brother, doa me moga kehidupan my brother diberkati di dunia mahupun di akhirat, Amin!

Hari Ahad Kami

(gambar ni me snap dari dalam kereta)

Pagi Ahad anak-anak dah mula sibuk ajak their grandparents pergi Eco Park nak bagi makan ikan kat kolam di sana kata they all, time running so fast dari pagi dia orang dok sibuk and bising-bising tengok-tengok jam dah pun pukul 6 petang, hubby kata pergi jugaklah tak baikkan hampa anak-anak, so me, hubby, anak-anak and parent in-law pun pergilah menuju ke Eco Park yang terletak di Taman Botani, Ipoh. Tempat ni memang rileks, ibu mertua ku selalu jugak jogging kat sini. Ada satu kolam buatan and ada banyak ikan kat situ, we can feed the fish, bawak lah apa saja, roti ker keropok ker makanan ikan ker sure habis di bedal oleh ikan-ikan itu.


(suasana petang di eco park)

Selalunya we all bawak roti ajer, yang enjoy anak-anak, parents ikutkan ajer.

(anak-anak and their grandparents)

Hari Sabtu Kami

Last week hubby tanya ada apa2 plan ker for coming weekend, me suggest balik Ipoh rumah in-law, dah lama tak balik yerlah dalam few weeks back sibuk balik KL and Kampung sebab banyak kenduri to attend, hubby pun setuju.

2 days sebelum Sabtu hubby tanya my opinion ok tak kalau buat BBQ kat rumah in-law, me pun kata ok jugak, so hubby mintak me yang marinade ayam, daging and etc.....Aduss...camner nie me tak pernah buat, join BBQ tu memang selalu tapi tak ada experience nak marinade. So, me call my sis tanya resipi, unfortunately dia pun tak pernah buat then she suggested me to surf the internet (kenapalah me tak terfikir dari mula..huhuhu!) search punya search jumpalah, simple ajer sebenarnya tapi disebabkan tak pernah buat itu yang jadi nervous sikit hehhehe...most of the ingredients memang main campak-campak ajer macam main masak-masak...hahhaha...! Me marinade semua bahan on Saturday morning dari pukul 6:30 pagi tu! (Risau jugak kalau tak menjadi yerlah nak bawak balik rumah mother in-law suspen beb!)

Sabtu lepas kerja kami pun geraklah balik ke Ipoh, dan petang itu seperti yang dirancang kami mulakan majlis BBQ after Asar, hujan lebat pulak masa tu, kami BBQ bawah porch ajer.

Hubby and his brother (adik) yang jadi tukang kipasnya, me and yang lain2 tunggu dah siap untuk makan ajer.

1st phase yang dibakar dah pun masak so mother in-law adalah orang yang mula-mula rasa the food...jeng-jeng, so....dia kata sedap, sedap sangat...(wah! kembang beb hidung gua!) mananya tak suspen my mother in-law is very straight forward kalau tak sedap dia akan kata tak sedap dan begitu jugak sebaliknya tak ada cover-cover punya.

Alhamdulillah, semua enjoy especially anak-anak, ada juga me snap photos tapi kualiti tidak berapa menyenangkan. Happy viewing.


Friday, July 16, 2010

Genap Sebulan

Last Tuesday (13/06/2010), genaplah sebulan Karima pulang ke Kemboja, mula-mula dulu me and hubby ada jugak intention nak cari maid baru tapi bila dah lama macam ni seronok pulak rasanya bila dalam rumah tiada orang lain cuma ada kami and anak-anak ajer.

Lagipun anak-anak dah mula membesar, biarlah belajar berdikari sikit, setakat sebulan ni Alhamdulillah, mereka semakin faham bila mama dia orang dah tak ada assistant lagi, tapi masa seminggu dua mula-mula dulu kelam-kabut jugaklah macam tongkang pecah jugaklah rumah.

Recently me ada jugak tanya opinion Yasmin nak ker dia kalau kita cari 'kakak or bibik' baru, and she answered; tak payahlah mama, min kan dah besar.

Hubby pun kata at the moment tak payah cari maid, kalau ada baby then....we can consider.

TIADA BERNAMA

Salam and morning to semua.

Pagi-pagi nie teringat pulak kat my lecturer masa kat ITM dulu, waktu mula-mula masuk class biasalah ada sesi perkenalan, everyone diwajibkan untuk kenalkan diri and ceritalah sikit-sikit pasal diri sendiri.

Then my lecturer tu cerita kan pengalaman dia ada satu ketika dulu waktu sesi perkenalan jugaklah ada one of her student perkenalan diri dia sebagai 'TIADA BERNAMA'; memang terkejut betul my lecturer; ya, memang betul dan benar nama student dia 'TIADA BERNAMA'.

Mungkin itu kesilapan waktu pendaftaran agaknya.

So, semua orang called that girl 'TIADA'.

Wednesday, July 14, 2010

Towel yang paling sejuk di dunia ini!

Malam tadi temperature Ammar still tinggi so me basahkan towel untuk di lapkan ke badannya. Ammar memang tak suka kalau dibasahkan towel untuk badannya di lap kan, tapi nak buat macamana dah memang terpaksa sangatlah panas suhunya. Kalau dipakaikan 'cool fever' dia tak mau, dipaksa lagilah mengamuk.

Sambil-sambil me lap dan sambil-sambil itu jugalah dia merungut. Nak tau apa tak katanya; mama, mama inilah towel yang paling sejuk di dunia ini.

Ammar pulak demam

Semalam waktu jemput anak-anak dari nursery me nampak makcik2 tu dok sibuk mop lantai, rupanya Ammar baru lepas muntah, kata makcik2 tu dah 2 kali Ammar muntah, badan pun panas.

Kami tak langsung balik ke rumah, hubby kata better terus ke klinik. Sampai di klinik doktor pulak dah balik, badan Ammar dah semakin panas, sementara hubby nak dukung Ammar, dia muntah sekali lagi di depan klinik. Kebetulan doktor belum jauh dari klinik masa staff dia call kata ada emergency, syukur sangat bila dapat tahu doktor akan patah semula ke klinik.

Temperature Ammar sangatlah tinggi, almost 100'c, kalau pergi hospital memang dah kena admit dah tu. So doktor terpaksa masukkan 2 ubat kat punggung dia; satu untuk demam dan satu lagi untuk tahan muntah.

Malam tadi sampailah ke pagi me and hubby dok gilir-gilir berjaga (teringat pesan my mother in law; jaga baik2 anak lelaki kalau demam yang panas sangat boleh kena sawan tarik) and today hubby ambik cuti jaga Ammar; thanks hubby.


(Masa ni kat klinik; Ammar kelesuan lepas 3 kali muntah)

Tuesday, July 13, 2010

Kisah Kehidupan

Kata orang kalau nak jaga hati suami, tawanlah hati ibunya. Itulah pepatah yang selalu kita dengar dan juga nasihat orang-orang dulu untuk yang bakal berumahtangga atau yang sedang berumahtangga.

Story kali ni tentang my friend (di post di dlm blog ini atas permintaan), maaf terlebih dahulu kalau ada di antara tulisan me yang menguris hati ampun dan maaf di pinta, me menulis adalah untuk tauladan bersama; yang elok kita jadikan tauladan dan tak elok kita jadikan sempadan.

Kawan me tu si suami; ha jangan ingat orang lelaki tak pandai bercerita masalah, mereka lagilah pandai.

Kata empunya cerita; mereka berkahwin lama anak pun dah 2-3 orang, kalau di mata zahir me lihat kawan me ni memang cukup segala-galanya, isterinya cantik, anak yang pandai2, kerjaya yang bagus bak kata orang makan pakai semua cukuplah. Tetapi yang mengecewakan perasaan kawan me ni adalah sikap isterinya terhadap ibu si suami. Biar betul nie...kalau tengok isterinya ni memang wanita idamanlah, apakah yang membuat si suami rasa kecewa ya?

Kata si suami isterinya tidak pernah langsung menghormati ibu mertuanya (ibu si suami)...oh tidak! Biar betul! Iya..memang betul.

Kata si suami ada saja yang tak kena pada mata isterinya, kalau sesekali si ibu nak datang ke rumah mulalah isterinya mencari seribu satu idea untuk mengelak dari mertua nya datang. Nak kata si mertua cerewet tak pulak entah apa salah si mertua sampai isterinya bersikap macam tu, pening jugak si suami.

Tapi sepanjang usia perkahwinan mereka, tak pernah walau sekalipun si suami mendengar ibunya merungut tentang sikap menantu perempuannya itu. Malah memuji lagi adalah, katanya pandai si isteri menjaga rumah tangga dan mendidik anak-anak yang bijak pandai.

Memang dalam keadaan serba-salah betul si suami tetapi kalau dah namanya anak kan, takanlah tak tahu apa yang ibu rasa di dalam hati; hampir bertahun-tahun dia cuba mendidik isterinya agar menghormati ibunya, namun kecewa juga. Pelik juga dengan sikap si isterinya ini, dengan anak lelaki si ibu dia nak, tapi dengan si ibu...hmmm...entahlah...apalah nak jadi dengan dunia sekarang.

Kawan me tu dah pun bercerai dengan isterinya (sudah agak lama, beberapa tahun yang lalu) dan baru-baru ini dia telah bertemu jodoh dengan seorang wanita yang baik dan yang paling penting tahu menjaga hati ibu suaminya dan anak-anak suaminya ...me doakan agar perkahwinan dia kali ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

Pesan kawan me; Syurga anak lelaki terletak pada ibunya, syurga isteri terletak pada suaminya; kalau dia (merujuk kepada bekas isterinya) tak boleh nak menghormati ibu aku bermakna dia jugak tidak menghormati aku sebab aku lahir dari rahim wanita yang dia tidak hormati itu.

Sunyi Pulak!

This morning, me call my kak lang as usual tanya khabar, apa aktiviti dia harini, tanya khabar orang-orang di kampung, gosip2 sikit..heheheh, memang macam tulah kami 2-3 hari sekali we will call each other, kalau me tak call, she will call (selalunya me lah yang kena call hahhahha), macam tu jugak dengan my kak teh (second sis) and adik (youngest sis).

Tapi untuk 10 hari akan datang, we all sunyi sikit sebab kak teh tak ada dia ke Sydney temankan our aunty attending her daughter convocation. Me and kaklang memang suka menyakat kak teh coz dia memang dan tersangat-sangatlah kuat merajuk. Tak boleh salah cakap sikit mulalah hidung dia merah..hahah...macam clown..huhuhu..! Sunyi pulak bila salah sorang dari kami tak ada..hmmm..

Birthday Invitation

Last Saturday dapat invitation from Chew (my colleagues) birthday party anak dia, yang ke-9

Hubby tak dapat join coz ada urusan so me pergi dengan anak-anak ajer.

Rumah dia tak jauh pun, around 10 minutes driving from my place, we reached there 8:30 pm, majlis tu start awal 7 pm tapi, dekat sangat dah dengan waktu maghrib that's why kami sampai lambat. Kebetulah me sampai sama dengan Shikin and Hidayah (my colleagues jugak).

Sembang punya sembang sampai pukul 10 kami kat rumah Chew, terpaksalah mengundurkan diri coz anak-anak dah mula mengantuk. Tak sempat nak snap picture banyak2 dok leka bersembang.

Anyway thanks Chew for the invitation!


Tak sihat!

Sorry tak update!

yesterday me on MC!..huhuhu...selsema and batuk

pagi semalam ingatkan nak pergi klinik tapi body, mind and soul memang tak larat sesangat at last hubby bawak jugak ke klinik malam tadi.

doctor nak pagi 2 days MC, punyalah me baik hati (chewah..puji diri sendiri jap yer) me kata tak perlah doktor 1 day should be enough..hahhaha...cam baguih jer kan.

pagi ni masuk ofis tengok2 atas meja dah penuh dengan kerja-kerja yang menanti...ini yang rasa nak demam balik nie!

Saturday, July 10, 2010

Charity Program

The management proposed to have a charity program and this is for staff to build a sense of social awareness towards the special privilege of people.

This morning me and my colleagues went to this Sekolah Semangat Maju, Taiping, a school for special needs students and we are planning to have the charity program here.

Me sempat jugaklah snap beberapa pictures.



(main entrance)


(main staircase to the second floor)





(corridor to the class)

(the classrooms)



(staircase to the canteen)

(EIP - Early Intervention Plan) ~ class for children from 2 years and above

(inside the EIP class)







The Canteen

A very meaningful words;

MASYARAKAT PRIHATIN MEMBENTUK INSAN BERMASALAH INTELEK KE ARAH HIDUP YANG BERMAKNA

Friday, July 9, 2010

Visitor

Salam to all.

Yesterday memang hari makan sedunia, put on weight lagilah nampaknya..hahhah.

Ok, we have a visit from CIDB group 25 no. of pax, so the management suggested to take them to Kuala Sepetang and have a try on the mee udang. Bila bos asked me mana tempat mee udang yang best and of course my choice is always here;





takes about 30 - 45 minutes (depends on your speed) if you're driving from Taiping town.




while the others enjoy the mee udang, me and sally order nasi putih (half ok, kalau penuh tak larat makcik ooii) and we had udang goreng kunyit and udang masak sambal (pergghh....memang sodap tidak syak lagi)

Sally's

Mine

managers who joining us for the dinner

see the prawn's size

udang-udang yang telah menjadi mangsa!

from Kuala Sepetang, they all nak makan durian pulak...(alamak ada space lagi ke for my tummy..hmm..ikut ajerlah) nak ke Bukit Gantang dah malam sangat so we just had the Batu Kurau's durian yang dijual di sekitar Bandar Kamunting.

Sally was so happy to meet the Durians..hahhah!

(note : would like to thanked my hubby coz jaga anak semalam, i reached home almost 10pm.)