Wednesday, December 29, 2010

Bila Salji Nak Turun...

cuti krismas baru2 nie aku, anak2 and hubby balik rumah MIL @ ipoh, ada majlis kenduri cukur jambul anak brother in-law, so on the way back to taiping yasmin tanya aku....mama, mama bila salji nak turun ni?..kan kalau hari krismas mesti ada salji..

aduss...mana pulak aku nak cari salji nie..hehhehe...bila yasmin tanya macam tu teringatlah pulak aku ngan cerita faizul (colleague aku) tentang anaknya.

kata faizul anaknya punyalah tak sabar nak tunggu krismas nak tunggu salji turunlah kononnya, sebab bila salji dah turun nanti nak buat snowman..hahhaha...siap nak mintak maknya sediakan carrot untuk dijadikan hidung snowman tu nanti.

alahai, anak2 tinggi sungguh imaginasi..nak salah kan sapa?...salahkan kita lah dok bagi anak2 tengok tv banyak sangat....!



salji oh! salji

Friday, December 24, 2010

Ammar Promise...

petang semalam lepas keja fetch anak2 from nursery, sampai2 saja aku nampak muka ammar dan muncung tunggu kat depan pintu nursery tu, aku tengok jam ish! awal lagi takan ammar marah pasal lambat kut! turun dari kereta one of babysitter kat nursery tu cakap ngan aku;

azah, minta maaf sangat2 aleesya terjatuh tadi benjol kat belakang kepala dia

macamana boleh jadi kak?

ammar dok seronok main-main tak terperasan aleesya kat belakang, dia toleh terkena aleesya, akak minta maaf jugak sebab marah ammar tadi

tak pe kak, terima kasih lah bagitau

masuk2 aja dalam kereta aku tanya ammar apa dah jadi, dia diam seribu bahasa (rasa bersalah + takut lah tu) apa lagi aku tanya lah kat mcik reporter a.k.a yasmin, wah! yasmin dengan bersungguhnya bercerita (sama seperti cerita akak kat nursery tu)

aku tengok memang kepala aleesya benjol, nak pegang sikit pun dia tak bagi, sakit katanya, aku tanya lagi kat ammar kenapa aleesya boleh jadi macam tu, ammar tak sayang adik ke (physco lah sikit) ammar suka tengok adik sakit ke, waktu cakap macam tu aku tengok mata dia dah bergenang, one thing about ammar dia sangat sensitif lebih2 lagi kalau pasal aleesya, coz he's very protective tapi dalam kes nie mungkin dia tak sengaja. Waktu aku cakap macam2 tu, aku tengok dia dok pegang tangan aleesya (rasa bersalah kot), dalam hati kesianlah pulak tengok dia kena dengar aku membebel

tak lama lepas tu..

mama! ammar minta maaf, ammar sayang adik, ammar tak tau adik duduk kat belakang ammar, ammar promise ammar tak mau main2 lagi kat rumah cikgu siti, ammar promise esok ammar jaga adik!

(Ammar n Aleesya last 2 years)

(don't play-play with my sister ya!)

Thursday, December 23, 2010

Garang Sangat ke Aku?

hari nie, anak2 menguji kesabaran....waktu tengah masak di dapur aku 'terperasan' yasmin, ammar and aleesya senyap ajer di living hall, risau jugak selalu bising ajer, rupa-rupanya ntah dari mana aleesya jumpa toilet roll dan dengan gembiranya kakak dan si abang telah berjaya membuat keadaan rumah macam tongkang pecah...aku dah mula nak naik angin...


tiba-tiba...yasmin...


mama, mama...mama jangan garang dengan anak2 tau, tadi min tengok tv kat rumah cikgu siti (nursery) ada orang tu kan mama dia garang..lepas tu dia suruh anak2 pergi cari kayu kat hutan tiba2 mama dia dah tukar jadik ikan...ha! nanti kalau mama jadi ikan kan kesian...tak ada sapa nak dengar cakap mama lagi....


adusss......aku pulak yang kena tazkirah...


Niece and Nephew Birthday!

Yes! today is my is my niece and nephew special day! It's their birthday!

Happy birthday Nuraiman A'lya!

Happy birthday Muhammad Alif Khidir!

Moga kehidupan kalian dirahmati, dilindungi, diberkati dan senantiasa dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.

Amin!

Kau Ratu Di Sanubari

Mak,
Hari nie 23 Disember 2010

dah 11 tahun mak kembali ke pangkuan Ilahi, kepangkuan penciptamu
hanya doa yang mampu kami kirim

moga roh mak tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman lagi dikasihi oleh Allah s.w.t

Amin!

Ya Allah,

Berilah ibu dan bapaku balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih

Amin Ya Rabbul Alamin

Ya, Allah, Ampunkanlah dosa-dosaku terhadap ibu dan bapaku, Amin!

Friday, December 17, 2010

From Tokyo With Love....

Last 2 days me received a call from my sister kat Seremban, dia kata ada parcel for me...from kak jaa, me tertanya2 jugak apa bendanya nyer....my sister ingatkan me kirim japanese cotton...hmmm..tak jugak..dah abis pikir baru teringat dulu pernah sembang ngan kak jaa pasal Ammar suka sangat dengan Ultraman...so here it is...a gift from Tokyo!

Thank you kak jaa! Ammar really loved it!

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah

(diambil dari pakcik google)

salam semua,

me nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut maal hijrah buat semua umat islam di muka bumi Allah s.w.t ini

semoga di tahun baru ini kita semua beroleh keberkatan hidup di dunia mahupun di akhirat dan moga kita juga berhijrah menjadi insan yang lebih sempurna kehidupannya, Amin!









Saturday, December 4, 2010

story panjang...

hari nie kita story panjang sikit boleh...

mungkin ada yang dah tau me 'miscarried' baru2 nie..Allah belum mengizinkan lagi, apa2 pun me redha

hubby agak frust awalnya, anak2 especially yasmin memang sedih bila dapat tau baby tak ada dalam perut mama lagi..huhuhu..kalau flashback riak muka dia waktu tu, sebak juga...

semuanya berlaku dalam sekelip mata..

pagi tu, me nak bangun subuh, tetiba perut sakit macam nak ke tandas, tetiba benda lain yg keluar 'plup'...apa tu? me tengok ada seketul daging beku saiznya hampir separuh dari saiz tapak tangan, tak lama lepas tu keluar lagi, me kejutkan hubby, pagi tu terus ke klinik dan memang di sahkan me miscarriage atau dalam bahasa tuan doktor..misabortion...bukan sebab salah makan, doktor kata maybe of workload

ingatkan kena d&c, doktor advice biarkan ianya keluar naturally, reason; doktor tak mahu my rahim rosak dengan alat2 d&c tu coz ini pengalaman kali kedua me keguguran, yg pertama sebelum me pregnantkan aleesya, masa tu memang kena d&c, doktor kata lagi after a week kena fully scan kalau masih ada ketulan yang tinggal then we have to do the d&c

dia cuma bagi mc, me call my sisters, sis kata kena pantang juga walaupun tak d&c, nak ke office, me dah tak larat, bos pun not in, outstation, so sms ajer, bos replied; sorry to know, do have a good rest and take good care of yourself

maka berehatlah me, selalu bila bekerja tak terasa letih, bila duduk ajer ni terasa sakit badanlah pulak...

Friday, December 3, 2010

hidung ku tersumbat...

salam jumaat untuk semua!

hari nie me tak berapa sihat, hidung tersumbat, suara sengau, badan sengal2 petanda nak demam lah tu..

semalam ada site visit, on the way back to office hujan selebat-lebatnya, almaklumlah dok di taiping kalau tak hujan bukanlah taiping namanya lebih-lebih lagi sekarangkan musim tengkujuh...agaknya kena hujan semalam lah me selsema hari nie...


boss is not in today, ada meeting kat HQ, so me take this opportunity untuk meng'update' blog...hahhah...bagus tak my reason..

parents in law (PIL) ada kat rumah, semalam petang dia org sampai, cuti sekolah ni PIL ingat nak bawak yasmin, ammar and aleesya balik Ipoh, mother in law kata nak cuba, yerlah manalah pernah anak-anak dok jauh dari me..huhuhu...aduss...tak dapat me bayangkan betapa sunyinya nanti..huhuhu..


Wednesday, December 1, 2010

The Berapit Tunnel Breakthrough

the berapit tunnel breakthrough event dah pun berlalu to be exact dah genap sebulan, last November.

as a committee members memang teramatlah sibuknya, especially on the seating arrangement...selection of food dan macam2 lagi, 3 days before the event..everyday kena rehearsal...sungguh memenatkan tetapi enjoy because commitment from the other committee members memang best...korang memang superb!

VVIP on that day; Minister of Transport, Datuk Seri Kong Cho Ha.

let's view the pics;


2 days before the event; hujan lebat, ada yang suggest untuk panggil khidmat nasihat 'bomoh hujan' , Alhamdulillah masa event tu, mendung saja tapi tak hujan, syukur sangat!


ni juga picture 2 days before the event, kami 'stuck' dalam khemah because of the heavy rain


pose dengan beberapa board of directors of MMC-GAMUDA JV

(nampak tak my boss yang comel tu; 1st from the right)


pose dengan committe members
wah! dah lama tak update ni byk pulak cerita me..hehehe..!

Apa khabar?

Salam untuk semua dan diharap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera

sorry for not updating, as usual dengan reason yang biasa, sebab bz..ngeh..ngeh...ngeh!



semalam besday me yang ke...hahahah..tua dah...34...family, frens, cousins, nieces, nephews, thank you for all the birthday wishes!



syukur pada Allah s.w.t, kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan, moga me akan menjadi hamba-NYA yang lebih baik dari semalam, Amin!