Thursday, July 8, 2010

Ammar orang Islam

Petang jumaat yang lalu...

Ammar cepat siap, hari ni kan ada tuition! (mandarin class) nanti lambat pergi kelas.

mama, Ammar tak mau pergi sekolah cina lah hari ni.

Lah, kenapa pulak, kan selalu ammar suka pergi.

Yerlah, tapi hari ni ammar tak nak pergi.

Cuba bagitau mama, kenapa ammar tak mau pergi.

Itu sekolah cina, ammar orang Islam!

(mana pulak lah dia dapat idea jawab macam tu)

Min nak diet!

mama, mama!

hari nie, min tak mau makan tau!

kenapa pulak; tanya me

min nak diet...

???ha?? apa? min nak diet? diet tu apa min; tanya me lagi

diet tu....tak makanlah...biar kurus

kenapa min nak kurus?

sebab, sebab min tak ada pinggang....; jawab yasmin

hahahhaha....mau berguling-guling me gelak...!

yasmin! oh! yasmin!

Kaki, Tangan dan Mulut

Last Monday when fetch Aleesya from nursery me perasan ada ruam merah berair di tangan dan juga kakinya. Bila dia bukak mulut me nampak ada ulser di lidah dan sekitar dalam mulut. Hubby and me terus ke klinik, so doctor confirmkan its HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease). So doctor bagi sabun mandi, lotion and antibiotic and after 5 days (this coming Sunday) dia nk jumpa Aleesya untuk check progress.

Me dah ada experience before on this disease, coz last 2 years Ammar and Yasmin pun pernah kena, they all kena lagi teruk sampaikan doktor advice to be quarantine kat rumah, so me and hubby take turn cuti jaga anak.

Alhamdulillah, syukur sangat coz Aleesya kena taklah teruk sangat, untuk beberapa hari ini ruam-ruam merah itu sudah semakin kering and ulser di lidah nya sudah bertambah baik dan dia dah pun kembali aktif.

LELAKI DAN TANGGUNGJAWAB

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupunbegitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiapsaat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya,
2. isterinya,
3. anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4org lelaki ini:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurgayg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turutmenerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpaperlu mengangkat senjata. MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seoranglelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewadisisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadipemimpin…maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanitasebaik-baiknya…supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulangmengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

“Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamubermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

(DITERIMA MELALUI KIRIMAN EMAIL SEORANG TEMAN)

Hu! Hu! Hu!

Orang lain demam bola, me pun demam jugak mungkin sebab perubahan cuaca lately.

Argghhh...grrrr....hidung tersumbat, badan sengal-sengal....harap cepatlah baik.

MC?...hmmm...tak mau lah...kerja kat ofis tengah berlambak....huarrgghhh....kena makan vitamin lah nampak gayanya.

Doakan me moga cepat sembuh ya! Amin!

Tuesday, July 6, 2010

Di Satu Tengahari...

Di sebuah rumah...

Yasmin, Ammar cepat makan, mama suapkan...

Mereka pun berlari-lari kecil

Ok, baca doa makan dulu kata mamanya....tetapi...

Serentak dibaca...

Bismillahirahmannirrahim...Ya! Allah bagilah kita baby boy, boleh main ultraman dengan Ammar, kesian Ammar tak der kawan nak main, terima kasih Ya! Allah, Amin!

Lain yang disuruh baca, lain pula dibaca. Macam tulah dua beradik tu lately asik doa dan berdoa nak baby boy, mana tau doa ikhlas anak-anak Allah s.w.t makbulkan...Amin!

Thursday, July 1, 2010

Kenapa tak update....

sorry, dah lama tak update.

nampaknya blog me bersawang lagi.

quite busy this few weeks and this few days.

baru jer balik from KL attend hubby's cousin wedding, we reached taiping this morning 10 minutes to 2 am....huhuhuhu...this morning still mengantuk....and thanks to mr. hubby for driving all the way, hahahha..tak tukar driver pun...coz co-driver kat sebelah mengantuk sangat2.

nanti me upload gambar-gambar wedding yer!

my two sisters pun attend that wedding

wah! tak sangka sungguh my both sis posing sakan, sudi-sudikanlah menjengok di sini