Wednesday, December 29, 2010

Bila Salji Nak Turun...

cuti krismas baru2 nie aku, anak2 and hubby balik rumah MIL @ ipoh, ada majlis kenduri cukur jambul anak brother in-law, so on the way back to taiping yasmin tanya aku....mama, mama bila salji nak turun ni?..kan kalau hari krismas mesti ada salji..

aduss...mana pulak aku nak cari salji nie..hehhehe...bila yasmin tanya macam tu teringatlah pulak aku ngan cerita faizul (colleague aku) tentang anaknya.

kata faizul anaknya punyalah tak sabar nak tunggu krismas nak tunggu salji turunlah kononnya, sebab bila salji dah turun nanti nak buat snowman..hahhaha...siap nak mintak maknya sediakan carrot untuk dijadikan hidung snowman tu nanti.

alahai, anak2 tinggi sungguh imaginasi..nak salah kan sapa?...salahkan kita lah dok bagi anak2 tengok tv banyak sangat....!



salji oh! salji

Friday, December 24, 2010

Ammar Promise...

petang semalam lepas keja fetch anak2 from nursery, sampai2 saja aku nampak muka ammar dan muncung tunggu kat depan pintu nursery tu, aku tengok jam ish! awal lagi takan ammar marah pasal lambat kut! turun dari kereta one of babysitter kat nursery tu cakap ngan aku;

azah, minta maaf sangat2 aleesya terjatuh tadi benjol kat belakang kepala dia

macamana boleh jadi kak?

ammar dok seronok main-main tak terperasan aleesya kat belakang, dia toleh terkena aleesya, akak minta maaf jugak sebab marah ammar tadi

tak pe kak, terima kasih lah bagitau

masuk2 aja dalam kereta aku tanya ammar apa dah jadi, dia diam seribu bahasa (rasa bersalah + takut lah tu) apa lagi aku tanya lah kat mcik reporter a.k.a yasmin, wah! yasmin dengan bersungguhnya bercerita (sama seperti cerita akak kat nursery tu)

aku tengok memang kepala aleesya benjol, nak pegang sikit pun dia tak bagi, sakit katanya, aku tanya lagi kat ammar kenapa aleesya boleh jadi macam tu, ammar tak sayang adik ke (physco lah sikit) ammar suka tengok adik sakit ke, waktu cakap macam tu aku tengok mata dia dah bergenang, one thing about ammar dia sangat sensitif lebih2 lagi kalau pasal aleesya, coz he's very protective tapi dalam kes nie mungkin dia tak sengaja. Waktu aku cakap macam2 tu, aku tengok dia dok pegang tangan aleesya (rasa bersalah kot), dalam hati kesianlah pulak tengok dia kena dengar aku membebel

tak lama lepas tu..

mama! ammar minta maaf, ammar sayang adik, ammar tak tau adik duduk kat belakang ammar, ammar promise ammar tak mau main2 lagi kat rumah cikgu siti, ammar promise esok ammar jaga adik!

(Ammar n Aleesya last 2 years)

(don't play-play with my sister ya!)

Thursday, December 23, 2010

Garang Sangat ke Aku?

hari nie, anak2 menguji kesabaran....waktu tengah masak di dapur aku 'terperasan' yasmin, ammar and aleesya senyap ajer di living hall, risau jugak selalu bising ajer, rupa-rupanya ntah dari mana aleesya jumpa toilet roll dan dengan gembiranya kakak dan si abang telah berjaya membuat keadaan rumah macam tongkang pecah...aku dah mula nak naik angin...


tiba-tiba...yasmin...


mama, mama...mama jangan garang dengan anak2 tau, tadi min tengok tv kat rumah cikgu siti (nursery) ada orang tu kan mama dia garang..lepas tu dia suruh anak2 pergi cari kayu kat hutan tiba2 mama dia dah tukar jadik ikan...ha! nanti kalau mama jadi ikan kan kesian...tak ada sapa nak dengar cakap mama lagi....


adusss......aku pulak yang kena tazkirah...


Niece and Nephew Birthday!

Yes! today is my is my niece and nephew special day! It's their birthday!

Happy birthday Nuraiman A'lya!

Happy birthday Muhammad Alif Khidir!

Moga kehidupan kalian dirahmati, dilindungi, diberkati dan senantiasa dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.

Amin!

Kau Ratu Di Sanubari

Mak,
Hari nie 23 Disember 2010

dah 11 tahun mak kembali ke pangkuan Ilahi, kepangkuan penciptamu
hanya doa yang mampu kami kirim

moga roh mak tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman lagi dikasihi oleh Allah s.w.t

Amin!

Ya Allah,

Berilah ibu dan bapaku balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih

Amin Ya Rabbul Alamin

Ya, Allah, Ampunkanlah dosa-dosaku terhadap ibu dan bapaku, Amin!

Friday, December 17, 2010

From Tokyo With Love....

Last 2 days me received a call from my sister kat Seremban, dia kata ada parcel for me...from kak jaa, me tertanya2 jugak apa bendanya nyer....my sister ingatkan me kirim japanese cotton...hmmm..tak jugak..dah abis pikir baru teringat dulu pernah sembang ngan kak jaa pasal Ammar suka sangat dengan Ultraman...so here it is...a gift from Tokyo!

Thank you kak jaa! Ammar really loved it!

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah

(diambil dari pakcik google)

salam semua,

me nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut maal hijrah buat semua umat islam di muka bumi Allah s.w.t ini

semoga di tahun baru ini kita semua beroleh keberkatan hidup di dunia mahupun di akhirat dan moga kita juga berhijrah menjadi insan yang lebih sempurna kehidupannya, Amin!