Wednesday, December 29, 2010

Bila Salji Nak Turun...

cuti krismas baru2 nie aku, anak2 and hubby balik rumah MIL @ ipoh, ada majlis kenduri cukur jambul anak brother in-law, so on the way back to taiping yasmin tanya aku....mama, mama bila salji nak turun ni?..kan kalau hari krismas mesti ada salji..

aduss...mana pulak aku nak cari salji nie..hehhehe...bila yasmin tanya macam tu teringatlah pulak aku ngan cerita faizul (colleague aku) tentang anaknya.

kata faizul anaknya punyalah tak sabar nak tunggu krismas nak tunggu salji turunlah kononnya, sebab bila salji dah turun nanti nak buat snowman..hahhaha...siap nak mintak maknya sediakan carrot untuk dijadikan hidung snowman tu nanti.

alahai, anak2 tinggi sungguh imaginasi..nak salah kan sapa?...salahkan kita lah dok bagi anak2 tengok tv banyak sangat....!



salji oh! salji

Friday, December 24, 2010

Ammar Promise...

petang semalam lepas keja fetch anak2 from nursery, sampai2 saja aku nampak muka ammar dan muncung tunggu kat depan pintu nursery tu, aku tengok jam ish! awal lagi takan ammar marah pasal lambat kut! turun dari kereta one of babysitter kat nursery tu cakap ngan aku;

azah, minta maaf sangat2 aleesya terjatuh tadi benjol kat belakang kepala dia

macamana boleh jadi kak?

ammar dok seronok main-main tak terperasan aleesya kat belakang, dia toleh terkena aleesya, akak minta maaf jugak sebab marah ammar tadi

tak pe kak, terima kasih lah bagitau

masuk2 aja dalam kereta aku tanya ammar apa dah jadi, dia diam seribu bahasa (rasa bersalah + takut lah tu) apa lagi aku tanya lah kat mcik reporter a.k.a yasmin, wah! yasmin dengan bersungguhnya bercerita (sama seperti cerita akak kat nursery tu)

aku tengok memang kepala aleesya benjol, nak pegang sikit pun dia tak bagi, sakit katanya, aku tanya lagi kat ammar kenapa aleesya boleh jadi macam tu, ammar tak sayang adik ke (physco lah sikit) ammar suka tengok adik sakit ke, waktu cakap macam tu aku tengok mata dia dah bergenang, one thing about ammar dia sangat sensitif lebih2 lagi kalau pasal aleesya, coz he's very protective tapi dalam kes nie mungkin dia tak sengaja. Waktu aku cakap macam2 tu, aku tengok dia dok pegang tangan aleesya (rasa bersalah kot), dalam hati kesianlah pulak tengok dia kena dengar aku membebel

tak lama lepas tu..

mama! ammar minta maaf, ammar sayang adik, ammar tak tau adik duduk kat belakang ammar, ammar promise ammar tak mau main2 lagi kat rumah cikgu siti, ammar promise esok ammar jaga adik!

(Ammar n Aleesya last 2 years)

(don't play-play with my sister ya!)

Thursday, December 23, 2010

Garang Sangat ke Aku?

hari nie, anak2 menguji kesabaran....waktu tengah masak di dapur aku 'terperasan' yasmin, ammar and aleesya senyap ajer di living hall, risau jugak selalu bising ajer, rupa-rupanya ntah dari mana aleesya jumpa toilet roll dan dengan gembiranya kakak dan si abang telah berjaya membuat keadaan rumah macam tongkang pecah...aku dah mula nak naik angin...


tiba-tiba...yasmin...


mama, mama...mama jangan garang dengan anak2 tau, tadi min tengok tv kat rumah cikgu siti (nursery) ada orang tu kan mama dia garang..lepas tu dia suruh anak2 pergi cari kayu kat hutan tiba2 mama dia dah tukar jadik ikan...ha! nanti kalau mama jadi ikan kan kesian...tak ada sapa nak dengar cakap mama lagi....


adusss......aku pulak yang kena tazkirah...


Niece and Nephew Birthday!

Yes! today is my is my niece and nephew special day! It's their birthday!

Happy birthday Nuraiman A'lya!

Happy birthday Muhammad Alif Khidir!

Moga kehidupan kalian dirahmati, dilindungi, diberkati dan senantiasa dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.

Amin!

Kau Ratu Di Sanubari

Mak,
Hari nie 23 Disember 2010

dah 11 tahun mak kembali ke pangkuan Ilahi, kepangkuan penciptamu
hanya doa yang mampu kami kirim

moga roh mak tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman lagi dikasihi oleh Allah s.w.t

Amin!

Ya Allah,

Berilah ibu dan bapaku balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih

Amin Ya Rabbul Alamin

Ya, Allah, Ampunkanlah dosa-dosaku terhadap ibu dan bapaku, Amin!

Friday, December 17, 2010

From Tokyo With Love....

Last 2 days me received a call from my sister kat Seremban, dia kata ada parcel for me...from kak jaa, me tertanya2 jugak apa bendanya nyer....my sister ingatkan me kirim japanese cotton...hmmm..tak jugak..dah abis pikir baru teringat dulu pernah sembang ngan kak jaa pasal Ammar suka sangat dengan Ultraman...so here it is...a gift from Tokyo!

Thank you kak jaa! Ammar really loved it!

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah

(diambil dari pakcik google)

salam semua,

me nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut maal hijrah buat semua umat islam di muka bumi Allah s.w.t ini

semoga di tahun baru ini kita semua beroleh keberkatan hidup di dunia mahupun di akhirat dan moga kita juga berhijrah menjadi insan yang lebih sempurna kehidupannya, Amin!









Saturday, December 4, 2010

story panjang...

hari nie kita story panjang sikit boleh...

mungkin ada yang dah tau me 'miscarried' baru2 nie..Allah belum mengizinkan lagi, apa2 pun me redha

hubby agak frust awalnya, anak2 especially yasmin memang sedih bila dapat tau baby tak ada dalam perut mama lagi..huhuhu..kalau flashback riak muka dia waktu tu, sebak juga...

semuanya berlaku dalam sekelip mata..

pagi tu, me nak bangun subuh, tetiba perut sakit macam nak ke tandas, tetiba benda lain yg keluar 'plup'...apa tu? me tengok ada seketul daging beku saiznya hampir separuh dari saiz tapak tangan, tak lama lepas tu keluar lagi, me kejutkan hubby, pagi tu terus ke klinik dan memang di sahkan me miscarriage atau dalam bahasa tuan doktor..misabortion...bukan sebab salah makan, doktor kata maybe of workload

ingatkan kena d&c, doktor advice biarkan ianya keluar naturally, reason; doktor tak mahu my rahim rosak dengan alat2 d&c tu coz ini pengalaman kali kedua me keguguran, yg pertama sebelum me pregnantkan aleesya, masa tu memang kena d&c, doktor kata lagi after a week kena fully scan kalau masih ada ketulan yang tinggal then we have to do the d&c

dia cuma bagi mc, me call my sisters, sis kata kena pantang juga walaupun tak d&c, nak ke office, me dah tak larat, bos pun not in, outstation, so sms ajer, bos replied; sorry to know, do have a good rest and take good care of yourself

maka berehatlah me, selalu bila bekerja tak terasa letih, bila duduk ajer ni terasa sakit badanlah pulak...

Friday, December 3, 2010

hidung ku tersumbat...

salam jumaat untuk semua!

hari nie me tak berapa sihat, hidung tersumbat, suara sengau, badan sengal2 petanda nak demam lah tu..

semalam ada site visit, on the way back to office hujan selebat-lebatnya, almaklumlah dok di taiping kalau tak hujan bukanlah taiping namanya lebih-lebih lagi sekarangkan musim tengkujuh...agaknya kena hujan semalam lah me selsema hari nie...


boss is not in today, ada meeting kat HQ, so me take this opportunity untuk meng'update' blog...hahhah...bagus tak my reason..

parents in law (PIL) ada kat rumah, semalam petang dia org sampai, cuti sekolah ni PIL ingat nak bawak yasmin, ammar and aleesya balik Ipoh, mother in law kata nak cuba, yerlah manalah pernah anak-anak dok jauh dari me..huhuhu...aduss...tak dapat me bayangkan betapa sunyinya nanti..huhuhu..


Wednesday, December 1, 2010

The Berapit Tunnel Breakthrough

the berapit tunnel breakthrough event dah pun berlalu to be exact dah genap sebulan, last November.

as a committee members memang teramatlah sibuknya, especially on the seating arrangement...selection of food dan macam2 lagi, 3 days before the event..everyday kena rehearsal...sungguh memenatkan tetapi enjoy because commitment from the other committee members memang best...korang memang superb!

VVIP on that day; Minister of Transport, Datuk Seri Kong Cho Ha.

let's view the pics;


2 days before the event; hujan lebat, ada yang suggest untuk panggil khidmat nasihat 'bomoh hujan' , Alhamdulillah masa event tu, mendung saja tapi tak hujan, syukur sangat!


ni juga picture 2 days before the event, kami 'stuck' dalam khemah because of the heavy rain


pose dengan beberapa board of directors of MMC-GAMUDA JV

(nampak tak my boss yang comel tu; 1st from the right)


pose dengan committe members
wah! dah lama tak update ni byk pulak cerita me..hehehe..!

Apa khabar?

Salam untuk semua dan diharap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera

sorry for not updating, as usual dengan reason yang biasa, sebab bz..ngeh..ngeh...ngeh!



semalam besday me yang ke...hahahah..tua dah...34...family, frens, cousins, nieces, nephews, thank you for all the birthday wishes!



syukur pada Allah s.w.t, kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan, moga me akan menjadi hamba-NYA yang lebih baik dari semalam, Amin!

Wednesday, September 29, 2010

Siaran Tergendala...

Salam untuk semua.

Lately me sibuk sesangat, sekarang ni pun tengah dok bz for the jamuan hari raya which will be held tonight, pas tu tadi bos panggil pulak kata next week ada site visit from the authority department then bz pulak dengan tunnel breakthrough....kerja oh kerja..sampai tak ada masa nak bersosial dengan jiran tetangga..huhuhu...!

Sunday, September 26, 2010

Ammar Demam...

Bila lepas musim raya nie musim demam pun berkunjung tiba, hari tu Aleesya..bila dan beransur baik Ammar pula menyambung giliran.

Ammar bila demam memang me risau sangat sebab dia akan jadi pendiam, tak banyak cakap sepatah tanya sepatah lah jawab...dari kecik sampailah dah 4 tahun umurnya. Tak pernah nak mengadu sakit, kalau kita tanya Ammar sakit ke? Cuma angguk atau geleng ajerlah dijawabnya.

Kali nie demamnya agak tinggi sampai muntah2, satu malam tu memang me tak tidur sangat coz dok berjaga, bila dia kata nak muntah me dukung belum sempat sampai pintu toilet dia dah muntah atas baju me, then dia tengok jer muka me..agaknya dia ingat me nak marah dia kut...me kata tak per ammar kan tak sihat tak per baju mama kotor.

pagi jumaat lepas me inform bos me masuk ofis lambat nak hantar ammar pergi klinik dulu, nasib baiklah ada klinik yg buka awal pagi. Sambil tunggu turn ammar bersuara yang buatkan me terharu.

kesian mama!

kenapa ammar cakap macam tu.

semalam ammar muntah kat baju mama, kotor dah baju mama.

tak pe, nanti mama basuhlah

mama janganlah basuh, nanti ammar suruh ayah basuh

kenapa nak suruh ayah basuh? kata me.

memanglah, kan mama penat jaga ammar semalam

Oh, Ammar!

Al-Kisah

Di satu petang yang indah, me tengah berkemas2 kat ruang dapur, mr. hubby datang dengan satu pack di tangan..jeng, jeng, jeng!

dialog mr. hubby; nanti jangan lupa test ya...saya rasa lain macamlah

ha! apakah dia...tungguu...biarkan ianya menjadi teka-teki.

ha, ha, ha, macam tak percaya pun ada.

Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t.

bila dah tau result tu hubby kata; saya dah agak dah, patutlah puasa awak tahun nie penuh.

esoknya Saturday hubby insist nak juga dapatkan confirmation from doctor so petang tu kami pergi check sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. One thing about hubby, walaupun ini bukan our first baby tapi reaction dia tetap sama macam me pregnant kan yasmin, ammar and aleesya dulu he always excited dan tak sabar-sabar. So pic kat bawah nie test from the doctor, confirm double line and dah 7 weeks.


kali nie alhamdulillah no morning sickness, nak kata baru lagi, hmmmm...tak pula, dulu masa pregnantkan yasmin teruk juga me alah, ammar pula me malas sgt2 nk ke dapur dan bila time aleesya my 'morning sickness' tu bukan waktu pagi, boleh digelarkan 'evening sickness' sebabnya after office hour (pandai dia pilih time) to be exact...exactly after 5pm me akan start malas, mengantuk kalau boleh nak tidur sampai subuh..hahhhaah.

tapi me kesian pula kat hubby coz dia yang mabuk teruk, bila pagi tekak loya, pening macam nak pitam hehehhe..kelakar pula bila tengok orang lelaki yang kena morning sickness tapi tak perlah kan..sesekali biar dia rasa pula.

yasmin and ammar bila dapat tau news nie they all happy sangat-sangat and siap doa lagi biar baby boy, moga Allah s.w.t makbulkan permintaan anak-anak, Amin! Aleesya pula..dia kecik lagi kut untuk paham or saja2 buat tak paham..hahhahah...coz bila yasmin and ammar cakap dalam perut mama ada baby dia buat tak tau ajer..buat hal dia je.

buat sedara-mara dan kawan2 doakan kesihatan me dan moga Allah s.w.t mempermudahkan segala-galanya bagi me, Amin!

Kena Tegur Baru Update

Dari sehari ke sehari me nak update blog yang dah lama bersawang2 nie...tak juga sempat2...ingatkan nak tunggu anak2 tido baru boleh update...anak2 tak tidur mama nya pulak dah tertidur..hahha...amacam nak update.

tadi dok tengah2 view FB terperasan pulak cik anymz comment kat profile kita, meng'remind'kan yang me dah agak ....bukan agak lagi dah memang dah tersangat lah lamanya tak mengupdate..hehehhe...oklah kita active semula yer!

Salam Syawal Buat Semua

Salam untuk semua dan memandangkan kita masih lagi berada dalam bulan Syawal yang mulia ini masih belum terlewat lagi rasanya untuk me mengucapkan selamat hari raya, pohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah kata, tersalah tingkah yang sedar maupun tidak, maaf zahir dan batin dari me sekeluarga.

(Orang dah nak abis raya me baru nak wish raya..heheh...takperlah yer kawan2)




Saturday, September 4, 2010

Pulang Merantau



bila dengar lagu nie, makin tak sabar pulak rasanya nak balik rombau!

Aku kena MAKI...

Mungkin ada yang terkejut dengan title entri ni kan...hmmm...tapi jangan risau tak ada kena mengena secara langsung atau tidak langsung dengan me, ini cuma cerita dari seorang teman yang sering menjadikan me teman untuk bercerita.

Pagi tu me dapat call;

zah, aku kena maki....(kedengaran suaranya sedikit sugul)

kenapa pulak kena maki, ko ada buat salah ker...tanya me.

dia terdiam..langsung dijawab...

salah aku kut...ataupun dah hukum karma...

me pulak terkedu lantas bertanya...

pelik aku, selalunya orang bila kena maki akan marah2, dan cuba melawan balik yang ko ni macam cool ajer kenapa...

mula tu memang nak marah sangat-sangat, tapi bila dah cool aku cuba muhasabah diri, cari silap aku, yer...aku teringat dulu aku pun macam tu...suka sangat maki orang, cerita keburukan orang dan macam2 lagi so sekarang bila tiba time aku pulak yang kena maki, barulah aku mengerti macamana rasanya, ish...memang susahlah nak digambarkan dengan kata2....

Pengajaran yang me dapat dari cerita teman me tu;

what goes around will comes around, manusia sering terlupa dan melakukan kesilapan, mungkin satu ketika dulu kita pernah menyentuh perasaan insan lain tanpa kita sedari, dan bila sesuatu perkara itu terjadi pula pada kita, terlalu cepat pula kita melatah dan menunding jari pada orang lain. Jadi sempena bulan Ramadhan ini, sama-samalah kita mencari keredhaan Allah s.w.t di samping muhasabah diri untuk menjadi insan yang lebih baik, insya-Allah.

Raya tahun ini...

Insya-Allah tinggal beberapa hari saja lagi kita nak menyambut Syawal, harap Allah s.w.t sudi beri kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan tahun depan, Amin!

Syawal kali ni hubby dah decide nk beraya di my kampung dulu (thank you hubby)

Ini bukan ayat nak membodek....tapi me memang rasa bersyukur sangat2 dapat hubby dan juga parents in law yang understanding dan juga boleh bertolak ansur, mana taknya, walaupun me dah tak ada parents hubby sudi jugak take turn every year untuk balik berhari raya di rumah my sister dan parents in law pun tak ada halangan. Alhamdulillah, selalunya bila tiba ajer Syawal me and hubby tak ada masalah nak balik kampung siapa dulu.

Tak nak kawin..

Last Wednesday ada invitation buka puasa dengan kawan2, waktu nak keluar dari rumah tiba2 yasmin bersuara;

mama, min ingat min tak nak kahwin lah....

aik, kenapa pulak tak nak kawin? kata me

susahlah cari lelaki sekarang....kalau min nak kahwin nanti mama carikan yer, mama setuju tak?

aduss...tinggi sungguh cita2 anak me..hahhahah!

Jangan tua dulu...

Dalam kereta, perjalanan dari sekolah ke rumah;

mama, mama, nanti mama jangan tua dulu tau.

kenapa pulak? jawab me

kalau mama tua, nanti mama meninggal mama masuk kubur, nanti kesian kat mama tak dapat tengok min jadi doktor....

Me....speechless

OH, Handphone...

sedih, sedih, sedih,

my hp problem, keypad problem...huhuhu....sayang sangat dengan phone tu coz it's a birthday gift dari hubby last 2 years.

nak hantar pi repair lah and hopefully tak ada major problem.

Sepatutnya...

Mungkin ada yang tertanya2 naper my title macam tu kan..hahhha....disebabkan dah terlalu lama tak online byk benda nk kena update, ok..SEPATUTNYA gambar ini di download sewaktu posting gathering dengan family tetapi disebabkan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan (chewah, macamlah sibuk sangat) so me upload satu gambar nie, actually ada byk gambar tapi cuma satu nie yg me rasakan menarik...nak tau kenapa, sebab dapat bergambar bersama my adik-beradik walaupun perasaan agak kecewa coz my 2nd bro tak dapat join that gathering.

Kenapa jadi begini....

Lately macam2 hal betul, bila tengah banyak idea nak update line internet pulak tak ok, dekat my housing area nie rasanya dah 6-7 kali kabel telekom kena 'kidnapped' oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab.

Sanggup dia orang panjat tiang2 telekom yang tinggi2 tu semata2 untuk 'kidnapped' kabel....hmmm...ntahlah apa nak jadi.

Recent incident last few days. Pernah sekali hampir sebulan me tak dapat nak online tapi monthly bill sama jugak kena bayar, telekom promise nak bagi rebate...tapi ntahlah...senyap ajer.

Sabar, sabar....

Monday, August 30, 2010

Lamanya tak update..

Salam semua!

Sorry semua for not updating quite sometime, sibuk dan jugak kekeringan idea.

Akan cuba mencari ilham di mana-mana.

Monday, August 9, 2010

Our Weekend

Hari ni, sebenar-benarnya me teramatlah mengantuknya, sampai Taiping malam tadi around 11:30 pm.

Last Saturday me cuti, went back to KL, ada kenduri; family hubby's side then off to Rembau, balik rumah my kak lang, tidur kat sana, Sunday morning ke Seremban pula to my kak teh house; ada family gathering (we really had fun) bila abang, adik and kakak duduk berkumpul sudah pastinya...seribu macam cerita...ada suka ada duka...we will share everything together.

Sedih jugaklah bila sekali sekala dapat berkumpul my 2nd brother pulak tak dapat join, ada urusan yang memang tidak dapat dielakkan. Insya-Allah ada rezeki nanti kita buat lagi ya!

Ada byk picture me nak upload...so sorry coz tak dapat nak upload skang so..tungguuuu......!

(Yasmin, Ammar and Aleesya betul-betul seronok dapat jumpa all their cousins)

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!

Salam untuk semua.

Tinggal lagi beberapa hari ajer lagi kita nak berpuasa, dikesempatan ini me nak mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa, moga ibadah puasa kita diterima oleh Allah s.w.t. Amin!

Sempena Ramadhan ini juga me nak mohon maaf, kepada semua adik-beradik me, kawan-kawan sekerja, rakan-rakan blogger dan kepada sesiapa sahaja sekiranya ada salah dan silap yang me sengajakan atau tidak sengajakan, moga dimaafkan.


Day 2 (3rd August 2010) ~ Sports Day




~ THE END ~

Day 1 (31st July 2010) ~ Gotong Royong

Promise is a promise, baru hari ni me dapat upload and update on the charity program yang dah pun berlalu, telling the truth...memang best sangat-sangat!!! So let the picture speak for itself; It's a 2 days program

~ 31st July 2010 - Gotong-royong ~








Wednesday, August 4, 2010

Terasa ke?....Memang Terasa Sangat-Sangat!

Nak 'emo' sikit boleh yer!

Yup, memang aku terasa...(wah! cam lirik lagu kumpulan gersang lah pulak), tapi tulah hakikatnya memang me terasa sangat-sangat.

Entahlah, dulu kalau orang buat apa ajer tak kisah pun, skarang lain pulak mudah sangat me terasa, dah tua ke me!...Oh, TIDAK!!!

Sedih, geram, marah dan apa-apa saja yang sewaktu dengannya tengah berlegar-legar dalam kotak fikiran.

Oh, ya, hal ehwal terasa ini tiada kena mengena dengan suami, anak-anak, adik-beradik, sedara-mara, sepupu-sepapat dan apa jua yang berkaitan cuma bersangkutan dengan urusan pekerjaan...huhuhhu!

Tuesday, August 3, 2010

Updating?

Sorry for not updating.

Ingat lagi tak me pernah post entri pasal charity program organize by the company, so reason for not updating adalah me bz, bz sangat sangat preparing for the event.

Alhamdulillah, semuanya dah pun selesai nanti me update gambar-gambar.

Buat masa sekarang ni me nak merehatkan diri dari penat yang berbaloi, really-really enjoy with the childrens!

Wednesday, July 28, 2010

Moga Cepat Sembuh!

Tadi dapat berita my brother-in-law admitted. Terkejut sangat-sangat coz dia jarang sungguh sakit walaupun demam jadi bila dah sampai admitted memang me sangatlah risaunya.

Terus me call my sister to confirm, so my sis kata mungkin ada virus infection. Apa-apa pun me doakan agar my abang lang cepat sembuh, Amin!

WOMAN



I worked late but you don't wait up
My bones ache and I'm cleaning the place up
Sometimes I don't even know I care

I sit down take off my make-up
I lay down but you don't wake up
Sometimes I wonder if you know I'm there

I can't remember the last time you
Told me I'm beautiful, and I can't remember
Last time you said anything at all

I'm a woman
A woman with a heart
And I deserve your all
I'm not some girl who don't know what she wants
I'm a woman
And I need to be touched
And I need to be loved
'cause being just your woman is not enough

Now I hope that you don't wake up
When it's too late to make up
You'll be the one that's alone and that's sad

In time you'll find somebody
The truth is she'll never be me
And that's when you're going to miss what we had

When all I really needed to hear was "you're beautiful"
All I really needed to hear was anything at all

I'm a woman
A woman with a heart
And I deserve your all
I'm not some girl who don't know what she wants
I'm a woman
And I need to be touched
And I need to be loved
'cause being just your woman is not enough

I'm not your friend who only needs you sometimes
And if I'm your lady You got to treat me like...

I'm a woman
A woman with a heart
And I deserve your all
I'm not some girl who don't know what she wants
I'm a woman
And I need to be touched
And I need to be loved
'cause being just your woman is not enough

A woman needs your heart
A woman needs your all
A woman needs your everything
I'm a woman
And I need to be touched
And I need to be loved
And I deserve your everything
I'm a woman
I'm a woman
I'm a woman

Pesta Durian!

It's Durian time!

Petang semalam ada lagi satu function organized by the company menjamu staff-staff dengan durian dan juga manggis.

Memang best! Durian-durian dan manggis tu dibeli dari peraih-peraih from Kuala Kangsar, Padang Rengas dan juga Bukit Gantang. Isi duriannya cantik, rasa pun enak. Bayangkanlah ada lebih kurang 210 biji buah durian dan 60kg manggis.


Ada a few gambar-gambar yang disnap oleh kawan-kawan;



Tuesday, July 27, 2010

Site Visit

Yesterday ada site visit lagi kali ni dari JKR Kinta pula.

Lepas site visit and some briefing kami menjamu tetamu kami di sini;


(Amik dari pakcik google)

Ini memang tempat favourite yang agak terkenal di Pekan Kamunting ini.

Disebabkan dah selalu sangat company ada function kat sini, so me memang dah trust dengan menu yang disajikan, selalunya me akan call the owner yang lebih mesra dipanggil 'pak lang' ataupun adiknya 'induk' dan cuma bagitau group dari mana yang akan datang dan type of food yang kami mahukan dan seperti biasa mereka tidak pernah menghampakan;


Memang berbaloi!