Tuesday, June 29, 2010

Rudy, Rudy

Tengahari macam biasa out for lunch sebelum tu fetch yasmin and ammar kat school then hantar ke nursery. While driving sampai kat 'mini roundabout' (ada satu roundabout kecik kat area my office, coz my office located near housing area) me stop kejap biasalah bagi laluan...then terserempak dengan one guy tengah bawak motor, dalam hati; hey, kawan me tu, rudy!

So me pun bunyikanlah hon sambil melambai-lambai ke arahnya, maklumlah dah lama tak jumpa, dia pun macam excited sambil bawak motor dok terlambai-lambai ke arah me sambil tersengih-sengih. Nak dijadikan cerita nasib baiklah waktu tu tak ada kenderaan lain yang lalu-lalang, sambil Rudy dok melambai-lambai tu, motor nya boleh kan terbabas dan melanggar divider, me terkejut pun ada nak gelak pun ada, mana taknya waktu motor dia naik atas divider tu kaki Rudy 2-2 terangkat, terus me stop kereta dan tanya keadaannya; kau ok ker rudy?

aku ok, aku ok, hang punya pasal lah nie...dok lambai-lambai kat hang sampai terbabas aku...hahhahahha!

Itulah kisah si Rudy, dah lah lama tak jumpa, bila jumpa terserempak atas divider.

Oh! Ammar!

Petang Sabtu hari tu waktu me tengah kemas-kemas rumah me jumpa beg sekolah lama Ammar kat bilik belakang dan dalam bilik bag tu penuh dengan patung ultraman lamanya, miniature cars waktu Ammar kecik2 dulu, then me tanya kat Ammar;

Ammar, siapa yang letak mainan ni semua dalam beg?

Ammar yang letak - dengan muka selambanya.

Kenapa Ammar simpan semua dalam beg, bukan ker semua mainan selalunya Ammar letak kat luar.

Takperlah mama, itu mainan lama Ammar nak simpan.

Kenapa Ammar nak simpan?

Ammar nak simpan untuk baby boy Ammar.

Mana Ammar ada baby boy - tanya me lagi.

Ada, ada mama, ada dalam perut mama tu, tak lama lagi dia keluarlah...

Adusss...manalah pulak me nak carik baby boy nie...huarrgghhhh...tolong...tolong!

Yasmin dan Bekalnya

Last friday yasmin merungut 'lagi' bekal makanan dia 'terpaksa' dikongsi dengan kawan-kawan yang lain. Bukan setakat minggu lepas ajer dia complain, almost everyday me and hubby akan dengar rungutan dia.

'mama, azimah (bukan nama sebenar) suka ambik makanan yasmin, yasmin tak suka!'

'tak perlah, makanlah sama-sama' - kata me

'tapi takan hari-hari nak share' - di jawab yasmin

'kalau kakak tak suka, kakak cakaplah baik-baik dengan dia yang kakak tak suka dia makan makanan kakak'

macam tulah dialog kami everytime dia bercerita tentang isu yang sama. Kesian juga pada yasmin, sometimes dia macam fobia nak bawak food pergi sekolah, she will request untuk tinggalkan bekal tu dalam kereta then after school baru dia makan itupun dalam kereta.

Tapi semalam buat pertama kalinya dia tak lagi complain, tapi kami mendengar dialog yang lain.

mama, semalam kan azimah nak makan bekal kakak, lepas tu kakak cakap dengan dia;

eh! awak ni janganlah ambik makanan kita, mama awak tak masak untuk awak ker, mama kita hari-hari masak untuk kita, kalau awak nak makan awak suruhlah mama awak bangun pagi-pagi masak janganlah ambik makanan kita!

Oh! anak ku memang outspoken, maafkanlah dia...hahhahahah!

Monday, June 28, 2010

Kisah di satu simpang

Kisah ni terjadi beberapa tahun yang lalu, waktu tu me pregnant kan yasmin (my eldest daughter) waktu tu on the way back to KL balik rumah atuk hubby.

Dalam kereta....hubby bersuara...

nanti kita beli kuih yer buat minum petang.

nak beli kat mana? tanya me

kat simpang sebelum sampai rumah atuk ada mkcik jual goreng pisang.

ok ajer. kata me lagi

Di satu simpang....

ha, sampai dah jom turun; kata hubby

wah! me pun dengan confident nyer turun lah dengan perut yang besar nie (maklumlah mengandung)....sambil beli kuih tu jeling-jeling jugak kat makcik tu...pasal apa dia dok senyum-senyum...pas tu jeling-jeling jugak kat me. Pasal apa yer, tertanya-tanya jugak dalam hati, sambil-sambil tu me bisik-bisik jugak kat hubby; B, awatnya makcik tu dok jeling-jeling kat kita sambil-sambil senyum-senyum...?

Lalu dijawablah oleh hubby merungkai segala persoalan yang bermain di kotak fikiran me; manalah makcik tu tak tengok awak, cuba awak tengok ke bawah.

Tau tak apa sebabnya..hahahhahahaha...! me pakai kasut sebelah lain sebelah lagi lain...hahhahah...satu cover shoes lagi sebelah lagi sandal a.k.a selipar..hahahhah...!

Sehingga ke hari ini bila balik KL rumah atuk then lalu kat simpang tu hubby akan sentiasa remind me on the incident..hahhahaha!

Dik mam, Dik tok!

Huhuhu!...Aleesya (my youngest...at the moment......uik..nak tambah lagi ker...heheh..tunggu dulu lah...) wokey back to the topic....Aleesya tak sihat this few days. Me perasan perubahan dia since Friday, pagi tu bila hantar ke nursery dia diam ajer, bila fetch dia petang tu pun sama, dah mula nampak nak selsema + batuk tapi badan tak rasa panas nak demam pun. Sampai rumah dia macam tak ada mood nak main-main, sembang-sembang pun tidak. Normally bila balik dari nursery ada sajer celotehnya....sunyi kejap rasanya when she's not in the mood.

Pagi Ahad semalam after breakfast me ajak hubby gi klinik risau jugak maklumlah dengan keadaan cuaca tak menentu nie temperature anak pun jadi tak menentu. Hubby drop me and Aleesya at the clinic, then hubby temankan yasmin and ammar gi kedai stationery coz they all request for water colour entah apalah projek dia orang kali nie.

Ok, sampai ajer di klinik, Alhamdulillah, tak ada patient lain, tak lah kena tunggu lama. Masa dalam bilik doktor tu doktor tanya; Adik tak sihat ke? Mari sini doktor check, adik sakit apa?

Me ingatkan dia malu nak jawab terkejut juga bila Aleesya bersuara; dik mam (adik demam) dik tok (adik batuk)

Terkedu me seketika.

Tetamu Hujung Minggu


Last week ' Along' my eldest brother came over with his family. Anaknya (my nephew) dapat offer ke UiTM Penang, Permatang Pauh. Ingatkan nak lah masak yang special maklumlah tetamu dari jauh (from Nilai tu..kan jauh tu) tapi my brother dah pesan toksah masak-masak coz dia sampai agak lewat, memang lewat pun almost 1 am he arrived, tapi me masak jugak, alah masak simple jer daging hitam rempah (recipe taken from my MIL), nasib baik jugaklah me masak, tak lama lepas sampai tu dia nak makan pulak, kami dok sembang sampai kul 2.30 pagi, Sabtu pagi tu me kerja terlewat bangun tu hahhahahha!, kelam kabut siap nak pergi kerja.

Malam sebelum tu hubby pesan suruh buat nasi lemak..alamak!...nasi lemak nya pun entah ke mana, at last me beli jer roti canai...hehehhe...sori yer hubby!

Malam Sabtu tu sebelum Along gerak pulang ke Nilai me masak Nasi Ayam lepas tu terlebih rajin me masak nasi putih lauknya sotong paprik..perrgghhh sodap....(kata my hubby lah)....well....(dengan hidung yang agak kembang!)

To my Along, thanks for dropping by, nanti singgah lagi and lepak lama-lama sikit boleh kita makan Mee Udang di Kuala Sepetang.

Kenapa, kenapa, kenapa, why, why, why?

Fuhh...genap seminggu me tak update blog! Kenapa jadik begitu....??? sebab-sebabnya adalah...jeng..jeng...jeng.....!!!


1) sibuk yang teramat! (alasan ajer nie)





2) Idea yang tak kunjung-kunjung tiba, dok tunggu dari pagi bawak ke petang, petang pulak bawak ke malam, dari malam sampailah ke pagi...tak juga dia menjengah me!




Oleh sebab musabab itulah wahai kawan-kawan, sahabat handai, rakan taulan, sedara mara, sepupu sepapat kenapa blog ini bersawang untuk seminggu!

Sekian, untuk makluman.

Monday, June 21, 2010

KL - Rembau - Taiping

Mula-mula sekali nak wish happy father's day untuk semua bapa-bapa dan teristimewa untuk my hubby and my arwah ayah.

Alhamdulillah, kenduri tahlil di KL dah pun selesai Sabtu malam tempohari, so pagi Ahad semalam me, hubby and anak-anak balik ke rumah my sis kat Rembau..hooorraay!

Gumbiranya rasa hati walaupun cuma dapat balik sekejap cukuplah untuk lepas rindu nak jumpa my sis dan........me dapat makan durian, pas tu kakak me masak lauk yang sangat sedap (lauk tu simple jer agaknya time lapar kut..hahhaha) and thanks to hubby sebab belikan egg tart yang sangat enak tu.

Kebetulan semalam father's day so my nieces hanis and ainul buat cheese and chocolate cake (2-2 cake itu sedap bangat!) lepas nie kalau time raya tak payah beli cake kat luar lagi, masing2 dah pandai buat cake. Besar sudah anak-anak buahku.

Semalam jugak kami pulang ke Taiping and reached here almost 12:00 am.

Saturday, June 19, 2010

Keboringan Mula Melanda...

The owner of this blog would like to dedicate this song to her brothers;


Lebih tua dariku
Harap sabar menunggu
Kepulanganmu ku tunggu

Bukan maksudku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikatnya rindu yang mendalam
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kamu
Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku adikmu
Dan engkau abang
Inginku ulang ke masa dulu

Tak akan putus hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa-apa
Jalan ini kan membantu
Hari esok siapa yang tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Gumbiranya Hati Ini....

Me nak ucapkan tq, tq, tq and a thousand tq to my hubby sebab minggu nie hubby ajak me balik rumah kakak me kat rembau. Today after office hour (yup, arinie Sabtu, me kena kerja huhuhuhu...) fetch my parents in law kat Ipoh dulu then balik KL, malam nie family hubby's side ada buat kenduri tahlil, then insya-Allah Sunday morning will go back to my sis house yahoooooooooo! Tak kisahlah eventhough it's only a day trip, janji leh jumpa my sis and her family.

Me ada confession nk buat to hubby..hehehheheh....!

Dear hubby, since last 2 to 3 weeks actually me craving for this;

1) durian yang di tanam oleh arwah ayah me




2) food yang dimasak oleh kakak me yang sangat pandai masak (ini adalah ayat bodek)





3) tart telur yang sangat sedap yang dijual di pekan berdekatan rumah my sister



Sekian.

Friday, June 18, 2010

Karate Kid!

Last week, hubby ajak me, yasmin and ammar tengok movie (masa tu Karima tak balik Kemboja lagi so Aleesya tinggal kat rumah nak bawak, nanti dia boring, meragam pula) so just 4 of us. Ammar and Yasmin request (mom's request actually through anak2..hehehhe) nak tengok Karate Kid.

Best gak citer tu, both me and Ammar enjoy the movie samalah dengan hubby. Cuma Yasmin tak berapa nak enjoy dengan movie tu, dia kata nie movie orang 'boy', everytime dia boring dia akan cuba bangun tengok orang sekeliling pas tu duduk balik, pastu bangun lagi, kesian kat dia, everytime dia bangun me or hubby terpaksalah advice dia suruh duduk balik, explain kenapa tak boleh nak buat camtu because it will disturbing other audience. Cakap sekali dia buat lagi, dia dah boring tahap gaban lah tu..hahhaha...ok lah Cik Yasmin nanti kita ajak ayah tengok cerita yang yasmin tak boring ya.

note : me suka betul dengan Jaden Smith (anak Will Smith) tu, he's such a good actor.

Tazkirah Jumaat

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Note : Received by email from my sister


Mr. Mama

Alhamdulillah, hubby selamat sampai from outstation this morning 4:30 am, nasib baik sedar waktu hubby call, kalau tidak mau sampai ke siang dia tunggu kat luar.

Hari ni hubby cuti, bila bangun pagi tadi hubby kata tak payahlah hantar anak-anak ke nursery, nak spend time dengan anak-anak katanya. Wokey bos! kita ikut ajer, jadi Mr. Mama lah hari nie ya.

So to hubby, enjoy your day with the childrens and good luck.


Wednesday, June 16, 2010

Macam-Macam Hal

Pagi ni masuk ofis, ada kawan bagitau; za, si polan bin si polan tu bercerita hal kitalah, dia kata kita buat cerita pasal dia ada skandal dengan si fulan tu.

Ish, pagi-pagi lagi dah dengar cerita kurang enak, terganggu sekejap emosi....hmmmmm! Apa nak buat yer?

Mula-mula dengar tu memang nak marah sesangat rasanya, macam nak pergi bersemuka and tanya kat orang tu apalah yang dia tak puas hati sangat dengan me sampaikan dok buat fitnah macam tu. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau marah apa gunanya, tak ada siapa pun yang untung.

Kepada si polan bin si polan tu apa dia ingat me tak ada kerja lain ker nak dok bercerita pasal dia ajer, banyak lagi kerja lain pakcik oooiii....dah lama sangat me dengar cerita pasal dia nie, tup-tup kali nie me pulak yang terkena! Pelik jugak yer, orang lelaki sekarang pun dah pandai buat mulut.

Tak perlah biarkanlah si polan bin si polan itu terus bercerita, hidup atas dunia ini hanyalah sementara, me tawakal ajerlah, hari ini hari kita, esok, lusa tiada siapa yang tahu. Biarlah dia dengan cerita-ceritanya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."

Imam Ali bin Abi Talib berpesan:
"Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta"

Tips untuk mengawal marah

1) Kalau sedang berdiri, duduklah; kalau sudah duduk tetapi masih marah, maka baringlah

2) Berwudhu’lah, kerna sebaik-baik wudhu’ dapat memadamkan api kemarahan

3) Minumlah air sejuk, simpan air di dalam mulut untuk beberapa saat atau dalam 3 kali istighfar dan 1 kali selawat sebelum menelannya

4) Perbanyakkan beristighfar

5) Bacalah al-quran

6) Dirikanlah solat

Lagi tips untuk mengawal marah;

1. Biarkan ia berlalu…
~ Salah satu cara berurusan dgn rasa marah adalah dengan belajar utk memaafkan.
~ Ketidakadilan muncul sepanjang masa & semua orang pernah bersalah
~ Belajar utk melepaskan rasa marah adalah sebahagian drp kebijaksanaan emosi

2. Gunakan ia secara positif…
~ Tumpukan perhatian pd sesuatu yg boleh menghilangkan rasa marah
~ Jika ia tak juga hilang, carilah seseorang utk anda meluahkan permasalahan anda

3. Namakan ia, tuntut ia, bidik ia & jinakkan ia…
~ ‘Bidik’ bermaksud anda tahu dari mana kemarahan itu datang & bagaimana utk mengawalnya
~ ‘Jinakkan’ bermakna belajar utk mengawal diri

4. Jangan mendesak, jangan mencurahkan…akui ia !
~ Dengan mendesak perasaan marah akan membuatkan kita sakit hati
~ Akui saja perasaan marah tersebut kerana dengan berbuat demikian, kita dapat melupakan
perkara lama & buka buku baru

5. Kawal ia / ia yang mengawal anda…
~ Belajar utk mengawal kemarahan anda
~ Yang membezakan diri hanyalah kawalan diri sendiri & kelengkapan yg digunakan :
~ memahami emosi,
~ berupaya utk berhenti,
~ menenangkan diri sendiri,
~ berfikir mengenainya secara keseluruhan &
~ tidak membiarkan rasa marah mengusai diri

Note: Tips-tips di atas me dapat dari blog rakan-rakan blogger, terima kasih.

Tuesday, June 15, 2010

Cerita Petang Selasa

Petang-petang nie cerita pasal mr. hubby boleh tak? jangan marah yer encik-encik, tuan-tuan, puan-puan dan sewaktu dengannya, hubby pulak outstation seminggu, so kebosanan mula melanda.

Last week pergi date dengan hubby and tengok movie cerita Lagenda Budak Setan (LBS), (soundtrack dia best!).

Bila tengok movie tu me and hubby senyum sendiri-sendiri..hahahah...mana taknya jalan ceritanya macam our story lah pulak but not 100% ya!!!....(wah! cerita jiwang pulak petang-petang nie, tak perlah yer)

Masa mula-mula kenal hubby dulu ramai kawan-kawan yang cakap; biar betul ko kawan dengan budak tu? ko dah pikir habis ker? (Dalam hati dok berkata jugak, jahat sangat ker mamat nie) dan macam terbaca pulak fikiran me oleh kawan-kawan, kata kawan me; dia tu tak lah jahat mana cuma naughty sikit, dia dan kawan-kawannya suka sangat kacau budak-budak freshie yang baru masuk! Tak sesuailah kalau ko kawan dengan dia, tok sahlah!

Dan macam-macam lagilah kata kawan-kawan.....tapi hati punya pasal me kawan jugak dengan mr. y a.k.a mr. hubby, lantaklah apa orang nak kata, hahahhahah!

Kami kawan tak lama mana pun, knowing him memang adventure, dia sesangatlah egonya dan tidak lah romantik (tak ker tension) tapi entah kenapa hati nak sangat kawan dengan dia dan risikonya me memang kena banyak-banyak bersabar dengan sikapnya.

Tapi lepas kahwin he's totally different, ego dah hilang entah ke mana, tapi tetap tak romantik, cuma dia ada cara tersendiri untuk express feeling dia. Dah boleh tolerate tak macam mula-mula kami kawan dulu, lebih manner (yang ini kelakar, dulu masa kawan kami guna bahasa engkau - aku ajer, tak romantik langsung kan).

First time me jemput dia ke rumah untuk kenalkan dengan my sis, dia orang semua berkenan (apa lah yang mr. y jampi sampai dia orang suka sangat yer, walhal sebelum ni kawan-kawan me semua dia orang reject), tapi me ingat lagi me sempat bagi arwah mak tengok gambar mr. hubby masa tu kita orang masih berkawan lagi, mak kata mak berkenan kalau jadi menantu, tapi mak tak sempat jumpa hubby in person, tak perlah janji me kahwin dengan orang yang mak berkenan kira dapat restu jugaklah kan.

Alhamdulillah, dah 6 tahun kami bersama moga Allah s.w.t kuatkan lagi ikatan kasih sayang antara kami, Amin!

Dahlah tak mau cerita panjang-panjang nanti ada yang jemu membaca...huhuhuhu...



Saya Boleh!

Today my second day shift back to normal after 2 years, Karima dah tak der so kena uruskan semuanya sendiri without an assistant, tak lah kekok sangat cuma nak kena bangun awal lagi dari biasa, sekarang kan cuti sekolah so yasmin, ammar and aleesya kena hantar pergi nursery. Hubby pulak outstation ada course seminggu, end of week baru balik.

So my routine, bangun pagi lepas solat kena buat breakfast anak dulu bawak bekal pergi nursery, bukannya nursery tak provide memang semuanya siap cuma dah jadi kebiasaan buat breakfast untuk anak-anak dan terutamanya yasmin memang cerewet pasal breakfast, dia mesti nak heavy breakfast (sama macam ayahnya) pagi semalam me masak mee goreng so today me buat nasi goreng pulak, esok tak pikir lagi, nanti malam baru pikir..hahhaha!

Bila malam, anak-anak dah tidur uruskan laundry pulak, basuh, lipat and iron, hahhahaha! kelakar lah pulak dah lama tak buat kerja-kerja nie tersenyum sendiri pun ada.

Sebelum hubby outstation me ada sembang-sembang and tanya hubby, boleh ke me uruskan semuanya ni almaklumlah dulu ada assistant, dengan penuh semangatnya dia kata;

'Awak boleh buat, awak kan superwoman saya'

Insya-Allah mr. hubby, yes i can do it!

Karima Last Day

Pejam celik pejam celik 2 tahun dah pun berlalu, masa first day Karima datang dulu me pregnant kan Aleesya 6 bulan cepat sungguh masa berlalu.

Last Sunday kami hantar Karima ke LCCT, flight dia pukul 2:55 pm, we reached there 12:35 pm punyalah payah nak cari parking, Alhamdulillah, jumpa juga, brother parking yang baik hati tu telah mengizinkan kami parking kat one corner near the exit entrance. Thank you lah brother parking!

Masa hantar Karima tu me risau jugaklah kalau anak-anak ter'emo' because they quite close to Karima, at last me yang ter'emo', sampaikan Karima kata; ibu, janganlah nangis, ibu nangis nanti saya pun nangis!


Me bersyukur tak terhingga pada Allah s.w.t sebab dapat pembantu yang memang tak berkira tentang kerja, rapat dengan anak-anak, baik dengan kami, yerlah nak dapat pembantu yang baik, kerja pun bagus sekarang ni bukan senang kan.

Dulu pembantu kami an Indonesian lady, dah berumur, dia pun bagus, dia jaga anak-anak memang tip-top cuma satu sahaja, dia agak pemalas, rumah kalau tak disuruh kemas tak berkemaslah jawabnya, every weekend memang hubby and me lah yang kena buat spring cleaning the whole house (Alhamdulillah juga sebab dapat hubby yang memang dan sangat-sangat rajin mengemas)

So enjoy the pictures of Karima yang sempat di snap oleh my niece Aiman A'lya.










Sista House!

Last week balik rumah my sis kat Seremban, we depart from Taiping around 3:00 pm and reached Seremban 7:30 pm, sepanjang jalan di highway hujan selebat-lebatnya, hubby terpaksa berhenti 2 kali, hujan lebat pandangan terganggu.

My sis tak balik kerja lagi bila kita orang sampai, sejam kemudian dia balik dengan hubby dia dan dia telah menjamu kami dengan...let the pictures speak itself...hehhehe!







Ayah

Me nak post entri ni semalam tapi tak sempat sedih pun iya jugak, semalam Isnin, 14hb Jun 2010, bersamaan 1 Rejab, genap 22 tahun the 1st men on earth I ever loved arwah ayah kembali ke rahmatullah, Al-Fatihah, moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman lagi dikasihi oleh Allah s.w.t., Amin.

Tadi pagi-pagi lagi me dah baca entri my sis pasal arwah ayah, tiba-tiba jadi sayu aje hati ni. Kalau my sis kehilangan ayah waktu tu usia dia 24 thn, me kehilangan ayah waktu umur me 12 tahun and my youngest sis pulak 10 tahun. Memang rasa macam mimpi sangat waktu tu.

Pagi tu macam biasa me siap-siap nak pergi sekolah, ayah duduk macam biasa kat favourite chairnya, lepas breakfast me salam and cium ayah then me tanya; ayah, hari ni ayah nak pergi hospital lagi kan, kakak nak ikut yer.

Jawab ayah; kan hari ni ada kelas tambahan, tak payahlah ikut, tinggal rumah ajerlah.

Me pujuk lagi; boleh lah ayah, semalam cikgu cakap class tu cancel.

Selalu kalau nak ikut boleh ajer, tapi tak tahu lah kenapa hari nie ayah berkeras tak bagi me ikut, ayah kata; tak boleh, hari ni tak boleh, ayah nak pergi dengan mak dua orang ajer, kakak tinggal rumah dengan adik.

Me terus terdiam, tak perlah ayah dah tak bagi tak mau tanya lagi nanti kena marah.

Petang tu, sambil-sambil tengok tv dengar pulak suara my mak lang datang, dia kata entah apasal hati dia tergerak nak datang rumah me petang tu. My youngest sis sambil-sambil tu dok main lompat-lompat atas katil (masa ayah tak sihat ni, mak letak satu single bed depan tv coz ayah dah tak larat nak naik tingkat atas).

Tetiba nampak kereta my mom, adik, adik cepat kemas katil ayah dah balik, me and adik kelam-kabut kemas. Nampak my mom ajer yang turun, bukak pintu then tanya mak (sambil mata tu dok tinjau-tinjau through tingkap rumah) mak, ayah mana? (mak diam lagi) me tanya lagi, mak ayah mana? Satu ayat yang keluar dari mulut mak yang buat me rasa gelap dunia ni,

Ayah, dah tak der!

Me terus lari kat adik; Dik, dik ayah dah tak der! ayah dak tak der!

Adik yang masih lagi agak keliru atau entah apa yang dia fikir waktu tu dia tanya kat me; kak naper ayah tu tido jer tak bangun, bangun. Sambil dia pegang ayah yang waktu tu masih lagi dalam kereta dan kelihatan seperti orang yang sedang nyenyak tidur; ayah, ayah bangunlah, bangunlah ayah! kata adik.

Iyer ayah dah tak der ayah dan tak ayah takan bangun lagi, ayah dah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami dan ayah menghembuskan nafas terakhirnya di sisi mak yang pada waktu itu sedang memandu pulang dari hospital.

Waktu tu me tak nampak langsung air mata keluar dari kelopak mata mak, tetapi bila ayah selamat dikebumikan dan bila balik ke rumah, me ikut mak masuk dalam bilik itulah kali pertama me nampak mak menangis. Mak memang macam tu tak mau orang lain tau apa yang dia rasa.

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Saturday, June 12, 2010

Balik Rumah Sista!

Yahooooo!!!

Arini nak balik rumah my sis kat s'ban, balik ada tujuan sebenarnya..huhuhu...sedih ni nak cerita. Esok Sunday 13th June, Karima (my cambodian maid) dah cukup tempoh 2 thn kerja kat sini, so nak hantar dia pi airport. Dia nak renew her contract tapi mak dia tak bagi pulak continue...huhuhu...nak buat camner anak orang, takan kita nak paksa pulak, tapi kata Karima kalau one day nanti dia berjaya pujuk mak dia, pasti dia akan datang lagi ke sini, insya-Allah. Cerita Karima tu kita story next time yer, now me nak story pasal me excited nak balik Seremban, dah lama tak balik.

Me tak dapat cuti so balik on weekend ajer lah nampaknya, ikutkan hati nak balik Seremban dulu then nak balik Rembau rumah my eldest sis, sekarang kan musim buah, durian kat kampung pulak dah gugur (hubby and anak2 suka sgt durian), tak perlah lain kalilah plan balik Rembau. Tadi call my eldest sis tu kalau2 dia free boleh meet up kat Seremban, tapi dia pulak ada plan lain, ada family gathering kat Melaka dengan my cousins...ni yang buat me lagi sedih + marah sebab berkumpul ramai-ramai tak ajak...huaarrrgghhh.....nak ikut, nak ikut

To
my sis enjoy your weekend and to my beloved cousins tu lain kali plan lain me nak join tau. (Lama sungguh tak bergosip ni..heheheh)

Thursday, June 10, 2010

She did it again!



Aduss....my spectacle patah lagi dan tidak boleh dibaiki langsung dengan erti kata lain...kena ganti baru lagi. Lagi??? Iya tuan-tuan dan puan-puan kena ganti lagi, ini adalah kali yang kedua.

Kali pertama dulu patah, me ganti baru, tak perlah jugak sebab company bear the cost, kali ni patah lagi takan company nak tanggung lagi kut, kena tanggung sendiri lah..huhuhu! Bukan me tak jaga baik-baik dah terlebih baik me jaga, tapi kalau nak kena tu kena jugak kan. Anak bertuah me sorang ni, cukup suka main dengan my spectacle..siapa lagi kalau bukan Aleesya! Sampai patah dua spec tu dibuatnya.

Me try lah buat muka 3 kupang kat hubby, Alhamdulillah simpati mendapat tempat..ngeh..ngeh..thanks mr. hubby, jasa mu tidak akan ku lupakan, sebab belanja spec baru, promise kali ni me up kan lagi sikap berhati-hati me.

To Aleesya; mama dapat spec baru ayah belanja, tak mau main spec mama lagi yer.

Kita Orang Apa?

Di satu malam nan indah....

Ayah, ayah, kita orang apa?

Jawab ayah; kita orang Malaysia lah!

Ditanya lagi; bukan macam tulah ayah, kita ni orang apa? orang melayu ke, orang cina ke?

Ooo, macam tu ke, kita orang melayu lah kakak.

Soalan tadi ditanya pula pada si adik yang tengah asyik bermain dengan patung ultraman.

Ammar, Ammar orang apa?

Dengan penuh keyakinan yang tinggi dijawabnya;

Ammar orang kaya!

Food of Kelantan

I'm not Kelantanese, but I do enjoy Kelantan food.

Last few weeks, friend of mine ada hantar email on the Kelantanese food, memang menyelerakan sangat-sangat bila view all those pics. A few of it me pernah lah try macam nasi kerabu, kuih akok, cik mek molek and etc tapi ada 2 jenis food ni me tak pernah try, ada tak antara you all yang pernah cuba, do share with me macamana yer rasanya, nampak macam best.



(Nasi Tumpang)

(Tepung Pasong)


(Inside Tepung Pasong)

Tuesday, June 8, 2010

Tapak Kasut Itu....

2 tahun yang lepas....satu petang di kedai membaiki kasut.

Dik, tolong tambahkan tapak kasut akak ni yer dan kasut anak akak ni kena jahit sikit lah kat tepi ni, bila boleh siap?

....ok kak, hari ni tak sempat akak amik petang esok boleh yer.

Petang esoknya;

dik, kasut akak semalam dah siap ker?

dah kak, tapi...tapi kasut anak akak tu saya tak buat.

kenapa pulak???

saya rasa eloklah akak samaq kaki anak akak tu...

....kenapa pulak?

tapak kasut anak akak ni diperbuat dari kulit khinzir.

...Ya, Allah! betul ker dik, terima kasih lah bagitau.

Itulah kejadian yang terjadi pada me waktu hantar kasut yasmin untuk dibaiki, memang terkejut yang amat sangat, kalau dari segi luaran kasut tu hanya kasut getah biasa tetapi tapak di dalamnya diperbuat dari kulit binatang 'itu'. Terima kasihlah pada adik yang membaiki kasut itu.

Balik ajer rumah terpaksalah me samaq kaki yasmin, dan mulai dari hari itu jugak me mula serik dan lebih berhati-hati bila membeli kasut anak-anak.

Kasut yasmin tu me dah buang tak sempat nak snap photo, me amik dari google ajer contoh gambar ye, thank you mr. google.




Sunday, June 6, 2010

Forever and One

Dedicated for mr. hubby;
dia suka sangat dengar and nyanyi lagu ni masa study dulu.



Kena tagged lagi....

ROLLERCOASTER AND CHILDREN AT THE PLAYGROUND

give thanks to the blogger for this award and tagged

++ makes 15 word from
the sentences above (no names human/city/road/animal)
example: roll,rain

++ don't repeat the word..make sure every
word you make have a meaning

++ put your transport (picture)
when you go to work,school or college.

++ put your favourite sandles/shoes (picture)

++ where do you get this banner tagged (sender picture)??
(klu saiedah yang berikan kepada anda jadi tempek header blog saiedah untuk
soalan ni,klu orang lain yang bagi tempek header blog diorang)

--pass this tagged to your friend-
_______________________________________________________________

(MY ANSWER FOR THE TAGGED)

Thank you for this award and tagged Saiedah


1. lay 6. rent 11. grant
2. laid 7. house 12. old
3. round 8. hidden 13. toast
4. coast 9. enter 14. deal
5. hide 10. grand 15. trend





1. cik anymz
2. cik liza ramli
3. cik farah hanis
4. cik cacamarba
5. cik honeygold

Friday, June 4, 2010

Air Tangan Orang Yang Meninggalkan Solat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat itu adalah dosa besar, malahan lebih dan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita jika meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia belum lagi dikurniakan zuriat, lalu terdetik di dalam hatinya (nazar), ‘kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.’

Nak dijadikan cerita, Allah SWT pun mengurniakan isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila dah dapat anak, si lelaki ini pun runsinglah, dia sudahpun bernazar untuk minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa A.S berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad SAW, kalau Umat Nabi Muhammad SAW, nazar benda yang haram maka tidak payah buat, tapi kena denda (dam) atau sedeqah, berbeza dengan zaman Nabi Musa AS, barang siapa bernazar, walaupun yang haram tetap kena laksanakan juga nazar itu.

Lalu si lelaki yang dapat anak itu dengan susah hatinya pun pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya, lalu Nabi Musa AS menjawab bahawa lelaki itu tidak payah minum air kencing anjing hitam, tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa AS perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan minum air itu, lalu lelaki itu pun senang hati menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa AS tadi.

Lihatlah betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumah dia, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan ini, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi kepada muslimat sekalian, peliharalah, solat. Sebab, kalau kita meninggalkan solat (kalau tidak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi dan sebagainya.

Anak-anak dan suami pulak yang akan makan makanan yang dimasak, takan kita nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang yang tinggalkan solat. Tidak tergamakkan? Tetapi lain pula halnya dengan kita ni, pagi petang; mamak! Teh tarik satu, roti canai satu…ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat, kita pun makan bekas air tangan dia, maka gelaplah hati kita, sebab itu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Berhatilah dengan apa yang kita makan, betapa beratnya amalan solat ini, hatta Allah SWT syariatkan solat kepada Nabi Muhammad SAW melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibrail AS.

Ketika saat Rasulullah SAW nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk Umat Islam); 'As-solah as Solah wa amalakat aimanukum’

Maknanya; Solat, Solat, jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.

Jadi, sama-samlah kita pelihara solat kita, dari segi zahir dan batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.


Thursday, June 3, 2010

Kisah 'Bin'

Di satu petang.

‘Mama, mama kakak Bin apa?'….me pun jawab; 'kalau girl Binti, boy baru Bin'…so me pun katalah; 'kakak Binti nama ayahlah'…so dia pun bacalah nama penuhnya siap dengan Binti.

Then, yasmin tanya lagi, 'Mama Binti apa?''Mama Binti nama atuklah', then she continue asking ayah bin apa, atuk bin apa and so on.

Lepas tu me tanya pulak kat Ammar.

'Ammar, Ammar Bin apa?'…dengan penuh confident dia jawab 'Ammar Bin BEN 10'.


RAHSIA MEMOTONG KUKU

RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

~ Hari Sabtu
: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

~ Hari Ahad
: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

~ Hari Isnin
: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

~ Hari Selasa
: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

~ Hari Rabu
: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

~ Hari Khamis
: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

~ Hari Jumaat
: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah s.w.t




TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA DAN KELETIHAN



Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa.
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
( Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition


Semoga sangat bermanfaat buat kawan² semua..

Wednesday, June 2, 2010

Oh! Nasi Ayam Hainan...

Next week ada technical site visit dari authority, so kami kena survey apa-apa yang sesuai untuk dijadikan souvenir to the visitors. Kami tu siapa? Siapalah lagi kalau bukan me and sally...huhuhu!

Survey punya survey tak perasan dah lunch hour pun (patutlah perut me dok berkeroncong). Nak makan kat mana yer? Today Sally teringin nak makan Nasi Ayam Hainan, ramai dok kata sedap, hari tu ada member tolong 'tapau' tapi Sally kata tak feel lah kalau tapau, kita try makan kat situ pulak, so untuk tidak mengecewakan Sally kami pun ke sana.

Waktu kami datang meja penuh, tapi kebanyakkan customer dah pun finished their lunch, but we managed to get a sit, hampir 10 minutes kami duduk tak ada siapa pun datang ambil order so me terpaksa panggil waiter, bolehkan pulak si waiter tu tanya, lah tak order lagi, ingat order dah, (masa we all sampai waiter ni dok kat area cashier and for your kind info our table just in front of the him) malas nak argue, senyum sinis ajerlah, so we just ordered 2 nasi ayam hainan, apple juice for me and watermelon juice for Sally.

Tunggu punya tunggu order tak sampai lagi, ada 2 orang kakak behind me yang sampai kemudian dah dapat food dulu rupanya dia orang silap hantar suppose that food is for us, so kena tunggu lagi, i thought nasi ayam is just a simple dish yang memang dah siap kan, betul tak? Cuma ambik nasi, potong timun and tomato and seketul ayam and chopped. Takan itu pun mengambil masa yang lama.

Tak lama lepas tu order kami pun sampai, terkejut jugak pinggan nyer besar, cuma ada sepotong timun and tomato..agak-agak you all lah kan berapa harganya sepinggan...tak perlah me bagitau ajerlah yer harganya....RM 4.00.



Timun nyer cuma sepotong, begitu juga dengan tomatonya. Yang sedap nasinya, ayamnya bolehlah, the soup...hmmm...no comment!

Sahabat Ku

Tiap sorang dari kita mesti ada seorang kawan kan, yang boleh dikategorikan sebagai sahabat baik, yang boleh berkongsi cerita suka, duka atau apa-apa saja.

Hari nie me nak cerita pasal pengalaman me. Masa sekolah dulu kawan baik me bukan perempuan tapi seorang budak lelaki (ha, ha, kelakarkan, tak kisahlah kalau orang nak gelakkan). Nama dia Azrul (bukan nama sebenar)…semua cerita me akan bagitau dia, semalam buat apa, cuti sekolah nanti nak pergi jalan mana…kiranya semua bendalah nak share dengan dia. Bagi me dia seorang pencerita, suka sangat buat lawak, kalau bagi dia chance bercakap there’s no full stop not even a comma. Me baik dengan dia since sekolah rendah lagi (standard 5), kampung dia pulak dekat sangat dengan kampung me and arwah my mother kenal dengan family dia. Kecik-kecik dulu memang me tak berapa suka nak kawan rapat dengan perempuan sebab budak perempuan suka menangis, lepas tu kuat mengadu leceh kan…main kasar sikit nangis dan macam-macam lagilah..hahahhaha! (tak semualah cam gitu kan!)

After SPM bila me dapat offer sambung belajar di Perak, dia pun dapat jugak di negeri yang sama, daerah yang sama cuma institusi yang berbeza, bila dia tanya me, ‘zack (itu my surname), ko dapat mana? Me klentong dia, me kata me dapat kat Sabah..hahhaha..(sorry bro!)..dia kata jauhnya, boleh ker ko dok jauh-jauh tu, saper nak tengok ko nanti, sapa nak jaga ko!


Me jawab, tak perlah bila lagi nak dok jauh-jauh, bolehlah belajar independent…(sakit nya perut dok tahan gelak)

Hampir 3-4 bulan me study kat sana, satu petang nan indah tengah-tengah jogging dengan roommate nampak ada satu mamat ni, roomate me kata uish hensem nyer mamat ni macam mat salleh…(me rabun so tak lah excited sangat lah nak tengok) tetiba mamat tu berhenti…..zack, ko ker…..ko buat apa kat sini, ko bukan kat sabah ker…alamak kantoi kecik nyer dunia…hehhehe…me sengih ajer control malu.

Tapi tu semua kisah lama, bila masing-masing dah berkerjaya pun kami masih menghubungi antara satu sama lain. Kawan-kawan pelik takan me tak ada perasaan dengan dia, tapi itulah hakikatnya memang TAK ADA, sedikit pun TIDAK, begitu juga dengan dia, semua kisah kami kongsi bersama. Kita orang jarang contact each other bila dia kawin (dia kawin dulu, me lambat sikit..hehhe) tapi bukan sebab isteri dia cemburu or whatever tapi sebab komitmen dia dengan keluarga dan juga kerja. So as a good friend kita kena faham.

Hingga hari ini, dah 3 pun anak me, kami masih lagi contact cuma belum berkesempatan nak outing together with our family (kena plan ni, hmm..nak tanya mr. hubby lah)

Nanti me nak cerita pulak pasal sorang kawan me masa me masa kt campus dulu (yang ini kawan perempuan ya) sampai arwah my mom berkenan sangat-sangat nak buat menantu (tapi nak buat macamana me ada dua ajer abang, dan dua-dua dah pun berkahwin..huhuhu..tak ada rezeki)


Saling Berpesan-Pesan Untuk Kebaikan

SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari.. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata.. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang lain yang sering dibicara. Keburukan suami sendiri dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka ”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”



(Kiriman email dari sahabat untuk kita kongsi bersama)





Tuesday, June 1, 2010

'Good Life starts only when you stop wanting a better One'

I get this through an email from one of my dear friend, it's interesting, enjoy reading;

NO POINTING FINGERS

A man asked his father-in-law, 'Many people praised you for a successful marriage. Could you please share with me your secret?'


The father-in-law answered in a smile, 'Never criticize your wife for her shortcomings or when she does something wrong. Always bear in mind that because of her shortcomings and weaknesses, she could not find a better husband than you.'

We all look forward to being loved and respected. Many people are afraid of losing face. Generally, when a person makes a mistake, he would look around to find a scapegoat to point the finger at. This is the start of a war. We should always remember that when we point one finger at a person, the other four fingers are pointing at ourselves.

If we forgive the others, others will ignore our mistake too.