Friday, June 4, 2010

Air Tangan Orang Yang Meninggalkan Solat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat itu adalah dosa besar, malahan lebih dan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita jika meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia belum lagi dikurniakan zuriat, lalu terdetik di dalam hatinya (nazar), ‘kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.’

Nak dijadikan cerita, Allah SWT pun mengurniakan isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila dah dapat anak, si lelaki ini pun runsinglah, dia sudahpun bernazar untuk minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa A.S berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad SAW, kalau Umat Nabi Muhammad SAW, nazar benda yang haram maka tidak payah buat, tapi kena denda (dam) atau sedeqah, berbeza dengan zaman Nabi Musa AS, barang siapa bernazar, walaupun yang haram tetap kena laksanakan juga nazar itu.

Lalu si lelaki yang dapat anak itu dengan susah hatinya pun pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya, lalu Nabi Musa AS menjawab bahawa lelaki itu tidak payah minum air kencing anjing hitam, tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa AS perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan minum air itu, lalu lelaki itu pun senang hati menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa AS tadi.

Lihatlah betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumah dia, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan ini, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi kepada muslimat sekalian, peliharalah, solat. Sebab, kalau kita meninggalkan solat (kalau tidak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi dan sebagainya.

Anak-anak dan suami pulak yang akan makan makanan yang dimasak, takan kita nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang yang tinggalkan solat. Tidak tergamakkan? Tetapi lain pula halnya dengan kita ni, pagi petang; mamak! Teh tarik satu, roti canai satu…ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat, kita pun makan bekas air tangan dia, maka gelaplah hati kita, sebab itu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Berhatilah dengan apa yang kita makan, betapa beratnya amalan solat ini, hatta Allah SWT syariatkan solat kepada Nabi Muhammad SAW melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibrail AS.

Ketika saat Rasulullah SAW nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk Umat Islam); 'As-solah as Solah wa amalakat aimanukum’

Maknanya; Solat, Solat, jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.

Jadi, sama-samlah kita pelihara solat kita, dari segi zahir dan batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.


No comments:

Post a Comment