Tuesday, June 15, 2010

Ayah

Me nak post entri ni semalam tapi tak sempat sedih pun iya jugak, semalam Isnin, 14hb Jun 2010, bersamaan 1 Rejab, genap 22 tahun the 1st men on earth I ever loved arwah ayah kembali ke rahmatullah, Al-Fatihah, moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman lagi dikasihi oleh Allah s.w.t., Amin.

Tadi pagi-pagi lagi me dah baca entri my sis pasal arwah ayah, tiba-tiba jadi sayu aje hati ni. Kalau my sis kehilangan ayah waktu tu usia dia 24 thn, me kehilangan ayah waktu umur me 12 tahun and my youngest sis pulak 10 tahun. Memang rasa macam mimpi sangat waktu tu.

Pagi tu macam biasa me siap-siap nak pergi sekolah, ayah duduk macam biasa kat favourite chairnya, lepas breakfast me salam and cium ayah then me tanya; ayah, hari ni ayah nak pergi hospital lagi kan, kakak nak ikut yer.

Jawab ayah; kan hari ni ada kelas tambahan, tak payahlah ikut, tinggal rumah ajerlah.

Me pujuk lagi; boleh lah ayah, semalam cikgu cakap class tu cancel.

Selalu kalau nak ikut boleh ajer, tapi tak tahu lah kenapa hari nie ayah berkeras tak bagi me ikut, ayah kata; tak boleh, hari ni tak boleh, ayah nak pergi dengan mak dua orang ajer, kakak tinggal rumah dengan adik.

Me terus terdiam, tak perlah ayah dah tak bagi tak mau tanya lagi nanti kena marah.

Petang tu, sambil-sambil tengok tv dengar pulak suara my mak lang datang, dia kata entah apasal hati dia tergerak nak datang rumah me petang tu. My youngest sis sambil-sambil tu dok main lompat-lompat atas katil (masa ayah tak sihat ni, mak letak satu single bed depan tv coz ayah dah tak larat nak naik tingkat atas).

Tetiba nampak kereta my mom, adik, adik cepat kemas katil ayah dah balik, me and adik kelam-kabut kemas. Nampak my mom ajer yang turun, bukak pintu then tanya mak (sambil mata tu dok tinjau-tinjau through tingkap rumah) mak, ayah mana? (mak diam lagi) me tanya lagi, mak ayah mana? Satu ayat yang keluar dari mulut mak yang buat me rasa gelap dunia ni,

Ayah, dah tak der!

Me terus lari kat adik; Dik, dik ayah dah tak der! ayah dak tak der!

Adik yang masih lagi agak keliru atau entah apa yang dia fikir waktu tu dia tanya kat me; kak naper ayah tu tido jer tak bangun, bangun. Sambil dia pegang ayah yang waktu tu masih lagi dalam kereta dan kelihatan seperti orang yang sedang nyenyak tidur; ayah, ayah bangunlah, bangunlah ayah! kata adik.

Iyer ayah dah tak der ayah dan tak ayah takan bangun lagi, ayah dah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami dan ayah menghembuskan nafas terakhirnya di sisi mak yang pada waktu itu sedang memandu pulang dari hospital.

Waktu tu me tak nampak langsung air mata keluar dari kelopak mata mak, tetapi bila ayah selamat dikebumikan dan bila balik ke rumah, me ikut mak masuk dalam bilik itulah kali pertama me nampak mak menangis. Mak memang macam tu tak mau orang lain tau apa yang dia rasa.

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

2 comments:

  1. menitis air mata pagi-pagi ni... uh.. kak azah... 2nd man tu jaga kak azah ngan baik kan?

    ReplyDelete
  2. Sedihla entry ni.. Memula baca entry M Lang, pastu entry K Chik... Sedih sgt.. Satu cerita, dua perspektif....

    Al- Fatihah~

    ReplyDelete