Pagi yang sejahtera untuk semua. Aku dapat email nie dari sorang teman, so ku persembahkan dalam blog ini untuk dikongsi bersama!
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kitamasih mempunyai pekerjaan.
4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukupmakan.
5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yangperlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi bolehmendengar.
7. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itubermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
8. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermaknakita masih berupaya untuk berjalan.
9.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kitamasih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
as salam kak cik..akak suko la..akak c&p yo..tq kak cik
ReplyDeleteamik yo lah kak, kito share ramai2
ReplyDelete