Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

......2011

Salam tahun baru buat semua!

Blog dah lama tak update dan dah nak hampir bersawang.

Dalam kotak fikiran nie, banyak betul benda nk post nak update, tapi tak tau nk mula dari mana. Tak perlah slow2.

Sudah hampir sebulan tahun 2011 meninggalkan kita, terlalu banyak kenangan indah, pahit, manis. Ada kenangan yang ingin kita simpan dan tak kurang juga yang ingin kita lupakan.

Pada aku sendiri tahun 2011 menyimpan satu seribu cerita buat aku secara peribadi. Aku keguguran buat kali yang ke3 seminggu sebelum umat islam menyambut ramadhan, Allah belum lagi mengizinkan untuk kami menambah zuriat, aku dan suami redha.

Dan 4 hari sebelum umat islam menyambut Syawal, kami sekeluarga telah dikejutkan dengan berita abang kedua kami, Hj. Mohammad Aidid Bin Hj. Zakaria telah kembali ke rahmatullah. Rasa kehilangan itu masih lagi terasa dalam setiap benak di antara kami. Sunggah sukar untuk diungkapkan dengan kata2. Hanya yang merasainya mampu untuk memahaminya.

Al-fatihah buat mak, ayah dan abang, moga roh mereka tenang di sisi Allah s.w.t., Amin!

Saturday, September 4, 2010

Sepatutnya...

Mungkin ada yang tertanya2 naper my title macam tu kan..hahhha....disebabkan dah terlalu lama tak online byk benda nk kena update, ok..SEPATUTNYA gambar ini di download sewaktu posting gathering dengan family tetapi disebabkan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan (chewah, macamlah sibuk sangat) so me upload satu gambar nie, actually ada byk gambar tapi cuma satu nie yg me rasakan menarik...nak tau kenapa, sebab dapat bergambar bersama my adik-beradik walaupun perasaan agak kecewa coz my 2nd bro tak dapat join that gathering.

Monday, August 9, 2010

Our Weekend

Hari ni, sebenar-benarnya me teramatlah mengantuknya, sampai Taiping malam tadi around 11:30 pm.

Last Saturday me cuti, went back to KL, ada kenduri; family hubby's side then off to Rembau, balik rumah my kak lang, tidur kat sana, Sunday morning ke Seremban pula to my kak teh house; ada family gathering (we really had fun) bila abang, adik and kakak duduk berkumpul sudah pastinya...seribu macam cerita...ada suka ada duka...we will share everything together.

Sedih jugaklah bila sekali sekala dapat berkumpul my 2nd brother pulak tak dapat join, ada urusan yang memang tidak dapat dielakkan. Insya-Allah ada rezeki nanti kita buat lagi ya!

Ada byk picture me nak upload...so sorry coz tak dapat nak upload skang so..tungguuuu......!

(Yasmin, Ammar and Aleesya betul-betul seronok dapat jumpa all their cousins)

Wednesday, July 28, 2010

Moga Cepat Sembuh!

Tadi dapat berita my brother-in-law admitted. Terkejut sangat-sangat coz dia jarang sungguh sakit walaupun demam jadi bila dah sampai admitted memang me sangatlah risaunya.

Terus me call my sister to confirm, so my sis kata mungkin ada virus infection. Apa-apa pun me doakan agar my abang lang cepat sembuh, Amin!

Saturday, July 24, 2010

Rindu Pulak Rasanya!

Wah, happynya, petang semalam me dapat call dari my brother, lama sungguh me engage, tapi tak perlah dia yang call dia yang bayar..hahahhaha...bukan selalu kan bang!

Selain tanya khabar, dia tanya jugak whether me dapat attend family gathering organize by my sister.

Talking about gathering ni, lama sungguh tak buat, yerlah selalunya kalau nak berkumpul ramai-ramai ni kena tunggu raya, kalau tak raya pun kena tunggulah sesaper sedara-mara yang buat kenduri barulah boleh jumpa. Tak boleh nak salahkan sesiapa pun, we understand each other very much, masing-masing sibuk dengan komitmen masing-masing, but Alhamdulillah walau macamana pun we try our best untuk berkumpul adik-beradik.

Kalau tak buat macam ni sekali sekala lama-lama esok nieces and nephews pun dah tak kenal saper dia orang punya aunties and uncles.

Tak sabar pulak rasanya nak tunggu gathering ni, rindu sungguh nak berkumpul adik-beradik and berkongsi bermacam cerita, hope everyone of us could make it, Insya-Allah, Amin!

(bila berkumpul ramai-ramai nie, we will miss our arwah mak and ayah, moga roh mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman)

Monday, July 19, 2010

Brother's Birthday!



17th July hari tu birthday my brother, walaupun masing-masing agak sibuk me sempat jugak lah wish dia as usual via sms....heheheh...kira oklah kan bang, yang penting me ingat your birthday.

Happy Birthday Brother, doa me moga kehidupan my brother diberkati di dunia mahupun di akhirat, Amin!

Tuesday, July 13, 2010

Sunyi Pulak!

This morning, me call my kak lang as usual tanya khabar, apa aktiviti dia harini, tanya khabar orang-orang di kampung, gosip2 sikit..heheheh, memang macam tulah kami 2-3 hari sekali we will call each other, kalau me tak call, she will call (selalunya me lah yang kena call hahhahha), macam tu jugak dengan my kak teh (second sis) and adik (youngest sis).

Tapi untuk 10 hari akan datang, we all sunyi sikit sebab kak teh tak ada dia ke Sydney temankan our aunty attending her daughter convocation. Me and kaklang memang suka menyakat kak teh coz dia memang dan tersangat-sangatlah kuat merajuk. Tak boleh salah cakap sikit mulalah hidung dia merah..hahah...macam clown..huhuhu..! Sunyi pulak bila salah sorang dari kami tak ada..hmmm..

Monday, June 28, 2010

Tetamu Hujung Minggu


Last week ' Along' my eldest brother came over with his family. Anaknya (my nephew) dapat offer ke UiTM Penang, Permatang Pauh. Ingatkan nak lah masak yang special maklumlah tetamu dari jauh (from Nilai tu..kan jauh tu) tapi my brother dah pesan toksah masak-masak coz dia sampai agak lewat, memang lewat pun almost 1 am he arrived, tapi me masak jugak, alah masak simple jer daging hitam rempah (recipe taken from my MIL), nasib baik jugaklah me masak, tak lama lepas sampai tu dia nak makan pulak, kami dok sembang sampai kul 2.30 pagi, Sabtu pagi tu me kerja terlewat bangun tu hahhahahha!, kelam kabut siap nak pergi kerja.

Malam sebelum tu hubby pesan suruh buat nasi lemak..alamak!...nasi lemak nya pun entah ke mana, at last me beli jer roti canai...hehehhe...sori yer hubby!

Malam Sabtu tu sebelum Along gerak pulang ke Nilai me masak Nasi Ayam lepas tu terlebih rajin me masak nasi putih lauknya sotong paprik..perrgghhh sodap....(kata my hubby lah)....well....(dengan hidung yang agak kembang!)

To my Along, thanks for dropping by, nanti singgah lagi and lepak lama-lama sikit boleh kita makan Mee Udang di Kuala Sepetang.

Friday, June 18, 2010

Mr. Mama

Alhamdulillah, hubby selamat sampai from outstation this morning 4:30 am, nasib baik sedar waktu hubby call, kalau tidak mau sampai ke siang dia tunggu kat luar.

Hari ni hubby cuti, bila bangun pagi tadi hubby kata tak payahlah hantar anak-anak ke nursery, nak spend time dengan anak-anak katanya. Wokey bos! kita ikut ajer, jadi Mr. Mama lah hari nie ya.

So to hubby, enjoy your day with the childrens and good luck.


Tuesday, June 15, 2010

Sista House!

Last week balik rumah my sis kat Seremban, we depart from Taiping around 3:00 pm and reached Seremban 7:30 pm, sepanjang jalan di highway hujan selebat-lebatnya, hubby terpaksa berhenti 2 kali, hujan lebat pandangan terganggu.

My sis tak balik kerja lagi bila kita orang sampai, sejam kemudian dia balik dengan hubby dia dan dia telah menjamu kami dengan...let the pictures speak itself...hehhehe!







Ayah

Me nak post entri ni semalam tapi tak sempat sedih pun iya jugak, semalam Isnin, 14hb Jun 2010, bersamaan 1 Rejab, genap 22 tahun the 1st men on earth I ever loved arwah ayah kembali ke rahmatullah, Al-Fatihah, moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman lagi dikasihi oleh Allah s.w.t., Amin.

Tadi pagi-pagi lagi me dah baca entri my sis pasal arwah ayah, tiba-tiba jadi sayu aje hati ni. Kalau my sis kehilangan ayah waktu tu usia dia 24 thn, me kehilangan ayah waktu umur me 12 tahun and my youngest sis pulak 10 tahun. Memang rasa macam mimpi sangat waktu tu.

Pagi tu macam biasa me siap-siap nak pergi sekolah, ayah duduk macam biasa kat favourite chairnya, lepas breakfast me salam and cium ayah then me tanya; ayah, hari ni ayah nak pergi hospital lagi kan, kakak nak ikut yer.

Jawab ayah; kan hari ni ada kelas tambahan, tak payahlah ikut, tinggal rumah ajerlah.

Me pujuk lagi; boleh lah ayah, semalam cikgu cakap class tu cancel.

Selalu kalau nak ikut boleh ajer, tapi tak tahu lah kenapa hari nie ayah berkeras tak bagi me ikut, ayah kata; tak boleh, hari ni tak boleh, ayah nak pergi dengan mak dua orang ajer, kakak tinggal rumah dengan adik.

Me terus terdiam, tak perlah ayah dah tak bagi tak mau tanya lagi nanti kena marah.

Petang tu, sambil-sambil tengok tv dengar pulak suara my mak lang datang, dia kata entah apasal hati dia tergerak nak datang rumah me petang tu. My youngest sis sambil-sambil tu dok main lompat-lompat atas katil (masa ayah tak sihat ni, mak letak satu single bed depan tv coz ayah dah tak larat nak naik tingkat atas).

Tetiba nampak kereta my mom, adik, adik cepat kemas katil ayah dah balik, me and adik kelam-kabut kemas. Nampak my mom ajer yang turun, bukak pintu then tanya mak (sambil mata tu dok tinjau-tinjau through tingkap rumah) mak, ayah mana? (mak diam lagi) me tanya lagi, mak ayah mana? Satu ayat yang keluar dari mulut mak yang buat me rasa gelap dunia ni,

Ayah, dah tak der!

Me terus lari kat adik; Dik, dik ayah dah tak der! ayah dak tak der!

Adik yang masih lagi agak keliru atau entah apa yang dia fikir waktu tu dia tanya kat me; kak naper ayah tu tido jer tak bangun, bangun. Sambil dia pegang ayah yang waktu tu masih lagi dalam kereta dan kelihatan seperti orang yang sedang nyenyak tidur; ayah, ayah bangunlah, bangunlah ayah! kata adik.

Iyer ayah dah tak der ayah dan tak ayah takan bangun lagi, ayah dah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami dan ayah menghembuskan nafas terakhirnya di sisi mak yang pada waktu itu sedang memandu pulang dari hospital.

Waktu tu me tak nampak langsung air mata keluar dari kelopak mata mak, tetapi bila ayah selamat dikebumikan dan bila balik ke rumah, me ikut mak masuk dalam bilik itulah kali pertama me nampak mak menangis. Mak memang macam tu tak mau orang lain tau apa yang dia rasa.

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Saturday, June 12, 2010

Balik Rumah Sista!

Yahooooo!!!

Arini nak balik rumah my sis kat s'ban, balik ada tujuan sebenarnya..huhuhu...sedih ni nak cerita. Esok Sunday 13th June, Karima (my cambodian maid) dah cukup tempoh 2 thn kerja kat sini, so nak hantar dia pi airport. Dia nak renew her contract tapi mak dia tak bagi pulak continue...huhuhu...nak buat camner anak orang, takan kita nak paksa pulak, tapi kata Karima kalau one day nanti dia berjaya pujuk mak dia, pasti dia akan datang lagi ke sini, insya-Allah. Cerita Karima tu kita story next time yer, now me nak story pasal me excited nak balik Seremban, dah lama tak balik.

Me tak dapat cuti so balik on weekend ajer lah nampaknya, ikutkan hati nak balik Seremban dulu then nak balik Rembau rumah my eldest sis, sekarang kan musim buah, durian kat kampung pulak dah gugur (hubby and anak2 suka sgt durian), tak perlah lain kalilah plan balik Rembau. Tadi call my eldest sis tu kalau2 dia free boleh meet up kat Seremban, tapi dia pulak ada plan lain, ada family gathering kat Melaka dengan my cousins...ni yang buat me lagi sedih + marah sebab berkumpul ramai-ramai tak ajak...huaarrrgghhh.....nak ikut, nak ikut

To
my sis enjoy your weekend and to my beloved cousins tu lain kali plan lain me nak join tau. (Lama sungguh tak bergosip ni..heheheh)

Tuesday, May 25, 2010

Hari ni birthday Mak!

Kalau orang lain celebrate their mom’s birthday and sang a sweet birthday song, me also celebrate but in different way with different song,

Kami hadiahkan mak dengan alunan ayat-ayat suci. Yup, mak dah tak der and me dah tak dapat sambut lagi birthday bersama-sama dengan mak. Pejam celik, pejam celik dah hampir 11 tahun mak dijemput Yang Esa. Moga rohnya tenang di sana dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman lagi dikasihi oleh Allah s.w.t, Amin!

Ya, Allah, berilah keampunan kepada diriku dan kedua-dua ibu-bapaku dan juga sekalian kaum mukmin, Amin!

Monday, May 24, 2010

Hujung Minggu Kami

last few days hubby tanya ada apa2 plan ker for this coming weekend, hmm...tak derlah pulak, so we gave a few option and lets the children to decide; balik rumah atok, cameron highland, tgk laut (lumut) or rumah hadi at penang (hadi's mom is hubby's cousin)...so they choose pergi rumah hadi.

saturday, me kerja (half day) so after office hour me pi ziarah my course mate masa kt ITM dulu, baru ajer deliver new born baby boy unik nama anaknya 'Muhammad Aaron Zidane', lepas tu barulah kami bergerak ke Penang.

this is our second visit to liza (hadi's mom) house, first time masa dia buat kenduri (house warming). Kali ni anak2 dah siap bawak swimming attire because rumah liza ada pool.


(Alhamdulillah, jalan tak jammed)

(Penang here we come!)

we arrived at liza's house around 5:30 pm, rehat2 kejap pas tu bawak anak pi swimming then lepas maghrib we had our dinner at Tari Cafe at Batu Feringgi, mahal jugak makanan kt situ tapi sebab dah lapar we don't have a choice, lepas makan baru liza cakap orang penang rarely makan kt situ (naperlah ko baru cakap liza ooiii!), tak perlah janji sedap...(ayat menyedapkan hati). Then, kami ker night market, tak beli apa pun, hubby belikan anak2 toys then kami balik anak2 pun dah mula mengantuk.

(Nasi Goreng Special Tari Cafe)

esoknya lepas breakfast, kami ke Rumah Kelahiran P. Ramlee, me dah lama benar teringin nak ke sini everytime ke Penang selalu terlepas nak singgah kali ni me berjaya pujuk hubby; thanks dear.




(Ammar and Hadi)

(Anak-anak with Auntie Liza)

dah lunch time pun, so we all ronda-ronda sambil carik tempat makan, jumper satu kedai makan ni, punyalah ramai orang; masakan minang, sodap sangat, anak2 pun enjoy the food. Lepas lunch, hujan turun selebat-lebatnya, so we decided balik terus ke Taiping. Memang tak banyak tempat pun yang kami pergi, yang penting anak2 enjoy dan puas mandi kat swimming pool. Liza; thanks for the hospitality, nanti kami datang lagi ya.

(on the way back, hujan lebat @ penang bridge)

Friday, May 21, 2010

Anymz...my sister



This is my sis anymz, pic ni me amik masa dia admitted last year during raya puasa. Pasal apa dia admitted you all boleh baca through her blog ok. There's something me nk share about my sis nie. Kalau me cerita pastinya tak der siapa yang percaya tapi itulah hakikatnya.

Dulu, she's very naive, semua benda dia tak tahu, mak ngan ayah kata kawin, dia kawin, pas tu biler dah ada anak jaga anak pulak, cukup waktu utk masak dia masak, pendek kata fulltime housewife lah. Dulu dia stay kt alor star (syok oo..waktu tu..cuti skolah ajer me and my youngest sis akan di 'pos' oleh ayah dok ngan my sis nie sampai lah abis waktu cuti. Yang seronoknyer biler waktu cuti ajer ayah akan tanya 'cuti nk poi umah klang tak?...nak naik apo? kapal trobang ko, keretapi ko bas?...kami ikut ajer tak kisahlah naik apa pun janji leh sampai...heheh...abg ipar rajin melayan...asik bwak ronda ajer (nanti ada masa me citer pasal my brother in-law me pulak yer)..yerlah waktu tu memasing masih lagi in primary school. Uit! Dah lari tajuk pulak back to my sis punya story.

Lepas arwah ayah meninggal brother in-law decided nk menetap di kampung utk jaga mak dan kami-kami nie. One day my sis ni cakap ngan me, 'kchik, nanti tolong kuarkan duit kt ATM', me tanya dia naper dia tak buat sendiri, she can drive, nk tau aper jawabnya 'den tak tau camno nk tokan', tak ker kelakar!..hahhaha..!

Then one day my brother in law beli computer (dulu2 mana ada laptop kan), everytime me ajak my sis belajar2 tekan computer baru tu, sering ajer dia mengelak, biler me tanya you all tau dia jawab aper...kalau salah tokan tak melotup ko...hahah..once again me gelak besar.

Tapi tu semua cerita2 lama, but now she's different but still a fulltime housewife. She has her own blog, no more afraid to the gadgets, in fact she's the one who insist me to the blog world, skarang me pulak banyak tanya what is this, what is that, what is what and this is the time she will laugh back at me...huhuhu...! Congrats sis, you already passed the border! Keep it up.