Saturday, September 3, 2011

26.08.2011

Assalamualaikum dan masih belum terlewat untuk aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua muslimin.

Dah lama sgt x update blog, macam biasa alasannya tak ada idea dan tak ada masa. Hari nie tergerak pula hati nak update.

Jumaat, 26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadhan, abang ku Hj. Mohammad Aidid telah kembali ke rahmatullah, kembali kepada Penciptanya. Kami kehilangan abang tersayang, perginya ketika usia baru mencecah 49 thn (heart attack), perginya tak kembali, tiada lagi usik manja abang pada kami adik2nya, tiada lagi orang yg akan sms atau call aku bertanyakan 'kenapa ko dah lama tak update blog?, updatelah, den suko baco (dengan loghat neghori nya pekat).

Ya, Allah, rahmatilah roh abang yang dikasihi, ampunkanlah segala dosa2 abang, buka kanlah hati orang2 untuk memaafkan abang jika ada kesilapan yang pernah dilakukan abang semasa hayatnya yang sengaja maupun tidak, tempatkanlah abang disisi orang2 yang beriman lagi dikasihi, terimalah amal ibadahnya Ya, Allah, Amin! Amin! Amin!

No comments:

Post a Comment