Thursday, June 10, 2010

She did it again!



Aduss....my spectacle patah lagi dan tidak boleh dibaiki langsung dengan erti kata lain...kena ganti baru lagi. Lagi??? Iya tuan-tuan dan puan-puan kena ganti lagi, ini adalah kali yang kedua.

Kali pertama dulu patah, me ganti baru, tak perlah jugak sebab company bear the cost, kali ni patah lagi takan company nak tanggung lagi kut, kena tanggung sendiri lah..huhuhu! Bukan me tak jaga baik-baik dah terlebih baik me jaga, tapi kalau nak kena tu kena jugak kan. Anak bertuah me sorang ni, cukup suka main dengan my spectacle..siapa lagi kalau bukan Aleesya! Sampai patah dua spec tu dibuatnya.

Me try lah buat muka 3 kupang kat hubby, Alhamdulillah simpati mendapat tempat..ngeh..ngeh..thanks mr. hubby, jasa mu tidak akan ku lupakan, sebab belanja spec baru, promise kali ni me up kan lagi sikap berhati-hati me.

To Aleesya; mama dapat spec baru ayah belanja, tak mau main spec mama lagi yer.

Kita Orang Apa?

Di satu malam nan indah....

Ayah, ayah, kita orang apa?

Jawab ayah; kita orang Malaysia lah!

Ditanya lagi; bukan macam tulah ayah, kita ni orang apa? orang melayu ke, orang cina ke?

Ooo, macam tu ke, kita orang melayu lah kakak.

Soalan tadi ditanya pula pada si adik yang tengah asyik bermain dengan patung ultraman.

Ammar, Ammar orang apa?

Dengan penuh keyakinan yang tinggi dijawabnya;

Ammar orang kaya!

Food of Kelantan

I'm not Kelantanese, but I do enjoy Kelantan food.

Last few weeks, friend of mine ada hantar email on the Kelantanese food, memang menyelerakan sangat-sangat bila view all those pics. A few of it me pernah lah try macam nasi kerabu, kuih akok, cik mek molek and etc tapi ada 2 jenis food ni me tak pernah try, ada tak antara you all yang pernah cuba, do share with me macamana yer rasanya, nampak macam best.



(Nasi Tumpang)

(Tepung Pasong)


(Inside Tepung Pasong)

Tuesday, June 8, 2010

Tapak Kasut Itu....

2 tahun yang lepas....satu petang di kedai membaiki kasut.

Dik, tolong tambahkan tapak kasut akak ni yer dan kasut anak akak ni kena jahit sikit lah kat tepi ni, bila boleh siap?

....ok kak, hari ni tak sempat akak amik petang esok boleh yer.

Petang esoknya;

dik, kasut akak semalam dah siap ker?

dah kak, tapi...tapi kasut anak akak tu saya tak buat.

kenapa pulak???

saya rasa eloklah akak samaq kaki anak akak tu...

....kenapa pulak?

tapak kasut anak akak ni diperbuat dari kulit khinzir.

...Ya, Allah! betul ker dik, terima kasih lah bagitau.

Itulah kejadian yang terjadi pada me waktu hantar kasut yasmin untuk dibaiki, memang terkejut yang amat sangat, kalau dari segi luaran kasut tu hanya kasut getah biasa tetapi tapak di dalamnya diperbuat dari kulit binatang 'itu'. Terima kasihlah pada adik yang membaiki kasut itu.

Balik ajer rumah terpaksalah me samaq kaki yasmin, dan mulai dari hari itu jugak me mula serik dan lebih berhati-hati bila membeli kasut anak-anak.

Kasut yasmin tu me dah buang tak sempat nak snap photo, me amik dari google ajer contoh gambar ye, thank you mr. google.




Sunday, June 6, 2010

Forever and One

Dedicated for mr. hubby;
dia suka sangat dengar and nyanyi lagu ni masa study dulu.



Kena tagged lagi....

ROLLERCOASTER AND CHILDREN AT THE PLAYGROUND

give thanks to the blogger for this award and tagged

++ makes 15 word from
the sentences above (no names human/city/road/animal)
example: roll,rain

++ don't repeat the word..make sure every
word you make have a meaning

++ put your transport (picture)
when you go to work,school or college.

++ put your favourite sandles/shoes (picture)

++ where do you get this banner tagged (sender picture)??
(klu saiedah yang berikan kepada anda jadi tempek header blog saiedah untuk
soalan ni,klu orang lain yang bagi tempek header blog diorang)

--pass this tagged to your friend-
_______________________________________________________________

(MY ANSWER FOR THE TAGGED)

Thank you for this award and tagged Saiedah


1. lay 6. rent 11. grant
2. laid 7. house 12. old
3. round 8. hidden 13. toast
4. coast 9. enter 14. deal
5. hide 10. grand 15. trend





1. cik anymz
2. cik liza ramli
3. cik farah hanis
4. cik cacamarba
5. cik honeygold

Friday, June 4, 2010

Air Tangan Orang Yang Meninggalkan Solat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat itu adalah dosa besar, malahan lebih dan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita jika meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A.S.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia belum lagi dikurniakan zuriat, lalu terdetik di dalam hatinya (nazar), ‘kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.’

Nak dijadikan cerita, Allah SWT pun mengurniakan isteri si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Bila dah dapat anak, si lelaki ini pun runsinglah, dia sudahpun bernazar untuk minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa A.S berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad SAW, kalau Umat Nabi Muhammad SAW, nazar benda yang haram maka tidak payah buat, tapi kena denda (dam) atau sedeqah, berbeza dengan zaman Nabi Musa AS, barang siapa bernazar, walaupun yang haram tetap kena laksanakan juga nazar itu.

Lalu si lelaki yang dapat anak itu dengan susah hatinya pun pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya, lalu Nabi Musa AS menjawab bahawa lelaki itu tidak payah minum air kencing anjing hitam, tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa AS perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan minum air itu, lalu lelaki itu pun senang hati menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa AS tadi.

Lihatlah betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumah dia, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan ini, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi kepada muslimat sekalian, peliharalah, solat. Sebab, kalau kita meninggalkan solat (kalau tidak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi dan sebagainya.

Anak-anak dan suami pulak yang akan makan makanan yang dimasak, takan kita nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang yang tinggalkan solat. Tidak tergamakkan? Tetapi lain pula halnya dengan kita ni, pagi petang; mamak! Teh tarik satu, roti canai satu…ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat, kita pun makan bekas air tangan dia, maka gelaplah hati kita, sebab itu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Berhatilah dengan apa yang kita makan, betapa beratnya amalan solat ini, hatta Allah SWT syariatkan solat kepada Nabi Muhammad SAW melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibrail AS.

Ketika saat Rasulullah SAW nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk Umat Islam); 'As-solah as Solah wa amalakat aimanukum’

Maknanya; Solat, Solat, jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.

Jadi, sama-samlah kita pelihara solat kita, dari segi zahir dan batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.