Saturday, January 21, 2012

......2011

Salam tahun baru buat semua!

Blog dah lama tak update dan dah nak hampir bersawang.

Dalam kotak fikiran nie, banyak betul benda nk post nak update, tapi tak tau nk mula dari mana. Tak perlah slow2.

Sudah hampir sebulan tahun 2011 meninggalkan kita, terlalu banyak kenangan indah, pahit, manis. Ada kenangan yang ingin kita simpan dan tak kurang juga yang ingin kita lupakan.

Pada aku sendiri tahun 2011 menyimpan satu seribu cerita buat aku secara peribadi. Aku keguguran buat kali yang ke3 seminggu sebelum umat islam menyambut ramadhan, Allah belum lagi mengizinkan untuk kami menambah zuriat, aku dan suami redha.

Dan 4 hari sebelum umat islam menyambut Syawal, kami sekeluarga telah dikejutkan dengan berita abang kedua kami, Hj. Mohammad Aidid Bin Hj. Zakaria telah kembali ke rahmatullah. Rasa kehilangan itu masih lagi terasa dalam setiap benak di antara kami. Sunggah sukar untuk diungkapkan dengan kata2. Hanya yang merasainya mampu untuk memahaminya.

Al-fatihah buat mak, ayah dan abang, moga roh mereka tenang di sisi Allah s.w.t., Amin!

Saturday, September 3, 2011

26.08.2011

Assalamualaikum dan masih belum terlewat untuk aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua muslimin.

Dah lama sgt x update blog, macam biasa alasannya tak ada idea dan tak ada masa. Hari nie tergerak pula hati nak update.

Jumaat, 26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadhan, abang ku Hj. Mohammad Aidid telah kembali ke rahmatullah, kembali kepada Penciptanya. Kami kehilangan abang tersayang, perginya ketika usia baru mencecah 49 thn (heart attack), perginya tak kembali, tiada lagi usik manja abang pada kami adik2nya, tiada lagi orang yg akan sms atau call aku bertanyakan 'kenapa ko dah lama tak update blog?, updatelah, den suko baco (dengan loghat neghori nya pekat).

Ya, Allah, rahmatilah roh abang yang dikasihi, ampunkanlah segala dosa2 abang, buka kanlah hati orang2 untuk memaafkan abang jika ada kesilapan yang pernah dilakukan abang semasa hayatnya yang sengaja maupun tidak, tempatkanlah abang disisi orang2 yang beriman lagi dikasihi, terimalah amal ibadahnya Ya, Allah, Amin! Amin! Amin!

Wednesday, April 13, 2011

Birthday Abah!

Entri khas untuk father-in-law aku.

Hari nie birthday abah yang ke-60, moga beliau diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan senantiasa dilindungi Allah s.w.t., Amin!

Pagi tadi aku call abah, nak wish besday, mother-in-law yang jawab, mama kata aku orang pertama di antara anak menantu...yes...as usual every year memang aku lah senantiasa dalam list terawal yang akan wish untuk abah or mama. Ini menunjukkan ..(wah cam poyos ajerkan) aku adalah di antara orang yang sungguh tak busy di pagi hari a.k.a tak ada kerja..hahahha!(itu ajer aku nak cakap sebenarnya)

Monday, April 11, 2011

Allo kengkawan!

lama sungguh tak update blog...bukan tak ada bahan untuk di update, cuma tak pandai nak cari masa.


balik keje dah sibukkan hal anak2, masak, nak check homework lagi senang cerita macam2 lah nak buat. cuba jugak cari-cari waktu yang sesuai, ingatkan bila anak2 dah tidur boleh lah aku update, tak dapat jugak, mana taknya bila tidurkan anak2 mamanya pun join sekali...ketiduran...hahhaha...!



bila dah lama tak update nie, mulalah pening tak tau nak mula dari mana, tapi tak perlah ya kengkawan, aku cerita ajerlah dengan harapan korang sudi membaca.


last february, a week before yasmin's birthday kami ke s'pore, father and mother in law pun ikut sekali. Memang dari dulu teringin sangat nak bawak parents in law ke sana, sebab MIL dok sebut2 nak ke rumah adiknya di spore, so kami ambil lah kesempatan ni sambil ziarah dan meronda2 ke negara orang, 4 hari 3 malam tu tak abis ronda jugak satu singapore, even Sentosa Island pun kami tak habis pusing. Anak2 enjoy walaupun agak penat. Hajat hati nak ke Universal Studio..tapi alamak mahal lah pulak per person, lari budget fren, so hubby decide may be on next trip insya-Allah, sempatlah jugak nak kumpul modal....hahhah!


kami sempat juga ke makam habib noh, aku memang nak sangat ke sana, pada orang lain ianya mungkin sekadar satu lawatan ziarah ke makam seorang ulama tapi bagi aku ianya ada sentimental value buat aku yang orang lain tak tau. Kenangan dengan arwah mak and ayah.


Masa arwah ayah ada dulu, aku and family selalu jugak pi spore sebab arwah ayah ada sedara-mara kat sana, so everytime pergi sana arwah ayah and mak selalu ajak kami ziarah makam habib noh, dan bila aku peluang ke sana haritu aku 'flashback' memori aku, ayah, mak and adik, dok terbayang-bayang lagi waktu dengan ayah dulu, sama2 naik tangga, then bila time turun tangga tu aku and adik akan tunggu ayah pakai selipar, then jalan pegang tangan sama2.


Tetiba lak aku ter'emo' sorrylah yo...nak buek camno umur aku 12 thn aku dah jadi yatim ....so tak lama dapat hidup ngan ayah and tak byk memori bersama...huhuhu.. apa2 pun yang penting trip ke spore aritu memang best and thank you so much untuk cousin2 hubby yang sangat2 sabar melayan kerenah anak2 dan yang pastinya aku really enjoy dengan murtabak kat zam-zam restoran tu...really superb...dalam tidur pun boleh terkenang! pergghh...sodap ae!

Friday, February 25, 2011

Yasmin Birthday!

Sepatutnya aku post entri nie on the day itself...23rd February 2011, tapi terlambat atas beberapa urusan (alasan lah tu..ngeh..ngeh!).

Yup, 23hb ari tu Yasmin dah pun genap 6 tahun, Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t., moga kehidupannya diberkati di dunia maupun di akhirat, Amin!

Sama macam last year, kena prepare 2 birthday cakes. One for the school, lagi satu untuk nursery + goodies bag untuk kawan2nya. Dulu ada jugak karima tolong2 aku bungkuskan, skarang ni aku kenalah buat sendiri, itupun kena tunggu si kecik (Aleesya) tidur dulu kalau tidak sama jugak dia jadi tukang sibuk.

Kita orang tak celebrate kat rumah, Yasmin pun request tak payah beli kek, dia cuma request dinner kat luar, so malam tu hubby belanja kita orang kat Kenny Rogers. Tiba2 bila dah nak habis makan Yasmin tanya; hadiah min tak ada ke mama? ke mama nak buat surprise macam dulu!

Aduss...wahai anak macam mana mama boleh lupa nak prepare hadiah, tulah dok sibuk prepare benda lain benda penting yang satu nie mama boleh terlupa. Hubby pandang aku, aku pandang hubby, then aku pun jawablah; hadiah min kita beli kemudian boleh tak? mama belum sempat nak beli (ayat jujur, tak boleh tipu anak2 dosa tau!)

nasib baiklah yasmin pun tak kisah and promise nak pergi sama2.

(my little angel)

Monday, February 21, 2011

Nak jadi JAHAT ke Nak jadi BAIK?

terkejut pulak kengkawan tengok tittle kat atas tu yer..tetiba dah lama tak bersiaran, alih2 keluar pulak post macam tu...pening apa acik aza nie!

tadi tengah dok lepak2, teringat pulak dengan kawan lama aku kat ITM dulu, Fiona namanya. Ada satu petang tu on the way nak ke kelas dia pernah tanya aku; ja, kalau dalam hidup nie ko di bagi 2 pilihan dan ko hanya boleh pilih satu apa yang ko pilih, 1) jadi baik tetiba jadik jahat orang akan ingat ko sampai bila2 atas kejahatan ko tu! 2) jadik jahat tetiba jadik baik dan orang akan ingat ko tetap jahat dan baik ko tu hanyalah pura2....mana yang akan ko pilih?

terkonpius aku dengan soalan tu, aku tak nak jawab sebenar-benarnya, sebab dua-dua soalan tu sama ajer; pemikiran biasa manusia selalu anggap kalau dah sekali kita buat jahat orang akan ingat kita ni jahat sampailah bila2 walaupun kita dah insaf.....demi nak jaga hati kawan aku jawab jugaklah soalannya....so aku pilih yang no. 2, jadi jahat then jadik baik....biarlah orang tetap ingat aku pura2 baik atau apa pun, yang penting aku sempat bertaubat dan buat perkara2 yang baik...perrggghhh...jawapan tak hengat..!

kalau korang, apa yang korang jawab?

Thursday, February 10, 2011

Kita Patut Bersyukur

Pagi yang sejahtera untuk semua. Aku dapat email nie dari sorang teman, so ku persembahkan dalam blog ini untuk dikongsi bersama!

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kitamasih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukupmakan.


5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yangperlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi bolehmendengar.

7. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itubermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.


8. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermaknakita masih berupaya untuk berjalan.

9.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kitamasih hidup untuk meneruskan hari tersebut...