Wednesday, June 16, 2010

Macam-Macam Hal

Pagi ni masuk ofis, ada kawan bagitau; za, si polan bin si polan tu bercerita hal kitalah, dia kata kita buat cerita pasal dia ada skandal dengan si fulan tu.

Ish, pagi-pagi lagi dah dengar cerita kurang enak, terganggu sekejap emosi....hmmmmm! Apa nak buat yer?

Mula-mula dengar tu memang nak marah sesangat rasanya, macam nak pergi bersemuka and tanya kat orang tu apalah yang dia tak puas hati sangat dengan me sampaikan dok buat fitnah macam tu. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau marah apa gunanya, tak ada siapa pun yang untung.

Kepada si polan bin si polan tu apa dia ingat me tak ada kerja lain ker nak dok bercerita pasal dia ajer, banyak lagi kerja lain pakcik oooiii....dah lama sangat me dengar cerita pasal dia nie, tup-tup kali nie me pulak yang terkena! Pelik jugak yer, orang lelaki sekarang pun dah pandai buat mulut.

Tak perlah biarkanlah si polan bin si polan itu terus bercerita, hidup atas dunia ini hanyalah sementara, me tawakal ajerlah, hari ini hari kita, esok, lusa tiada siapa yang tahu. Biarlah dia dengan cerita-ceritanya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."

Imam Ali bin Abi Talib berpesan:
"Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta"

Tips untuk mengawal marah

1) Kalau sedang berdiri, duduklah; kalau sudah duduk tetapi masih marah, maka baringlah

2) Berwudhu’lah, kerna sebaik-baik wudhu’ dapat memadamkan api kemarahan

3) Minumlah air sejuk, simpan air di dalam mulut untuk beberapa saat atau dalam 3 kali istighfar dan 1 kali selawat sebelum menelannya

4) Perbanyakkan beristighfar

5) Bacalah al-quran

6) Dirikanlah solat

Lagi tips untuk mengawal marah;

1. Biarkan ia berlalu…
~ Salah satu cara berurusan dgn rasa marah adalah dengan belajar utk memaafkan.
~ Ketidakadilan muncul sepanjang masa & semua orang pernah bersalah
~ Belajar utk melepaskan rasa marah adalah sebahagian drp kebijaksanaan emosi

2. Gunakan ia secara positif…
~ Tumpukan perhatian pd sesuatu yg boleh menghilangkan rasa marah
~ Jika ia tak juga hilang, carilah seseorang utk anda meluahkan permasalahan anda

3. Namakan ia, tuntut ia, bidik ia & jinakkan ia…
~ ‘Bidik’ bermaksud anda tahu dari mana kemarahan itu datang & bagaimana utk mengawalnya
~ ‘Jinakkan’ bermakna belajar utk mengawal diri

4. Jangan mendesak, jangan mencurahkan…akui ia !
~ Dengan mendesak perasaan marah akan membuatkan kita sakit hati
~ Akui saja perasaan marah tersebut kerana dengan berbuat demikian, kita dapat melupakan
perkara lama & buka buku baru

5. Kawal ia / ia yang mengawal anda…
~ Belajar utk mengawal kemarahan anda
~ Yang membezakan diri hanyalah kawalan diri sendiri & kelengkapan yg digunakan :
~ memahami emosi,
~ berupaya utk berhenti,
~ menenangkan diri sendiri,
~ berfikir mengenainya secara keseluruhan &
~ tidak membiarkan rasa marah mengusai diri

Note: Tips-tips di atas me dapat dari blog rakan-rakan blogger, terima kasih.

Tuesday, June 15, 2010

Cerita Petang Selasa

Petang-petang nie cerita pasal mr. hubby boleh tak? jangan marah yer encik-encik, tuan-tuan, puan-puan dan sewaktu dengannya, hubby pulak outstation seminggu, so kebosanan mula melanda.

Last week pergi date dengan hubby and tengok movie cerita Lagenda Budak Setan (LBS), (soundtrack dia best!).

Bila tengok movie tu me and hubby senyum sendiri-sendiri..hahahah...mana taknya jalan ceritanya macam our story lah pulak but not 100% ya!!!....(wah! cerita jiwang pulak petang-petang nie, tak perlah yer)

Masa mula-mula kenal hubby dulu ramai kawan-kawan yang cakap; biar betul ko kawan dengan budak tu? ko dah pikir habis ker? (Dalam hati dok berkata jugak, jahat sangat ker mamat nie) dan macam terbaca pulak fikiran me oleh kawan-kawan, kata kawan me; dia tu tak lah jahat mana cuma naughty sikit, dia dan kawan-kawannya suka sangat kacau budak-budak freshie yang baru masuk! Tak sesuailah kalau ko kawan dengan dia, tok sahlah!

Dan macam-macam lagilah kata kawan-kawan.....tapi hati punya pasal me kawan jugak dengan mr. y a.k.a mr. hubby, lantaklah apa orang nak kata, hahahhahah!

Kami kawan tak lama mana pun, knowing him memang adventure, dia sesangatlah egonya dan tidak lah romantik (tak ker tension) tapi entah kenapa hati nak sangat kawan dengan dia dan risikonya me memang kena banyak-banyak bersabar dengan sikapnya.

Tapi lepas kahwin he's totally different, ego dah hilang entah ke mana, tapi tetap tak romantik, cuma dia ada cara tersendiri untuk express feeling dia. Dah boleh tolerate tak macam mula-mula kami kawan dulu, lebih manner (yang ini kelakar, dulu masa kawan kami guna bahasa engkau - aku ajer, tak romantik langsung kan).

First time me jemput dia ke rumah untuk kenalkan dengan my sis, dia orang semua berkenan (apa lah yang mr. y jampi sampai dia orang suka sangat yer, walhal sebelum ni kawan-kawan me semua dia orang reject), tapi me ingat lagi me sempat bagi arwah mak tengok gambar mr. hubby masa tu kita orang masih berkawan lagi, mak kata mak berkenan kalau jadi menantu, tapi mak tak sempat jumpa hubby in person, tak perlah janji me kahwin dengan orang yang mak berkenan kira dapat restu jugaklah kan.

Alhamdulillah, dah 6 tahun kami bersama moga Allah s.w.t kuatkan lagi ikatan kasih sayang antara kami, Amin!

Dahlah tak mau cerita panjang-panjang nanti ada yang jemu membaca...huhuhuhu...



Saya Boleh!

Today my second day shift back to normal after 2 years, Karima dah tak der so kena uruskan semuanya sendiri without an assistant, tak lah kekok sangat cuma nak kena bangun awal lagi dari biasa, sekarang kan cuti sekolah so yasmin, ammar and aleesya kena hantar pergi nursery. Hubby pulak outstation ada course seminggu, end of week baru balik.

So my routine, bangun pagi lepas solat kena buat breakfast anak dulu bawak bekal pergi nursery, bukannya nursery tak provide memang semuanya siap cuma dah jadi kebiasaan buat breakfast untuk anak-anak dan terutamanya yasmin memang cerewet pasal breakfast, dia mesti nak heavy breakfast (sama macam ayahnya) pagi semalam me masak mee goreng so today me buat nasi goreng pulak, esok tak pikir lagi, nanti malam baru pikir..hahhaha!

Bila malam, anak-anak dah tidur uruskan laundry pulak, basuh, lipat and iron, hahhahaha! kelakar lah pulak dah lama tak buat kerja-kerja nie tersenyum sendiri pun ada.

Sebelum hubby outstation me ada sembang-sembang and tanya hubby, boleh ke me uruskan semuanya ni almaklumlah dulu ada assistant, dengan penuh semangatnya dia kata;

'Awak boleh buat, awak kan superwoman saya'

Insya-Allah mr. hubby, yes i can do it!

Karima Last Day

Pejam celik pejam celik 2 tahun dah pun berlalu, masa first day Karima datang dulu me pregnant kan Aleesya 6 bulan cepat sungguh masa berlalu.

Last Sunday kami hantar Karima ke LCCT, flight dia pukul 2:55 pm, we reached there 12:35 pm punyalah payah nak cari parking, Alhamdulillah, jumpa juga, brother parking yang baik hati tu telah mengizinkan kami parking kat one corner near the exit entrance. Thank you lah brother parking!

Masa hantar Karima tu me risau jugaklah kalau anak-anak ter'emo' because they quite close to Karima, at last me yang ter'emo', sampaikan Karima kata; ibu, janganlah nangis, ibu nangis nanti saya pun nangis!


Me bersyukur tak terhingga pada Allah s.w.t sebab dapat pembantu yang memang tak berkira tentang kerja, rapat dengan anak-anak, baik dengan kami, yerlah nak dapat pembantu yang baik, kerja pun bagus sekarang ni bukan senang kan.

Dulu pembantu kami an Indonesian lady, dah berumur, dia pun bagus, dia jaga anak-anak memang tip-top cuma satu sahaja, dia agak pemalas, rumah kalau tak disuruh kemas tak berkemaslah jawabnya, every weekend memang hubby and me lah yang kena buat spring cleaning the whole house (Alhamdulillah juga sebab dapat hubby yang memang dan sangat-sangat rajin mengemas)

So enjoy the pictures of Karima yang sempat di snap oleh my niece Aiman A'lya.










Sista House!

Last week balik rumah my sis kat Seremban, we depart from Taiping around 3:00 pm and reached Seremban 7:30 pm, sepanjang jalan di highway hujan selebat-lebatnya, hubby terpaksa berhenti 2 kali, hujan lebat pandangan terganggu.

My sis tak balik kerja lagi bila kita orang sampai, sejam kemudian dia balik dengan hubby dia dan dia telah menjamu kami dengan...let the pictures speak itself...hehhehe!







Ayah

Me nak post entri ni semalam tapi tak sempat sedih pun iya jugak, semalam Isnin, 14hb Jun 2010, bersamaan 1 Rejab, genap 22 tahun the 1st men on earth I ever loved arwah ayah kembali ke rahmatullah, Al-Fatihah, moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman lagi dikasihi oleh Allah s.w.t., Amin.

Tadi pagi-pagi lagi me dah baca entri my sis pasal arwah ayah, tiba-tiba jadi sayu aje hati ni. Kalau my sis kehilangan ayah waktu tu usia dia 24 thn, me kehilangan ayah waktu umur me 12 tahun and my youngest sis pulak 10 tahun. Memang rasa macam mimpi sangat waktu tu.

Pagi tu macam biasa me siap-siap nak pergi sekolah, ayah duduk macam biasa kat favourite chairnya, lepas breakfast me salam and cium ayah then me tanya; ayah, hari ni ayah nak pergi hospital lagi kan, kakak nak ikut yer.

Jawab ayah; kan hari ni ada kelas tambahan, tak payahlah ikut, tinggal rumah ajerlah.

Me pujuk lagi; boleh lah ayah, semalam cikgu cakap class tu cancel.

Selalu kalau nak ikut boleh ajer, tapi tak tahu lah kenapa hari nie ayah berkeras tak bagi me ikut, ayah kata; tak boleh, hari ni tak boleh, ayah nak pergi dengan mak dua orang ajer, kakak tinggal rumah dengan adik.

Me terus terdiam, tak perlah ayah dah tak bagi tak mau tanya lagi nanti kena marah.

Petang tu, sambil-sambil tengok tv dengar pulak suara my mak lang datang, dia kata entah apasal hati dia tergerak nak datang rumah me petang tu. My youngest sis sambil-sambil tu dok main lompat-lompat atas katil (masa ayah tak sihat ni, mak letak satu single bed depan tv coz ayah dah tak larat nak naik tingkat atas).

Tetiba nampak kereta my mom, adik, adik cepat kemas katil ayah dah balik, me and adik kelam-kabut kemas. Nampak my mom ajer yang turun, bukak pintu then tanya mak (sambil mata tu dok tinjau-tinjau through tingkap rumah) mak, ayah mana? (mak diam lagi) me tanya lagi, mak ayah mana? Satu ayat yang keluar dari mulut mak yang buat me rasa gelap dunia ni,

Ayah, dah tak der!

Me terus lari kat adik; Dik, dik ayah dah tak der! ayah dak tak der!

Adik yang masih lagi agak keliru atau entah apa yang dia fikir waktu tu dia tanya kat me; kak naper ayah tu tido jer tak bangun, bangun. Sambil dia pegang ayah yang waktu tu masih lagi dalam kereta dan kelihatan seperti orang yang sedang nyenyak tidur; ayah, ayah bangunlah, bangunlah ayah! kata adik.

Iyer ayah dah tak der ayah dan tak ayah takan bangun lagi, ayah dah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kami dan ayah menghembuskan nafas terakhirnya di sisi mak yang pada waktu itu sedang memandu pulang dari hospital.

Waktu tu me tak nampak langsung air mata keluar dari kelopak mata mak, tetapi bila ayah selamat dikebumikan dan bila balik ke rumah, me ikut mak masuk dalam bilik itulah kali pertama me nampak mak menangis. Mak memang macam tu tak mau orang lain tau apa yang dia rasa.

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Saturday, June 12, 2010

Balik Rumah Sista!

Yahooooo!!!

Arini nak balik rumah my sis kat s'ban, balik ada tujuan sebenarnya..huhuhu...sedih ni nak cerita. Esok Sunday 13th June, Karima (my cambodian maid) dah cukup tempoh 2 thn kerja kat sini, so nak hantar dia pi airport. Dia nak renew her contract tapi mak dia tak bagi pulak continue...huhuhu...nak buat camner anak orang, takan kita nak paksa pulak, tapi kata Karima kalau one day nanti dia berjaya pujuk mak dia, pasti dia akan datang lagi ke sini, insya-Allah. Cerita Karima tu kita story next time yer, now me nak story pasal me excited nak balik Seremban, dah lama tak balik.

Me tak dapat cuti so balik on weekend ajer lah nampaknya, ikutkan hati nak balik Seremban dulu then nak balik Rembau rumah my eldest sis, sekarang kan musim buah, durian kat kampung pulak dah gugur (hubby and anak2 suka sgt durian), tak perlah lain kalilah plan balik Rembau. Tadi call my eldest sis tu kalau2 dia free boleh meet up kat Seremban, tapi dia pulak ada plan lain, ada family gathering kat Melaka dengan my cousins...ni yang buat me lagi sedih + marah sebab berkumpul ramai-ramai tak ajak...huaarrrgghhh.....nak ikut, nak ikut

To
my sis enjoy your weekend and to my beloved cousins tu lain kali plan lain me nak join tau. (Lama sungguh tak bergosip ni..heheheh)