Tuesday, July 27, 2010

Why Us?

Being a Secretary it's not an easy task nowdays. Dulu boleh jugaklah dikatakan agak mudah, typing letters, answering phone calls and arranging meetings. But today's secretaries are expected to handle a wider job scope. Macam-macam kami kena buat, bukan setakat duduk goyang kaki kat ofis ajer. Bukan nak meninggi diri cuma nak meluah rasa yang terbuku.

Kadang tu rasa tension yang amat sangat, bila bos bagi perhatian lebih sikit kat kita mula lah ada mulut-mulut yang akan berkata-kata. Serba-salah jadiknya.

Gaji naik salah, dapat bonus lebih sikit salah, apa kami-kami ni tak layak ker untuk diberi penghargaan, kami pun buat kerja jugak. Pernah juga terdengar seorang sahabat berkata; aik, tukang bawak cek and dokumen masuk bilik bos pun leh dapat bonus lebih ke?

Kenapalah tak puas hati tu???....ish, ish! Udah-udahlah tu, tak baik busuk-busuk hati, dengki-dengki kat orang lain, rezeki masing-masing.

As for me, it's simple, janji kita buat kerja kita, yang menilainya bos kita sendiri tak perlu orang lain.

(Ini luahan perasaan dari me yang mewakili rakan-rakan secretary yang lain..huhuhu!)


Masalah Jiwa...Kacau!

Kalau baca tajuk..fuhh...cam tajuk citer lakonan Mawi lah pulak. Tapi bukan yer, ini satu cerita sesi luahan perasaan oleh sahabat me.

Me sekadar berkongsi cerita untuk dijadikan teladan, memang benarkan kadang tu apa yang berlaku di sekeliling harus jugak kita titik beratkan, yerlah mana tau boleh juga dijadikan pedoman dan sempadan.

Pagi-pagi lagi me dikejutkan dengan cerita dari seorang teman, katanya; makin lama kahwin makin dia tak faham dengan sikap suaminya. Apa yang dibuat semua tak kena, memang tak dinafikan suaminya memang seorang lelaki yang baik. Me cuba tenangkan dengan mengatakan mungkin suaminya ada masalah di pejabat atau sebagainya. Lalu dijawab oleh teman me; kalau ia pun ada masalah di luar takan kita di rumah pula yang jadi mangsanya.

Sekarang ni, sambungnya lagi, kalau bercakap sikit dikatanya membebel, bertanya sikit dikata banyak soal, serba salah sungguh si isteri. Lalu si isteri cuba memberanikan diri bertanyakan adakah si suami jiwanya bermasalah....dituduh pula si isteri mengatakah dia GILA....!

Aduhai suami, masalah jiwa itu bukan lah ertinya GILA, ada banyak maksud, yerlah kalau hati tak tenang, ertinya masalah jiwa lah tu, kalau hati lagi berkelana, masalah jiwa jugalah tu. Takan lah senang-senang ajer isteri nak menuduh suaminya gila. Siapa yang tak sayang suami, yer tak? Kita ni perempuan amatlah prihatin dengan setiap inci perubahan suami. Cuma kadang-kadang tu cara penyusunan ayat kita yang agak kurang sopan maklumlah direct translation, apa yang di hati itulah yang diluahkan.

Dulu masa mula-mula kahwin kalau si isteri diam sangat dikata pula; janganlah diam sangat boring tak ada kawan nak bersembang, dah lama sikit kahwin dan bila si isteri terlalu rajin bercakap dikata pula berleter, banyak cakap, uish..pening-pening.

Ada benda nak ditanya kena marah, tak tanya pun kena marah. Jika boleh nak rasanya masuk seketika dalam kotak fikiran dan hati insan bernama lelaki ini agar boleh kita kaum wanita yang telah dipilih sebagai isteri ini dapat memahami dengan lebih dalam lagi apa yang dirasa oleh insan bergelar suami.

Monday, July 26, 2010

Boleh tak belikan Ammar.......

Malam tadi waktu me tengah berkemas kat dapur Ammar datang.....

Mama, mama boleh tak bila mama dah banyak rezeki mama tolong belikan Ammar mainan?

Mainan apa tu? kata me

Mainan yang orang tu pakai kat kepala dia masa konsert kat sekolah kakak Yasmin hari tu! Boleh lah mama! Tapi ayah kata itu mainan orang cina, nanti mama belilah kat kedai orang Islam yer.

Me dah mula confuse apa benda mainan yang nak sangat dibeli oleh Ammar nie, me pun tanyalah hubby mainan apa yang Ammar request nie....nak tau apa yang dimintanya...ha! Inilah dia;

(Amik dari pakcik google)

Sarapan Pagi!

Malam tadi Ammar request pagi ni nak breakfast nasi lemak, me pun set alarm kononnya nak bangun awal nak buat nasi lemak lah. Memang alarm tu berbunyi tapi me off kan pulak..hahha...jawabnya terlewat bangunlah. Macamana lewat pun breakfast anak-anak kena siapkan jugak, hubby memang nak anak-anak breakfast kat rumah sebelum ke sekolah.

Me pun buat nasi goreng and roti bakar, ingatkan nak goreng sausage, tapi tak sempat. Nasib baiklah Ammar tak tanya mana nasi lemak kalau tidak, rasa serba salah yang teramat sangat sebab tak sempat nak buat. Sorry yer Ammar, Insya-Allah, esok mama buat nasi lemak!

(rupa nasi goreng me yang tak seberapa)

Menu Campak-Campak

Lepas balik dari Taiping Golf Resort semalam (chewah! macamlah check-in jauh sangat walhal tak sampai 5 minit driving from my house..hahahha!) Sampai ajer kat rumah masing-masing dah kepenatan, lepas rehat-rehat kejap me pun ke dapur tengok dalam fridge apa stok yang ada untuk menu malam nanti.

Sambil husband tolong mandikan anak-anak me pun masak simple dishes, hubby kata kalau unplanned menu ni namanya menu campak-campak.

So, bila tengok dalam fridge ada rebung (mother-in-law bagi masa balik Ipoh last week), pas tu tengok dalam freezer ada ayam pulak, ha! oklah tu, confirm me nak masak gulai (masak lemak cili api) rebung dengan ayam. Hubby tak berapa suka rebung tapi dia makan jugaklah, so me masaklah simple dish tapi memang favourite hubby sambal telur dan kerabu ikan bilis.

Untuk anak-anak pulak me goreng telur and ayam goreng ajer, ingatkan nak masak sup ayam tapi bila tanya, anak-anak tak mau pulak sup, so goreng ajerlah.

Yasmin memang favourite gulai lemak nie, that's why me tak letak cili banyak-banyak, takut pedas, Ammar pulak kalau ada telur and ayam ha! memang makan tak pandang kiri-kanan lah jawabnya. Aleesya makan apa yang ada janji nak suap sendiri (dah besarlah tu kononnya)

Sudi-sudikanlah viewlah gambar menu campak-campak me yang tak seberapa nie!

~ ada model iklan lagi ~

Shortest Holiday!

Hari tu me dapat one night stay voucher from a good friend of mine. Voucher stay kat mana tu..hehehe....uh...jauh, jauh sangat..jeng, jeng, jeng......kat sini ajer sebenarnya;


Ok jugaklah, at least ada jugak weekend activity untuk anak-anak. Actually resort ini my former working place dah hampir 3 tahun me meninggalkan resort nie.

3:00 pm kami check-in, lepak-lepak kejap dalam bilik then anak-anak dah sibuk ajak ke swimming pool, kami biarkan anak-anak enjoy dalam pool sampaikan mereka sendiri request nak naik ke bilik.

Malam tu kami penuhkan pula dengan aktiviti ke night safari (dah banyak kali dah pergi sebenarnya tapi anak-anak still request nak ke sana)....masing-masing dah kepenatan ajak dinner pun dah tak larat, so hubby ajer yang makan. Masuk ajer dalam kereta anak-anak dah tidur terpaksalah me and hubby dukung sorang-sorang tu pun nasib baiklah Aleesya tak tidur lagi kalau tak kena minta staff resort tu dukung sorang.

Pagi esoknya after breakfast anak-anak ke pool lagi, tapi tak lama sebab cuaca dah mula panas, so we check out by 12:00pm.

Walaupun kami stay tak lama yang penting anak-anak enjoy! At least terisi jugak weekend dia orang.

(Thank you to Dato' S for the voucher! )


(Tak sempat nak snap picture banyak-banyak coz sibuk melayan anak-anak, apa-apa pun me sempat jugaklah snap view waktu senja from our room balcony)

Saturday, July 24, 2010

Rindu Pulak Rasanya!

Wah, happynya, petang semalam me dapat call dari my brother, lama sungguh me engage, tapi tak perlah dia yang call dia yang bayar..hahahhaha...bukan selalu kan bang!

Selain tanya khabar, dia tanya jugak whether me dapat attend family gathering organize by my sister.

Talking about gathering ni, lama sungguh tak buat, yerlah selalunya kalau nak berkumpul ramai-ramai ni kena tunggu raya, kalau tak raya pun kena tunggulah sesaper sedara-mara yang buat kenduri barulah boleh jumpa. Tak boleh nak salahkan sesiapa pun, we understand each other very much, masing-masing sibuk dengan komitmen masing-masing, but Alhamdulillah walau macamana pun we try our best untuk berkumpul adik-beradik.

Kalau tak buat macam ni sekali sekala lama-lama esok nieces and nephews pun dah tak kenal saper dia orang punya aunties and uncles.

Tak sabar pulak rasanya nak tunggu gathering ni, rindu sungguh nak berkumpul adik-beradik and berkongsi bermacam cerita, hope everyone of us could make it, Insya-Allah, Amin!

(bila berkumpul ramai-ramai nie, we will miss our arwah mak and ayah, moga roh mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman)