Kalau baca tajuk..fuhh...cam tajuk citer lakonan Mawi lah pulak. Tapi bukan yer, ini satu cerita sesi luahan perasaan oleh sahabat me.
Me sekadar berkongsi cerita untuk dijadikan teladan, memang benarkan kadang tu apa yang berlaku di sekeliling harus jugak kita titik beratkan, yerlah mana tau boleh juga dijadikan pedoman dan sempadan.
Pagi-pagi lagi me dikejutkan dengan cerita dari seorang teman, katanya; makin lama kahwin makin dia tak faham dengan sikap suaminya. Apa yang dibuat semua tak kena, memang tak dinafikan suaminya memang seorang lelaki yang baik. Me cuba tenangkan dengan mengatakan mungkin suaminya ada masalah di pejabat atau sebagainya. Lalu dijawab oleh teman me; kalau ia pun ada masalah di luar takan kita di rumah pula yang jadi mangsanya.
Sekarang ni, sambungnya lagi, kalau bercakap sikit dikatanya membebel, bertanya sikit dikata banyak soal, serba salah sungguh si isteri. Lalu si isteri cuba memberanikan diri bertanyakan adakah si suami jiwanya bermasalah....dituduh pula si isteri mengatakah dia GILA....!
Aduhai suami, masalah jiwa itu bukan lah ertinya GILA, ada banyak maksud, yerlah kalau hati tak tenang, ertinya masalah jiwa lah tu, kalau hati lagi berkelana, masalah jiwa jugalah tu. Takan lah senang-senang ajer isteri nak menuduh suaminya gila. Siapa yang tak sayang suami, yer tak? Kita ni perempuan amatlah prihatin dengan setiap inci perubahan suami. Cuma kadang-kadang tu cara penyusunan ayat kita yang agak kurang sopan maklumlah direct translation, apa yang di hati itulah yang diluahkan.
Dulu masa mula-mula kahwin kalau si isteri diam sangat dikata pula; janganlah diam sangat boring tak ada kawan nak bersembang, dah lama sikit kahwin dan bila si isteri terlalu rajin bercakap dikata pula berleter, banyak cakap, uish..pening-pening.
Ada benda nak ditanya kena marah, tak tanya pun kena marah. Jika boleh nak rasanya masuk seketika dalam kotak fikiran dan hati insan bernama lelaki ini agar boleh kita kaum wanita yang telah dipilih sebagai isteri ini dapat memahami dengan lebih dalam lagi apa yang dirasa oleh insan bergelar suami.
No comments:
Post a Comment