A journey as a wife, a mother, a daughter, a sister, a friend and that's what all about
Monday, May 31, 2010
Kisah Mamat Yang Prihatin
Ada satu ‘mr. bz body’ kat my office (agaknya mind and soul dia tak der keja lain kan…dok perati orang ajer keja dia, punyalah ramai orang kat office ini tapi apehal lah dia suka sangat amik tahu pasal me. Rimas betul.
Hari tu hari Jumaat, kan sunat kalau berpakaian yang indah-indah, hari jumaat kan hari raya kecil bagi orang-orang Islam. Tapi mamat ni menyibuk betullah, pepagi lagi dah buat me sakit hati; 'hai kak, merah pipi arini'…(me diam jer…senyum tawar jerlah, tak tebal pun make-up me saja nk provoke lah tu), terserempak lagi dengan dia kat tangga dengan member dia masa tu, me and my friend Sally nak pi breakfast, mamat psiko ni tegur lagi dengan nada yang kuat entah nak bagi saper dengar, me pun tak tahu, ; 'wah! Kak aza ni, kalau hari jumaat jer pakai cantik-cantik, make-up pun satu macam' (me diam lagi, tak perlah dah dasar sakit agaknya kan).
Tak abis kat situ, dia lalu depan meja me boleh pulak di singgah kat depan me tegur pulak lagi, ‘kak, eye-shadow tu kaler apa, lawalah pulak', ish tak boleh jadi ni, kena lepaskan jugak nie, nah amik ko ‘aku tak pernah kacau hidup ko kenapa ko suka sangat kacau hidup aku, ko ada masalah ker?'...titik, full-stop dan sewaktu dengannya, mamat tu terdiam dan itu bukan kali pertama dia suka kacau hidup me.
Lepas ajer me cakap macam tu dia terus blah…fuhh…lega... rasanya dia terkejut dan tersentap dengan my statement. Untuk sementara waktu ni Alhamdulillah, tenang rasanya tak der gangguan cam gini..hahhaha.
Duniaku
My sister kata this is my 2nd bro punya favourite song, anyway hope you all enjoy listening and viewing this video. Original artist is saudara S. Ahmad dan dinyanyikan semula oleh saudara Zainal Alam Kadir.
Friday, May 28, 2010
Macamana boleh silap?
Tengok date, ish dah hujung bulan nie, banyak benda nak ingatkan hubby, macam biasalah kalau kat ofis dah jadi secretary, kat rumah pun secretary jugak for hubby (ini kira sampai pencen punya post), nak call takut menganggu dia pulak kat office..hmmmm..tak perlah me sms ajer so, here there goes; B, dah end of month don't forget all the bills and car's installment (ok, done, ready to send)
Tengok jam, awat lambatnya hubby reply message nie, selalunya kalau kita send tak sampai a few second he will reply; ok or noted, ini tidak..senyap ajer. Tak perlah mungkin dia sibuk kut.
Tak puas hati nie, hmmm..tak per kita send lagi...open the send message item, ALAMAK!!!...MACAMANA BOLEH SEND KAT BOSS NIE....ADUSS...MALUNYA!!! patutlah hubby tak reply-reply my message. Macamana nak mengadap muka bos lepas nie..huaargghhh....!
Lepas lunch hour bos masuk ofis, me dengan muka cover malu, hehheheh...bos, sorry ya i wrongly send the sms to you....nasib baik mood bos ok...dengan senyumannya yang menawan kalbu dia pun menjawab..it's ok.
Moral of the story, jangan kelam-kelibut, biar lambat asal selamat...hahhahahah!
Pokok ku dah beranak
Pokok ni ada sejarah, ianya bermula begini; Once upon a time.....dah..tok sah dok merapu kan, actually this potted plant, dihadiahkan oleh Mr. LBC yang dah resign last few months...huhuhu..(tersedih pulak), punyalah ramai orang dok mintak pokok ni kat dia, tapi me the chosen one (fyi, me tak pernah request, tetapi ada menunjukkan minat indirectly..hehhe..strategy lah tu kan)..masa pokok ini di bawah jagaan Mr. LBC, pokok ini langsung tidak menunjukkan minat untuk beranak, tetapi, jeng..jeng..jeng.....Alhamdulillah dah hampir beberapa bulan ni, dah 3 kali dia beranak dan me berharap dia akan terus beranak dan beranak.
Enjoy viewing!
~ inilah anaknya dah semakin membesar ~
Kena Tag...
1) Apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Adoiii...sakitnya naper ko tikam aku! (Buat tak tahu jerlah, tak rugi apa pun, jadilah pemaaf, wah! cam bagus ajer, dalam hati, nanti kau!)
2) 6 orang di hati anda
Lebih dari 6 lah, tak maulah jawab soalan ni
3) Anda rasa anda comel?
memanglah comel, saper lagi nak cakap kalau bukan diri sendiri and mr. hubby (eh! yer ker?)
4) Single or taken?
Taken by Mr. Y.
5) Blog yang saya suka?
Semua blog saya suka
6) Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Sudah semestinya, hubby kata 'kebersihan lambang keperibadian'
7) Lagu terakhir yang anda dengar?
Forever and One by Hallowen
8) Last text message
from bangah (my nephew) saying he miss my daughter (aleesya) so much
9) Last phone call
dari bapa mertuaku
10) Hari terakhir anda menangis?
25th May 2010, when reading my sister entry about my mom
11) List 5 kaler feveret anda
red, green, yellow, purple, white
12) bila kali terakhir YM?
tak ingat, lama dah tak YM
13) Game yang anda paling suka?
puzzle
14) Adakah anda peminat MCR
MGR kenallah..
16) Anda rasa tag ni best?
hmmm...boleh tahan lah
17) Tagged lagi 10 orang
Sapa-sapa pun bolehlah
Wednesday, May 26, 2010
Kisah Hujan dan Payung
Satu hari tu, kami on the way to Taiping, hujan pulak. Then Ammar nampak ada orang jalan kaki tak pakai payung, then dia tanya me; 'Mama, Mama kenapa orang tu jalan tak pakai payung, dia tak demam ke kena hujan.' Belum sempat me nak jawab sister dia dah tolong jawabkan siapa lagi kalau bukan Professor Yasmin.
Nak tahu apa jawabnya; 'Memanglah orang tu jalan tak pakai payung sebab dia tak ada duit nak beli payung. Ammar tahu tak kenapa dia tak ada duit, sebab dia tak belajar pandai-pandai. Ammar kena belajar pandai-pandai barulah ada duit nak beli payung.'
Ada saja idea dia!
Ayah nie, tak tahu Bahasa Inggeris lah!
Me and Ammar tunggu dalam kereta ajer, Yasmin follow hubby. Tak lama lepas tu.....masuk2 ajer dalam kereta Yasmin cakap dengan me; Mama, mama, tadi kan ada budak tu tanya ayah, Ammar leh, Ammar leh, (budak tu cakap mandarin meaning; Ammar mana?) pastu kan mama, ayah cakap Ammar dalam kereta, mana boleh cakap macam tu kan mama.
Me tanyalah; kenapa pulak salah ker ayah cakap macam tu, then yasmin kata; budak tu mana nak tahu ayah cakap apa, kita kenalah cakap Ammar is inside the car, ayah ni tak tau bahasa inggerislah! (Dengan nada yang marah).
Nak gelak takut anak kecik hati, at last me and hubby tahan gelak ajerlah!
Tuesday, May 25, 2010
Cerita Lepas Lunch...
Yang me kesalkan, bukan sebab barang-barang me jatuh, tapi budi bahasa tu dah hilang, tak kisahlah kita ni orang india ker, melayu ker, cina ker atau apa sajerlah tapi kita ni orang Malaysia yang penuh dengan adat resam dan budi bahasa, bukan me nk mintak dia tolong angkat balik barang-barang yang dah jatuh tu, apa salahnya kalau lah boleh dia berbudi bahasa sedikit to say sorry, atau berhenti sekejap dan tanya; akak ok ker?...tak der satu pun perbuatan yang me listkan di atas dilakukan oleh mamat tu, dia hanya sempat menoleh seketika dan terus beredar, tak perlah me will try to forgive and forget walaupun bahu me terasa sedikit sakit.
Hari ni birthday Mak!
Kami hadiahkan mak dengan alunan ayat-ayat suci. Yup, mak dah tak der and me dah tak dapat sambut lagi birthday bersama-sama dengan mak. Pejam celik, pejam celik dah hampir 11 tahun mak dijemput Yang Esa. Moga rohnya tenang di sana dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman lagi dikasihi oleh Allah s.w.t, Amin!
Ya, Allah, berilah keampunan kepada diriku dan kedua-dua ibu-bapaku dan juga sekalian kaum mukmin, Amin!
Monday, May 24, 2010
Kakak, kita ni dah miskin ke?
Kalau cuti sekolah kena make sure bekalan makanan cukup, dia sangat suka mengunyah. So, me kena pastikan biscuits dan segala kudap-kudapannya cukup.
Nak dijadikan cerita, kisah ini diceritakan semula oleh my Cambodian Maid (Karima), last school holiday, hari tu hari Sabtu, me kerja (half day), me terlupa nak top-up bekalan biskut dan terlupa juga nak beli koko crunch seperti yang dipesan, ingatkan nak beli lepas office hour.
Karima kata, yasmin masuk kitchen and bukak almari stok penyimpanan makanan dia tu lah, bukak semua bekas biskut, semua dah habis, then you all tau dia cakap aper…’KAKAK, SEMUA MAKANAN DAH HABIS, KITA NI DAH MISKIN KE, MACAM MANA KITA NAK MAKAN NI?’ Punyalah kuat suaranya, rasanya mau jiran sebelah dengar.
Karima call me mintak me jangan lupa beli stok, then bila me balik dengan bekalan biskut and what so ever, again Yasmin bersuara…KAKAK, MAMA DAH BELI MACAM-MACAM KITA DAH TAK MISKIN LAGI, KITA DAH KAYA.’ Me rasa nak berguling- guling gelak waktu tu. Yasmin oh Yasmin!
Nak masak aper yer hari nie?
Different people different perception, bukan me nak tunjuk bagus ada jugak masa me tak masak, untuk bagi maid masak is a big NO.
Memang me keje, tapi mcmana pun me akan cuba luangkan masa cook for the family. Kalau tak masak yang best2, masak yang simple jer, telur kicap pun kira oklah kan.
Sebelum kawin me sememangnya sangat-sangat malas untuk masak. Bila mak or my sister panggil masuk dapur ajer, mulalah me create seribu satu alasan, sakit perutlah, nak buat itulah, inilah, then bila dah kawin nak tak nak kena masak jugak. Ha! Sendiri nak kena ingatlah, waktu tu barulah call my sis tanya, kalau nak masak ni, macamana, nak letak apa dulu and macam2 lagi. Tapi, Alhamdulillah me dah boleh masak dah sekarang nak kata pandai sangat tu taklah tapi boleh lah.
Ingat dulu masa baru2 kahwin, nak masak, tapi takut tak sedap, tiap hari akan tanya hubby; 'abang nak makan ker, kalau nak makan kita masak’ dan hubby akan sentiasa jawab 'tak payahlah'…lama-lama me learn something, hubby jawab macam tu sebab tak mahu susahkan kita because why….sebab biler hubby jawab nak makan nanti, baru kita nak masak kan ker tak bagus macam tu. So, me start masak, tak kiralah hubby nak makan or tidak, kan betul tekaan me, bila masak dia makan.
Alhamdulillah, setakat ini kalau hubby ada jemputan or jamuan hubby akan makan dulu di rumah sebelum keluar.
'Jaga perut suami dgn masakan, jaga keinginan suami dgn layanan'... Itu pesan arwah mak and my sis, akan me ingat dan sampaikan pula pada anak-anak, Insya-Allah.
Hujung Minggu Kami
saturday, me kerja (half day) so after office hour me pi ziarah my course mate masa kt ITM dulu, baru ajer deliver new born baby boy unik nama anaknya 'Muhammad Aaron Zidane', lepas tu barulah kami bergerak ke Penang.
this is our second visit to liza (hadi's mom) house, first time masa dia buat kenduri (house warming). Kali ni anak2 dah siap bawak swimming attire because rumah liza ada pool.
(Alhamdulillah, jalan tak jammed)
we arrived at liza's house around 5:30 pm, rehat2 kejap pas tu bawak anak pi swimming then lepas maghrib we had our dinner at Tari Cafe at Batu Feringgi, mahal jugak makanan kt situ tapi sebab dah lapar we don't have a choice, lepas makan baru liza cakap orang penang rarely makan kt situ (naperlah ko baru cakap liza ooiii!), tak perlah janji sedap...(ayat menyedapkan hati). Then, kami ker night market, tak beli apa pun, hubby belikan anak2 toys then kami balik anak2 pun dah mula mengantuk.
(Nasi Goreng Special Tari Cafe)esoknya lepas breakfast, kami ke Rumah Kelahiran P. Ramlee, me dah lama benar teringin nak ke sini everytime ke Penang selalu terlepas nak singgah kali ni me berjaya pujuk hubby; thanks dear.
(Ammar and Hadi)
(on the way back, hujan lebat @ penang bridge)
Saturday, May 22, 2010
Oh Malunya...
Arinie mood bos tak berapa nk ok, sejak dinaikkan pangkat nie cuma 2 or 3 times a week ajer dia masuk office the rest dia akan melawat setiap site. Oopss lupa lak nk intro, kita nie secretay, bos kita lak a very good gentleman chinese guy so far alhamdulillah, dia bos yang baik...(bodek nie).
Nak dijadikan cerita tadi me dengar he engaged on his mobile phone, nada marah lagi gitu, entah tengah marah ngan saper me tak mau campur takut...tiba-tiba...jeng-jeng....he called me...Aza!...Aza!...me dengan pantasnya berlarilah masuk ke bilik bos dengan confident nya me kata...yes, bos!...me lihat wajah dia penuh kehairanan sambil menunjuk sesuatu kat drawer bawah meja besar dia tu...what's this..(sambil berkerut-kerut dahinya)...me pun tengoklah bendanya yg ditunjuknya itu...Alamak! (dalam hati)...telekung aku..huhuhu...
Dengan wajah yang penuh selamba dan malu yang dicover-cover me pun katalah...sorry bos this is my pray cloth...dia pun jawab...oooohhh..i thought is what!...fuhh...lega..(tapi dalam hati malu yang teramat..kantoi!)
Nak tau mcmana ianya boleh berada di situ. My office ni 3 tingkat me dok kt tingkat 3, every floor ada surau kecuali my floor sebab tak cukup space (kata management lah) so orang2 di tingkat 3 akan solat di tingkat 2, as for me as usual malas betul nk berjalan, so bila time bos tak der me solat kat bilik dia (memang bersih yer...tak der syaknya)..semalam lepas solat (kt dalam bilik dia lah mana lagi) me nk amik document so me tinggalkan kejap my telekung atas drawer bawah meja dia...dan selepas itu....kita pun lupa nak amik...sebab dah abis office hour..hahhaha..! Sakit betul perut me gelak ditambah dengan kawan2 tolong gelakkan sekali.
Hari Ibu
Cerita pasal Mother's Day Celebration, last year me cuma received 1 card from Yasmin (my eldest daughter), this year me dapat 3 cards (from Yasmin, Ammar and hubby) + perfume (also from hubby - nanti kita story lain pasal yang ini yer). Selalu kalu dapat card from anak2 me akan tampal kat fridge ajer, this year Yasmin request for me to put the cards at my work station, ok dear, as per requested, mama dah lekat both cards dekat my CPU.
(left side card from Yasmin and Ammar on the right side)
Ammar nak baby boy...
Esoknya, biler me amik anak2 from school on the way back tetiba Ammar kata 'eh! mama kita lupa lah nak amik Ummar' me explained kat Ammar kenapa kita tak boleh amik Ummar.
Me ingatkan story tu will ended up macam tu ajer, malam tu masa tengah2 rehat he brought up the issue once again, 'mama, ammar nk adik lah' me kata lah, 'kan aleesya dah ada'...he answered 'tapi ammar nk baby boy, aleesya tu girl, mama cariklah baby boy'...'mama nk carik kat mana?'...you all tau dia jawab apa....'mama carilah kat TESCO ker GIANT ker'...that is what my 4 years little boy thinking. Macam senang ajer nk carik adik kan.
Friday, May 21, 2010
Anymz...my sister
This is my sis anymz, pic ni me amik masa dia admitted last year during raya puasa. Pasal apa dia admitted you all boleh baca through her blog ok. There's something me nk share about my sis nie. Kalau me cerita pastinya tak der siapa yang percaya tapi itulah hakikatnya.
Dulu, she's very naive, semua benda dia tak tahu, mak ngan ayah kata kawin, dia kawin, pas tu biler dah ada anak jaga anak pulak, cukup waktu utk masak dia masak, pendek kata fulltime housewife lah. Dulu dia stay kt alor star (syok oo..waktu tu..cuti skolah ajer me and my youngest sis akan di 'pos' oleh ayah dok ngan my sis nie sampai lah abis waktu cuti. Yang seronoknyer biler waktu cuti ajer ayah akan tanya 'cuti nk poi umah klang tak?...nak naik apo? kapal trobang ko, keretapi ko bas?...kami ikut ajer tak kisahlah naik apa pun janji leh sampai...heheh...abg ipar rajin melayan...asik bwak ronda ajer (nanti ada masa me citer pasal my brother in-law me pulak yer)..yerlah waktu tu memasing masih lagi in primary school. Uit! Dah lari tajuk pulak back to my sis punya story.
Lepas arwah ayah meninggal brother in-law decided nk menetap di kampung utk jaga mak dan kami-kami nie. One day my sis ni cakap ngan me, 'kchik, nanti tolong kuarkan duit kt ATM', me tanya dia naper dia tak buat sendiri, she can drive, nk tau aper jawabnya 'den tak tau camno nk tokan', tak ker kelakar!..hahhaha..!
Then one day my brother in law beli computer (dulu2 mana ada laptop kan), everytime me ajak my sis belajar2 tekan computer baru tu, sering ajer dia mengelak, biler me tanya you all tau dia jawab aper...kalau salah tokan tak melotup ko...hahah..once again me gelak besar.
Tapi tu semua cerita2 lama, but now she's different but still a fulltime housewife. She has her own blog, no more afraid to the gadgets, in fact she's the one who insist me to the blog world, skarang me pulak banyak tanya what is this, what is that, what is what and this is the time she will laugh back at me...huhuhu...! Congrats sis, you already passed the border! Keep it up.
Tuesday, May 18, 2010
Al-Fatihah Buat Teman
Bila dah besar nie, teringat kat kawan2 lama masa skolah dulu, just in sudden teringat sangat-sangat kat dia, me pernah try to search nama dia kt google, friendster(dulu kan takder facebook) now kat facebook pun me search jugak and at any search engine, but failed. Byk kali dok cuba, just recently me dapat tau yang dia dah meninggal, sebab accident almost 10 years.
Al-Fatihah buat sahabatku Fazlin Latifah, moga roh mu tenang di sana dan ditempat di sisi orang-orang yang dikasihi oleh Allah s.w.t. Amin!
Saturday, May 15, 2010
Cerita Teman
me tak faham dengan sifat or sikap segelintir lelaki yang suka sangat pukul perempuan, dia org tak pernah terfikir ker kalau2 yang kena macam tu mak diaorang ker, adik-beradik perempuan diaorang or even worse anak dia org ker...jangan lupa ya...kita hidup atas dunia yang berputar so what goes round will comes around....sympathy to my friend tu...bukan setahun dua berkahwin dah berpuluh tahun dah pun..anak pun dah besar2...bukan setakat kaki tangan naik ke muka dan badan...maki hamun pulak....apa yer yang ada dalam kotak fikiran husband dia tu..apa dia ingat kalu dia ada masalah kt luar yang tak boleh nk diselesaikan dia boleh lepaskan kat isteri ker...tolonglah hormat sikit isteri tu..kami juga ada maruah....si husband bukannya org bodoh, graduate lagi....golongan terpelajar lah senang citer...tapi perangai mengalahkan ********!
ok lah mungkin tak adil bagi me nk judge hubby dia cam gitu...kita pun mungkin tak tau cerita-cerita di sebaliknya...but knowing my friend nie...dia ibu yang baik dan juga isteri yang baik...hubby dia baran sangat-sangat...
to my friend tu...me doakan yang terbaik buat dia, if you need someone to talk, i will always be there for you
note : Syurga isteri terletak pada suami dan pada suami janganlah menjadi neraka bagi isteri
Tuesday, May 11, 2010
Safety Talk
Starting last month every Tuesday ada safety tool talk at my office, sharp 8:00am kena berkumpul kt parking lot, byk info yang kita boleh share with during this talk, tentang safety awareness and etc. So today the safey officer are not talking about the safety tapi tentang ini....
Credit to the safety officer, it is true most of the time office hour 8 to 5 we just sat in front of the pc, biler dah balik rumah baru terasa sakit badanlah, pingganglah, lenguh sanalah, lenguh sinilah.
So for those out there bolehlah try buat a few stretches as per advice.
Selamat mencuba!
Monday, May 10, 2010
Tentang Hati
Me and hubby study at the same campus, then break-off, ikut haluan masing2 and we met each other again after 5 years and finally decided to get married. Masa baru-baru nikah, macam tempoh suai kenal lah pulak, we discuss almost everything. Then hubby sentuh pasal cinta pertama, me akan ingat waktu tu sampai bila-bila.
Hubby said; 'i don't want to know about the past, sejarah awak dan saya bermula bila hari pertama kita nikah, saya tau saya bukan cinta pertama awak tetapi saya nak jadi cinta terakhir awak' (sebak sungguh rasa waktu tu)
Tapi itulah dia...sampai sekarang me dah tak ingat saper cinta pertama me dan bagaimana ia bermula, me tak perlu lagi nk ingat semua tu, coz me dah ada cinta terakhir...me akan hargai setiap detik yang ada bersama dengan hubby, me akan lalui setiap detik with hubby selagi diizinkan Allah s.w.t.