Monday, May 24, 2010

Nak masak aper yer hari nie?

Kerja tu kerja jugak tapi kepala dok pikir petang nanti nak masak aper for dinner. Kadang2 ada jugak kawan2 tanya, 'you kalau balik nak kena masak jugak ker, takan hubby tak kesian, 8-5 keje, balik nak masak lagi, maid kan ada.'

Different people different perception, bukan me nak tunjuk bagus ada jugak masa me tak masak, untuk bagi maid masak is a big NO.

Memang me keje, tapi mcmana pun me akan cuba luangkan masa cook for the family. Kalau tak masak yang best2, masak yang simple jer, telur kicap pun kira oklah kan.

Sebelum kawin me sememangnya sangat-sangat malas untuk masak. Bila mak or my sister panggil masuk dapur ajer, mulalah me create seribu satu alasan, sakit perutlah, nak buat itulah, inilah, then bila dah kawin nak tak nak kena masak jugak. Ha! Sendiri nak kena ingatlah, waktu tu barulah call my sis tanya, kalau nak masak ni, macamana, nak letak apa dulu and macam2 lagi. Tapi, Alhamdulillah me dah boleh masak dah sekarang nak kata pandai sangat tu taklah tapi boleh lah.

Ingat dulu masa baru2 kahwin, nak masak, tapi takut tak sedap, tiap hari akan tanya hubby; 'abang nak makan ker, kalau nak makan kita masak’ dan hubby akan sentiasa jawab 'tak payahlah'…lama-lama me learn something, hubby jawab macam tu sebab tak mahu susahkan kita because why….sebab biler hubby jawab nak makan nanti, baru kita nak masak kan ker tak bagus macam tu. So, me start masak, tak kiralah hubby nak makan or tidak, kan betul tekaan me, bila masak dia makan.

Alhamdulillah, setakat ini kalau hubby ada jemputan or jamuan hubby akan makan dulu di rumah sebelum keluar.

'Jaga perut suami dgn masakan, jaga keinginan suami dgn layanan'... Itu pesan arwah mak and my sis, akan me ingat dan sampaikan pula pada anak-anak, Insya-Allah.

2 comments:

  1. bagus2,ajaran aku tidak di sia2kan..mesti masak.itu gunanya blog yang sudah ku wariskan dgn nama masak cincai boncai..tadak ikut kalu,aku cepuk......kihkih........

    pastikan suami makan dgn air tangan isteri dan anak2 makan dari air tangan mama.baru suami tak cari yg lain dan anak2 mendengar kata.
    hidup riang,hati senang.

    ReplyDelete