Kisah ni berlaku dalam beberapa minggu yang lalu, me ingat nak post entri ni on the day itself, tapi waktu tengah marah kan tak elok so tunggu reda, fikiran pun dah mampu berfikir dengan rasional so me post kan di hari Isnin yang indah ni.
Ada satu ‘mr. bz body’ kat my office (agaknya mind and soul dia tak der keja lain kan…dok perati orang ajer keja dia, punyalah ramai orang kat office ini tapi apehal lah dia suka sangat amik tahu pasal me. Rimas betul.
Hari tu hari Jumaat, kan sunat kalau berpakaian yang indah-indah, hari jumaat kan hari raya kecil bagi orang-orang Islam. Tapi mamat ni menyibuk betullah, pepagi lagi dah buat me sakit hati; 'hai kak, merah pipi arini'…(me diam jer…senyum tawar jerlah, tak tebal pun make-up me saja nk provoke lah tu), terserempak lagi dengan dia kat tangga dengan member dia masa tu, me and my friend Sally nak pi breakfast, mamat psiko ni tegur lagi dengan nada yang kuat entah nak bagi saper dengar, me pun tak tahu, ; 'wah! Kak aza ni, kalau hari jumaat jer pakai cantik-cantik, make-up pun satu macam' (me diam lagi, tak perlah dah dasar sakit agaknya kan).
Tak abis kat situ, dia lalu depan meja me boleh pulak di singgah kat depan me tegur pulak lagi, ‘kak, eye-shadow tu kaler apa, lawalah pulak', ish tak boleh jadi ni, kena lepaskan jugak nie, nah amik ko ‘aku tak pernah kacau hidup ko kenapa ko suka sangat kacau hidup aku, ko ada masalah ker?'...titik, full-stop dan sewaktu dengannya, mamat tu terdiam dan itu bukan kali pertama dia suka kacau hidup me.
Lepas ajer me cakap macam tu dia terus blah…fuhh…lega... rasanya dia terkejut dan tersentap dengan my statement. Untuk sementara waktu ni Alhamdulillah, tenang rasanya tak der gangguan cam gini..hahhaha.
oh i like!!
ReplyDelete