Tuesday, June 29, 2010

Yasmin dan Bekalnya

Last friday yasmin merungut 'lagi' bekal makanan dia 'terpaksa' dikongsi dengan kawan-kawan yang lain. Bukan setakat minggu lepas ajer dia complain, almost everyday me and hubby akan dengar rungutan dia.

'mama, azimah (bukan nama sebenar) suka ambik makanan yasmin, yasmin tak suka!'

'tak perlah, makanlah sama-sama' - kata me

'tapi takan hari-hari nak share' - di jawab yasmin

'kalau kakak tak suka, kakak cakaplah baik-baik dengan dia yang kakak tak suka dia makan makanan kakak'

macam tulah dialog kami everytime dia bercerita tentang isu yang sama. Kesian juga pada yasmin, sometimes dia macam fobia nak bawak food pergi sekolah, she will request untuk tinggalkan bekal tu dalam kereta then after school baru dia makan itupun dalam kereta.

Tapi semalam buat pertama kalinya dia tak lagi complain, tapi kami mendengar dialog yang lain.

mama, semalam kan azimah nak makan bekal kakak, lepas tu kakak cakap dengan dia;

eh! awak ni janganlah ambik makanan kita, mama awak tak masak untuk awak ker, mama kita hari-hari masak untuk kita, kalau awak nak makan awak suruhlah mama awak bangun pagi-pagi masak janganlah ambik makanan kita!

Oh! anak ku memang outspoken, maafkanlah dia...hahhahahah!

1 comment: