Tuesday, February 8, 2011

Ada lagi orang macam ni!

hari nie aku nak berkongsi satu cerita yang aku alami baru2 nie waktu pi berjalan2 ke zoo negara dengan anak2 and hubby. Bukan cerita pasal binatang kat zoo yer kengkawan pasal manusia yang berperangai cam binatang (sorry kalau agak kasar bahasa aku...tapi aku rasa itulah perkataan yang selayaknya)

sambil menunggu giliran hubby untuk beli tiket masuk, aku and anak2 duduklah kat ruangan menunggu yang disediakan (memang selesa...ada kipas lagi) tengah2 dok melepak aku and anak2 terperanjat betul bila terdengar ada orang kat kerusi selang beberapa buah dari tempat aku duduk tengah marah2....aku ingatkan dia marah dengan siapa....rupanya dengan mak dia sendiri. Malu sungguh2 aku...malu...malu.....sebab dia orang Melayu....sebab dia orang Islam (bertudung lagi)....sebab dia juga seorang wanita....!

yang menyedihkan...ibunya hanya diam membisu tanpa menjawab sepatah kata....aku terdengar jugak ada seorang lelaki (mungkin suami perempuan tu atau adik beradik atau sedara mara) yang tanya kat makcik tu, kenapa waktu perempuan tu bising2 makcik tu macam buat tak ada apa yang berlaku, telinga lintah kut aku, boleh kan aku dengar apa yang dia orang bualkan....makcik tu jawab; biarlah....dah biasa dah...memang dari kecik macam tu!

Ya! Allah, sabar betul makcik tu.....!

aku tak tahulah apa punca dia bising dengan mak dia, tapi inikan kat tempat umum, kawasan terbuka malulah sikit. Dan tak kiralah apa jua masalah dia dengan mak dia tak baiklah dia meninggikan suara yang memang pada aku agak kuat dan kasar bahasanya.

bila hubby dah dapat tiket aku pun berkongsilah cerita dengan hubby, rupa2nya kata hubby masa tengah beratur tadi pun dah dengar dia bising2 pasal mak dia.

cerita tu tak habis di pintu masuk zoo, masa kami beratur untuk tunggu turn nak naik tram...sekali lagi wanita tu marah2 kan mak dia, adusss...sudah2 lah tu....setel lah kat rumah tak baik betul pemandangan macam tu buat anak2 kalau tengok.

inilah manusiakan....waktu masih ada tak tahu nak menghargai, bila dah tak ada baru menyesal.
Perempuan tu tak tahu ke betapa bersyukurnya dia kerana masih mempunyai seorang ibu yang masih kuat dah masih mampu berdoa untuk dirinya kalau nak dibandingkan dengan aku yang tak punya ayah atau ibu lagi untuk terus berdoa untuk kami adik beradik.

Moga Allah s.w.t memberi hidayah pada wanita itu agar dia sedar akan kesalahannya, Amin!

No comments:

Post a Comment