Friday, February 4, 2011

jalan+makan, jalan+makan

Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke bumi negeri sembilan malam semalam, driving all the way from taiping, singgah di hentian sebelah sungai buluh masa tu dah pun pukul 12++tengah malam, tukar driver, hubby dah mengantuk sangat tak larat, so aku lah kena drive sampai ke seremban rumah kak teh aku.

tengahari tadi ada lunch date dengan abang2 aku, kami menjamu selera di Restoran Nasi Arab Damsyik kat Taman Bourgainvilla, sedap makan kat situ, dengan diiringi alunan muzik lagu2 arab teringat pulak pengalaman aku waktu berziarah ke mesir beberapa tahun dulu. Kami order nasi mandi ayam + kambing, air pulak kami order shai (teh yang dicampur dengan daun pudina). Berselera sungguh aku tengok 2nd brother aku makan tadi, walaupun dia tak berapa sihat disebabkan demam, atau mungkin dia seronok makan dengan kita orang...hahahhaha! So sorry coz tak sempat nak snap photos maklumlah terlalu asyik menjamu selera.

sebelum perjalanan pulang ke tanah rembau (rumah kak lang) aku singgah kejap di baby bundle, kat area seremban jugak tapi kat matahari heights, senawang. Kat situ baju untuk budak2 memang byk sangat choice, Baby Bundle bukan jual baju yang terpakai sajer, ada jugak baju baru dan harganya sangatlah berpatutan, kalau jadi members ada good discount lagi, aku memang dah lama jadi members. Korang boleh surf dalam web tentang kedai Baby Bundle nie, ada advertise dalam papers a few years back.

sampai rembau tadi dekat kul 7, memang langkah kanan, kak lang aku tengah masak for dinner, siamese menu....pergghhh...itulah yang indahnya kalau dok merantau nie, sesekali bila balik dijamu macam2, bukan setakat ada masakan siam ajer, ada mee kari dan kek lagi.

gemuklah aku camnie....kalau hubby komplen aku gemuk aku salahkan kakak2 aku, coz sebab dia org masak sedap2lah aku gemuk....tak gitu.....!

p/s : nak tunggu besok punya menu, apalah yang kaklang nak masak lagi...hehehhehe! itulah untungnya ada kakak...kalau teringin nak makan apa2 cakap ajer....ditambah buatlah muka kesian sikit sure dia org buat punya....ngehngehngeh!

No comments:

Post a Comment