Saturday, September 3, 2011

26.08.2011

Assalamualaikum dan masih belum terlewat untuk aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua muslimin.

Dah lama sgt x update blog, macam biasa alasannya tak ada idea dan tak ada masa. Hari nie tergerak pula hati nak update.

Jumaat, 26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadhan, abang ku Hj. Mohammad Aidid telah kembali ke rahmatullah, kembali kepada Penciptanya. Kami kehilangan abang tersayang, perginya ketika usia baru mencecah 49 thn (heart attack), perginya tak kembali, tiada lagi usik manja abang pada kami adik2nya, tiada lagi orang yg akan sms atau call aku bertanyakan 'kenapa ko dah lama tak update blog?, updatelah, den suko baco (dengan loghat neghori nya pekat).

Ya, Allah, rahmatilah roh abang yang dikasihi, ampunkanlah segala dosa2 abang, buka kanlah hati orang2 untuk memaafkan abang jika ada kesilapan yang pernah dilakukan abang semasa hayatnya yang sengaja maupun tidak, tempatkanlah abang disisi orang2 yang beriman lagi dikasihi, terimalah amal ibadahnya Ya, Allah, Amin! Amin! Amin!

Wednesday, April 13, 2011

Birthday Abah!

Entri khas untuk father-in-law aku.

Hari nie birthday abah yang ke-60, moga beliau diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan senantiasa dilindungi Allah s.w.t., Amin!

Pagi tadi aku call abah, nak wish besday, mother-in-law yang jawab, mama kata aku orang pertama di antara anak menantu...yes...as usual every year memang aku lah senantiasa dalam list terawal yang akan wish untuk abah or mama. Ini menunjukkan ..(wah cam poyos ajerkan) aku adalah di antara orang yang sungguh tak busy di pagi hari a.k.a tak ada kerja..hahahha!(itu ajer aku nak cakap sebenarnya)

Monday, April 11, 2011

Allo kengkawan!

lama sungguh tak update blog...bukan tak ada bahan untuk di update, cuma tak pandai nak cari masa.


balik keje dah sibukkan hal anak2, masak, nak check homework lagi senang cerita macam2 lah nak buat. cuba jugak cari-cari waktu yang sesuai, ingatkan bila anak2 dah tidur boleh lah aku update, tak dapat jugak, mana taknya bila tidurkan anak2 mamanya pun join sekali...ketiduran...hahhaha...!



bila dah lama tak update nie, mulalah pening tak tau nak mula dari mana, tapi tak perlah ya kengkawan, aku cerita ajerlah dengan harapan korang sudi membaca.


last february, a week before yasmin's birthday kami ke s'pore, father and mother in law pun ikut sekali. Memang dari dulu teringin sangat nak bawak parents in law ke sana, sebab MIL dok sebut2 nak ke rumah adiknya di spore, so kami ambil lah kesempatan ni sambil ziarah dan meronda2 ke negara orang, 4 hari 3 malam tu tak abis ronda jugak satu singapore, even Sentosa Island pun kami tak habis pusing. Anak2 enjoy walaupun agak penat. Hajat hati nak ke Universal Studio..tapi alamak mahal lah pulak per person, lari budget fren, so hubby decide may be on next trip insya-Allah, sempatlah jugak nak kumpul modal....hahhah!


kami sempat juga ke makam habib noh, aku memang nak sangat ke sana, pada orang lain ianya mungkin sekadar satu lawatan ziarah ke makam seorang ulama tapi bagi aku ianya ada sentimental value buat aku yang orang lain tak tau. Kenangan dengan arwah mak and ayah.


Masa arwah ayah ada dulu, aku and family selalu jugak pi spore sebab arwah ayah ada sedara-mara kat sana, so everytime pergi sana arwah ayah and mak selalu ajak kami ziarah makam habib noh, dan bila aku peluang ke sana haritu aku 'flashback' memori aku, ayah, mak and adik, dok terbayang-bayang lagi waktu dengan ayah dulu, sama2 naik tangga, then bila time turun tangga tu aku and adik akan tunggu ayah pakai selipar, then jalan pegang tangan sama2.


Tetiba lak aku ter'emo' sorrylah yo...nak buek camno umur aku 12 thn aku dah jadi yatim ....so tak lama dapat hidup ngan ayah and tak byk memori bersama...huhuhu.. apa2 pun yang penting trip ke spore aritu memang best and thank you so much untuk cousin2 hubby yang sangat2 sabar melayan kerenah anak2 dan yang pastinya aku really enjoy dengan murtabak kat zam-zam restoran tu...really superb...dalam tidur pun boleh terkenang! pergghh...sodap ae!

Friday, February 25, 2011

Yasmin Birthday!

Sepatutnya aku post entri nie on the day itself...23rd February 2011, tapi terlambat atas beberapa urusan (alasan lah tu..ngeh..ngeh!).

Yup, 23hb ari tu Yasmin dah pun genap 6 tahun, Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t., moga kehidupannya diberkati di dunia maupun di akhirat, Amin!

Sama macam last year, kena prepare 2 birthday cakes. One for the school, lagi satu untuk nursery + goodies bag untuk kawan2nya. Dulu ada jugak karima tolong2 aku bungkuskan, skarang ni aku kenalah buat sendiri, itupun kena tunggu si kecik (Aleesya) tidur dulu kalau tidak sama jugak dia jadi tukang sibuk.

Kita orang tak celebrate kat rumah, Yasmin pun request tak payah beli kek, dia cuma request dinner kat luar, so malam tu hubby belanja kita orang kat Kenny Rogers. Tiba2 bila dah nak habis makan Yasmin tanya; hadiah min tak ada ke mama? ke mama nak buat surprise macam dulu!

Aduss...wahai anak macam mana mama boleh lupa nak prepare hadiah, tulah dok sibuk prepare benda lain benda penting yang satu nie mama boleh terlupa. Hubby pandang aku, aku pandang hubby, then aku pun jawablah; hadiah min kita beli kemudian boleh tak? mama belum sempat nak beli (ayat jujur, tak boleh tipu anak2 dosa tau!)

nasib baiklah yasmin pun tak kisah and promise nak pergi sama2.

(my little angel)

Monday, February 21, 2011

Nak jadi JAHAT ke Nak jadi BAIK?

terkejut pulak kengkawan tengok tittle kat atas tu yer..tetiba dah lama tak bersiaran, alih2 keluar pulak post macam tu...pening apa acik aza nie!

tadi tengah dok lepak2, teringat pulak dengan kawan lama aku kat ITM dulu, Fiona namanya. Ada satu petang tu on the way nak ke kelas dia pernah tanya aku; ja, kalau dalam hidup nie ko di bagi 2 pilihan dan ko hanya boleh pilih satu apa yang ko pilih, 1) jadi baik tetiba jadik jahat orang akan ingat ko sampai bila2 atas kejahatan ko tu! 2) jadik jahat tetiba jadik baik dan orang akan ingat ko tetap jahat dan baik ko tu hanyalah pura2....mana yang akan ko pilih?

terkonpius aku dengan soalan tu, aku tak nak jawab sebenar-benarnya, sebab dua-dua soalan tu sama ajer; pemikiran biasa manusia selalu anggap kalau dah sekali kita buat jahat orang akan ingat kita ni jahat sampailah bila2 walaupun kita dah insaf.....demi nak jaga hati kawan aku jawab jugaklah soalannya....so aku pilih yang no. 2, jadi jahat then jadik baik....biarlah orang tetap ingat aku pura2 baik atau apa pun, yang penting aku sempat bertaubat dan buat perkara2 yang baik...perrggghhh...jawapan tak hengat..!

kalau korang, apa yang korang jawab?

Thursday, February 10, 2011

Kita Patut Bersyukur

Pagi yang sejahtera untuk semua. Aku dapat email nie dari sorang teman, so ku persembahkan dalam blog ini untuk dikongsi bersama!

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kitamasih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukupmakan.


5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yangperlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi bolehmendengar.

7. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itubermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.


8. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermaknakita masih berupaya untuk berjalan.

9.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kitamasih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

Tuesday, February 8, 2011

Ada lagi orang macam ni!

hari nie aku nak berkongsi satu cerita yang aku alami baru2 nie waktu pi berjalan2 ke zoo negara dengan anak2 and hubby. Bukan cerita pasal binatang kat zoo yer kengkawan pasal manusia yang berperangai cam binatang (sorry kalau agak kasar bahasa aku...tapi aku rasa itulah perkataan yang selayaknya)

sambil menunggu giliran hubby untuk beli tiket masuk, aku and anak2 duduklah kat ruangan menunggu yang disediakan (memang selesa...ada kipas lagi) tengah2 dok melepak aku and anak2 terperanjat betul bila terdengar ada orang kat kerusi selang beberapa buah dari tempat aku duduk tengah marah2....aku ingatkan dia marah dengan siapa....rupanya dengan mak dia sendiri. Malu sungguh2 aku...malu...malu.....sebab dia orang Melayu....sebab dia orang Islam (bertudung lagi)....sebab dia juga seorang wanita....!

yang menyedihkan...ibunya hanya diam membisu tanpa menjawab sepatah kata....aku terdengar jugak ada seorang lelaki (mungkin suami perempuan tu atau adik beradik atau sedara mara) yang tanya kat makcik tu, kenapa waktu perempuan tu bising2 makcik tu macam buat tak ada apa yang berlaku, telinga lintah kut aku, boleh kan aku dengar apa yang dia orang bualkan....makcik tu jawab; biarlah....dah biasa dah...memang dari kecik macam tu!

Ya! Allah, sabar betul makcik tu.....!

aku tak tahulah apa punca dia bising dengan mak dia, tapi inikan kat tempat umum, kawasan terbuka malulah sikit. Dan tak kiralah apa jua masalah dia dengan mak dia tak baiklah dia meninggikan suara yang memang pada aku agak kuat dan kasar bahasanya.

bila hubby dah dapat tiket aku pun berkongsilah cerita dengan hubby, rupa2nya kata hubby masa tengah beratur tadi pun dah dengar dia bising2 pasal mak dia.

cerita tu tak habis di pintu masuk zoo, masa kami beratur untuk tunggu turn nak naik tram...sekali lagi wanita tu marah2 kan mak dia, adusss...sudah2 lah tu....setel lah kat rumah tak baik betul pemandangan macam tu buat anak2 kalau tengok.

inilah manusiakan....waktu masih ada tak tahu nak menghargai, bila dah tak ada baru menyesal.
Perempuan tu tak tahu ke betapa bersyukurnya dia kerana masih mempunyai seorang ibu yang masih kuat dah masih mampu berdoa untuk dirinya kalau nak dibandingkan dengan aku yang tak punya ayah atau ibu lagi untuk terus berdoa untuk kami adik beradik.

Moga Allah s.w.t memberi hidayah pada wanita itu agar dia sedar akan kesalahannya, Amin!

Seremban - KL - Ipoh - Taiping

chinese new year holiday dah pun berakhir, aku pun alhamdulillah dah selamat kembali ke tanah taiping!...kembali ke alam nyata, dah pun start keje last monday.

hari tu sebelum bertolak balik ke taiping sempat jugaklah aku singgah ke zoo negara, anak2 request, dah kebetulan lalu hubby pun kata singgah ajerlah! cuaca agak panas, berpeluh2 jugaklah kita orang, tak perlah yang penting anak2 enjoy!

perjalanan ke utara melalui highway dah mula nak sesak, sebabnya PLUS tutup laluan sebelah ke utara untuk laluan kenderaan ke selatan yang memang sesak teruk, nak tak nak hubby terpaksa exit kat Sungkai, so kami terpaksalah ikut jalan lama nak ke ipoh (nak singgah umah MIL). Jangan kan kat highway, saper-saper yang ikut jalan lama nak ke arah selatan pun akan mengalami kesesakan yang teruk, kesian betul kat dia orang, syukurlah aku nak ke arah utara.

sampai umah mother in law dah dekat nak maghrib, kami gerak balik ke taiping around 10pm, anak2 masuk ajer dalam kereta tak lama lepas tu semua tertidur...kepenatan, aku pun..zzzzzzz...kesian kat hubby drive sensorang tak ada geng nak berborak, so sorrylah hubby, i pun tumpang penat anak2..hehhehehe!

Friday, February 4, 2011

jalan+makan, jalan+makan

Alhamdulillah aku dah selamat sampai ke bumi negeri sembilan malam semalam, driving all the way from taiping, singgah di hentian sebelah sungai buluh masa tu dah pun pukul 12++tengah malam, tukar driver, hubby dah mengantuk sangat tak larat, so aku lah kena drive sampai ke seremban rumah kak teh aku.

tengahari tadi ada lunch date dengan abang2 aku, kami menjamu selera di Restoran Nasi Arab Damsyik kat Taman Bourgainvilla, sedap makan kat situ, dengan diiringi alunan muzik lagu2 arab teringat pulak pengalaman aku waktu berziarah ke mesir beberapa tahun dulu. Kami order nasi mandi ayam + kambing, air pulak kami order shai (teh yang dicampur dengan daun pudina). Berselera sungguh aku tengok 2nd brother aku makan tadi, walaupun dia tak berapa sihat disebabkan demam, atau mungkin dia seronok makan dengan kita orang...hahahhaha! So sorry coz tak sempat nak snap photos maklumlah terlalu asyik menjamu selera.

sebelum perjalanan pulang ke tanah rembau (rumah kak lang) aku singgah kejap di baby bundle, kat area seremban jugak tapi kat matahari heights, senawang. Kat situ baju untuk budak2 memang byk sangat choice, Baby Bundle bukan jual baju yang terpakai sajer, ada jugak baju baru dan harganya sangatlah berpatutan, kalau jadi members ada good discount lagi, aku memang dah lama jadi members. Korang boleh surf dalam web tentang kedai Baby Bundle nie, ada advertise dalam papers a few years back.

sampai rembau tadi dekat kul 7, memang langkah kanan, kak lang aku tengah masak for dinner, siamese menu....pergghhh...itulah yang indahnya kalau dok merantau nie, sesekali bila balik dijamu macam2, bukan setakat ada masakan siam ajer, ada mee kari dan kek lagi.

gemuklah aku camnie....kalau hubby komplen aku gemuk aku salahkan kakak2 aku, coz sebab dia org masak sedap2lah aku gemuk....tak gitu.....!

p/s : nak tunggu besok punya menu, apalah yang kaklang nak masak lagi...hehehhehe! itulah untungnya ada kakak...kalau teringin nak makan apa2 cakap ajer....ditambah buatlah muka kesian sikit sure dia org buat punya....ngehngehngeh!

Wednesday, February 2, 2011

sesi luahan perasaan!

tengok tajuk pun dah tahu sesi luahan perasaan kan, so layan kan ajerlah yer!

aku bengang betul hari nie!

bila ko ada masalah aku jadik tukang dengar, tak pernah aku mengiyakan atau menidakkan apa yg ko cakap, nak bagi komen jauh sekali, sebab cuma jadi tukang dengar, diulang sekali lagi tukang dengar!

ko ada masalah ngan laki ko, aku jadik tukang dengar!

ko ada masalah kat rumah, aku jadik tukang dengar!

ko ada masalah ngan anak2, aku jadik tukang dengar!

senang cerita apa juga masalah yang ko ada, aku cuma jadik tukar dengar!

tapi hari nie, aku memang bengang sangat2 dengan ko, sebab apa??? sebabnya ko leh pulak tuduh aku jadik tukang gosip, bawak cerita hal rumah tangga ko merata2....ko meroyan ker apa?...buat pengetahuan ko, apa yang ko citer aku tak pernah amik pot dalam kepala aku nie sebabnya aku cuma jadik tukang dengar, ikutkan hati tadi memang aku nak hempok ajer kepala ko, tapi disebabkan aku masih lagi menghormati ko sebagai sahabat aku, so aku anggap ajerlah apa yang ko cakap tadi di bawah paras sedar.

nasib baiklah si sally ada untuk meredakan kemarahan aku tadi, kalu tak sama lah aku jadik cam ko meroyan tak tentu pasal.

tiap orang ada masalah, yang hanya diri sendiri ajer yang tau apa masalah tu, kalau ko dah amik keputusan nak share citer ko ngan org lain maknanya ko dah percayakan diri kawan ko tu 100% (maksudnya diri aku lah), dan bila ko dengar citer tak baik tentang diri ko, muhasabah lah diri tu dulu, mungkin di bawah paras sedar ko pun ada gak citer kat orang lain pasal masalah ko tu.

sudah, sudahlah citer masalah ko tu kat merata2, kalau ko kata ko cuma citer masalah ko ngan aku ajer, camaner lah pulak orang kat tempat2 lain pun leh tau citer ko, nk tuduh mulut aku gak ker....adusss....banyak lagi masalah lain aku nak pikir, aku pun ada gak rumah, laki, anak dan family yang nak dijaga.

lepas saat, waktu, minit ko datang jumpa aku tadi aku dah cakap dengan diri aku, lepas ni aku akan bina tembok besar lebih tebal dari great wall kat china tu kat telinga aku, yup! aku dah tak nak dengar citer2 ko! cukup setakat urusan kerja, dan jangan ko ganggu waktu2 senang aku lagi, aku dah cukup serik ngan ko....titik!


Tuesday, February 1, 2011

Cuti! Cuti!

menghitung hari..

detik demi detik...

wah, acik aza, pepagi dah menyanyi lagu KD nie napolah pulak....eden tongah tak soba nak balik kampung nan tercinto...almaklumlah tak lama lagi kan cuti chinese new year, buleh dikatakan long weekend, balik kampung lah...apa lagi mau tunggu. REMBAU....you wait for me ha!

tak sabar nak jumpa my sisters, brothers, in-laws, nieces and nephews....agak lama jugak dah tak balik nie!

esok company bagi half-day, anak2 pun dah start cuti, lagi cantik kalau mr. hubby pun leh dapat half-day, mau ajer ku terbang pulang!



kalau cam gini rupa aku terbang, confirm ada cop SIRIM lagi, buruk betul..hehehh!

back pain

kalau anda gembira tepuk tangan!

kalau sedih nak buat apa pulak...huhuhu...nak kena nangis ker...huhuhu..

yer lah kengkawan kali nie citer sedih lah pulak sebab 'back-pain'! start kena hari tu sehari selepas hubby outstation, hajat hati nak call hubby ingat nak mengadulah, terpikir jugak sat gi dia susah hati lah pulak dah lah jauh, kang dia ingat aku mengada2, baru tinggal sekejap dah dok sakit macam2...tak perlah hubby pun pergi kejap jer saturday evening dah pun selamat sampai rumah, Alhamdulillah.

nak ke klinik, eksyen lah pulak, superwoman lah kononnya! Ahad malam yang lepas memang dah tak boleh tahan sangat, tapi aku sanggup tahan sakit sampai pagi , punyalah ego dok tahan air mata jangan keluar, ish! dia kuar jugak, habislah malu aku dengan hubby, jadinya monday during lunch hour aku pun drive lah klinik itu pun eksyen tak abis lagi, hubby dok offer nak hantar aku leh kata, tak perlah bang, sakit sikit jer nie...(cover lagi tu), tulah dok berlagak depan hubby, kan Allah dah pay cash, puas aku lalu depan klinik dekat 5 kali aku ronda tak ada jugak parking, dan dengan muka yang agak tebal aku pun telepon lah hubby; assalamualaikum, abang free tak sekejap, nak mintak tolong dropkan aza depan klinik coz dok cari parking dari tadi tak dapat2...(heheheheh...dalam hati cover malu)

nasib baiklah mr. hubby pun baru habis lunch ngan kawan2nya, sampai klinik syukur sangat aku patient yang kedua, itu untung pi klinik during lunch hour orang tak ramai. masuk2 ajer jumpa doktor Krishnaveni yang sangat peramah dah prihatin tu..terkezut dia nengok aku jalan...ayoyo! azah, what's wrong with you, why you walking like a robot!....sampai hati dia kata aku jalan cam robot, tapi dah memang betul pun.....macam citer I Robot lakonan Will Smith tu...cuma aku versi robot yang anggun sikitlah

dia kata aku mungkin wrong posture waktu membongkok nak amik barang or aku ada angkat barang berat yang aku sendiri pun tak ingat, so dia pun tampal something yang aku kira adik-beradik ngan mr. KOYOK (aku tak tau nama lain untuk benda yang ditampal tu) dan dia bagi aku 3 jenis ubat yang aku kena abiskan dan aku tak suka. tapi alhamdulillah sakit dah mula kurang. dia insist nak bagi MC tapi aku tolak (wah, baguih aku nie kan, sakit2 pun nak jugak pi keja..puji diri sendirilah sikit, saper lah lagi nak puji kalau tak diri sendiri yer tak)

tapi kan kengkawan kalau sakit tu toksah lah dok tahan2 cam aku, berlagak anggunlah tu, pi jerlah klinik, makin teruk sakit tu nanti camner, saper yang susah, sendiri jugak susah!

Anak Pak Zain!

sorry pada kengkawan semua sebab dah lama tak update, coz tetiba idea hilang ntah ke mana, puas betul aku carik tak jugak jumpa tetiba malam nie idea muncul kembali so dengan rancaknya jari jemari aku yang hampir nak keras ni dah mula lembut kembali, chewah cam bagus lah pulak.

hari nie aku nak cerita pasal ada sorang artis nie yang teramatlah aku minat. tak kisahlah apa pun orang nak cerita pasal dia, aku tak pernah nak ambik pot...minat punya pasal lah tu. sapa lagi tak lain tak bukan anuar zain. kelakarlah pulak dah tuo2 camni pun minat gak ngan artis2 nie, kalau minat kumpulan nasyid takpolah jugak kan..hhehe...ayohai acik azah!

dari zaman aku belum kahwin memang aku minat tul ngan anuar zain, semuanya bermula di satu malam yang indah..jeng,jeng, jeng..suspen jer kan....ada satu ketika dulu, masa tu aku masih keje kat KL lagi, company tempat aku keje tu organize satu dinner, aku pulak terpilih untuk jadi sekretariat so meja agak istimewa sikitlah, dekat sangat ngan main stage, memang dah tau ada one popular artist akan performance tapi dek terlalu sibuk malam tu aku tak amik pot lah saper artis2 nya....so masa yang ditunggu2 dan dinanti2 pun tiba, emcee malam tu sharifah shahirah, baru jer dia nak announce saper artis yang nak keluar aku dok perasan guests semua dah start jerit and tepuk tangan, dan.........wah suspen ni....aku pusing belakang...akan aku ingat sampai bila2.....ANUAR ZAIN ....dia berdiri betul2 belakang kerusi aku...dia punya senyum sikit punya manis daaa.....hahhaha....terkedu sampai tak sempat nak amik gambar!

tapi kalau sebut pasal anuar zain nie kat mr. hubby, kita orang punya cerita tersendiri....ingat lagi masa tu pregnant kan yasmin, lagi sekali punyalah minat kat insan yang bernama anuar zain ni...ada jugak yang kata pembawakan baby kut...ntahlah...mungkin, maybe, agaknya dan apa jua berkaitan. sampaikan kalau dengar dia nyanyi dalam tv tu cam boleh terlekat depan tv, ada sekali hubby tertukar channel boleh kan aku sedih sesangat, nak menangis pun ada, kalau ingat balik buat malu jer depan mr. hubby.

apa2 pun en. anuar zain nyanyian anda memang kelassss!




Tuesday, January 11, 2011

MIL Birthday!

Hari ini 11 Januari 2011, birthday ibu mertua ku, Pn. Siti Zaleha. Happy Birthday Mama!Semoga Allah s.w.t mengurniakan kesihatan yang baik serta melimpahkan segala rahmat dan kebaikan buat mama dunia akhirat, Amin!

Aku ingat lagi beberapa tahun yang lepas, waktu tu kiranya aku baru-baru jugak lah kahwin, sebagai anak perempuan memang hobi kitalah kan pantang jumpa aje benda cantik mulalah nak belikan untuk mak. Aku ni dah lama jadi yatim piatu, so belikan lah untuk bonda mertua. Tapi yang peliknya setiap kali aku belikan cenderahati untuk mama, pasti tak lama lepas tu dia akan balas balik dengan hadiah yang lain kat aku, bukan sekali dua, malah boleh dikatakan setiap pemberian aku akan dibalas, bila jadi cam gitu aku jadik bertambah pelik + hairan dan di satu hari yang indah aku pun tanyalah kat mama, kenapalah setiap kali aku bagi hadiah dia balas balik, dia tak suka ke ngan hadiah tu.

Rupa-rupanya mama agak kekok, almaklum, mama tak ada anak perempuan so bila kita belikan hadiah dia akan rasa segan, tak biasa. Kenalah pulak explain pada ibunda tersayang yang setiap pemberian aku tu adalah ikhlas tanpa mengharap apa2 in return.

Thursday, January 6, 2011

Sayang Banyak Mana?

last nite sambil duduk2 tengok tv dengan anak-anak dan macam biasa ammar akan datang cium dan peluk aku sambil kata;

ammar sayang mama!

aku suka mengusik dia, bila dia kata sayang aku akan tanya; sayang mama macamana?

banyaklah!

aku tanya lagi; banyak macammana?

seratus cukup tak? tanyanya

aku jawab; tak cukup, sikit sangat!

oklah, ammar sayang mama sejuta kali

tak cukup lagi! kataku

ok, ammar sayang mama sampai mati! tapi mama jangan mati ye, nanti kalau mama mati ammar rindu!

tiba-tiba ajer aku.......speechless!

Back to normal!

back to normal routine! anak-anak dah mula bersekolah, first day nak kejut bangun pagi agak risau jugaklah kalau-kalau diaorang malas bangun, alhamdulillah senang jugak mungkin excited nak pergi sekolah maklumlah dah cuti lama, so dah kumpul banyak story sepanjang cuti yang nak di share dengan friends and teachers.

this year yasmin will be 6, ammar 5 and aleesya 3, masa cepat betul berlalu.

cuti sekolah baru nie kami tak bercuti jauh, aku pun agak sibuk dengan preparation for company family day last december, so aku, anak2 and hubby including my parents in law bercuti dengan ahli keluarga MMC-GAMUDA kat Lost World of Tambun di Ipoh, apa yang penting the kids really enjoy. Yasmin take part dalam semua tele-match, Ammar macam biasa pemalu yang teramat! tak mau join the crowd, aleesya seronok dilayan atuk and neneknya

anyway, masih belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua moga tahun ini adalah lebih baik dari yang lalu, insya-Allah!